Ampang, 6 Ogos 2009 - Mahkamah Seksyen Ampang telah menangguhkan perbicaraan pada hari ini dan telah menetapkan 18, 19 dan 28 Ogos akan datang bagi mendengar keterangan saksi-saksi pihak pembela.

Mahkamah pada hari ini diberitahu bahawa semakan Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan pembela untuk membawa saksi-saksi pembela yang terdiri dari Pesuruhjaya Suhakam dan beberapa orang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Puan Noradidah Ahmad, hakim Mahkamah Seksyen dalam keputusan yang lepas telah menolak permohonan pihak pembela bagi mendapatkan saksi-saksi tambahan tersebut untuk memberi keterangan dalam kes Perhimpunan 100,000 Rakyat di Lebuhraya Kesas / Jalan Kebun pada 5 November 2000.

Dalam perhimpunan tersebut lebih 145 orang telah ditahan pihak polis tetapi hanya 11 orang OKT sahaja yang dihadapkan ke mahkamah.

Ekoran dari keputusan semakan Mahkamah Tinggi tersebut, YB Yusmadi Bin Yusoff (MP Balik Pulau, P. Pinang) yang bertindak sebagai peguambela kepada kesebelas OKT tersebut menamakan beberapa orang tokoh untuk disepina ke perbicaraan yang akan datang.

Antaranya yang akan dipanggil ialah Prof. Mehrun Siraj (bekas Pesuruhjaya Suhakam), Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah, YB Dato' Johari Abdul, MP Sungai Petani, Kedah dan Susan Loone seorang wartawan bebas.

Disertakan foto OKT bersama peguambela diluar mahkamah Sesyen Ampang pagi ini.

Dilaporkan oleh,
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
P.A kepada YB Dr Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

0 comments:

top