Anda disaran menyertai ceramah ini bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai bantuan kerajaan. Maklumat berguna ini dapat membantu anda, keluarga atau jiran. Jangan lepaskan peluang, sertai dan ambil peluang ini.

Tarikh: 3 Jun 2009 (Rabu)

Masa: 7.45 malam - 10.00 malam

Tempat:
Klang MP Community Centre, 29, Jln Bayu Tinggi 8/KS6, Tmn Bayu Tinggi, 41200 Klang

Yuran: Percuma

Pengendali: En. Thiruvengadam (Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya)

Motif Ceramah:
Memberi pendedahan mengenai bantuan-bantuan sosial yang dihulurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat.
- Jenis-jenis bantuan yang terdapat di Negeri Selangor
- Kelayakan menerima bantuan
- Prosedur dan pendekatan yang betul untuk memastikan penerimaan bantuan

Anjuran bersama:
Indian Youth Development Council (IDC)
YB Charles Santiago (MP Klang)
En. Rajoo. (Ahli Majlis Daerah Klang)

Untuk keterangan lanjut, hubungi En. Thurai (016-2938014)

Jemputan ke Majlis Perasmian Latihan Tinju Tomoi

Adalah dimaklumkan bahawa JDM Kg. Bukit Badak dengan kerjasama MPP-Zon 15 akan mengadakan Majlis Perasmian Latihan Tinju Tomoi (Muai Thai).

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 7 Jun 2009 (Ahad)

Masa : 9.30 Pagi hingga 5 Petang

Tempat : Gelanggang Seni Kg. Bukit Badak, Seksyen 36, 40460 Shah Alam

Perasmian dan Jemputan VIP:
YB Dr Xavier Jayakumar - ADUN Sri Andalas
YB Shuhaimi Shafiei - ADUN Sri Muda
YB Dr Mariah Mahmud - Ahli Parlimen Kota Raj

Sehubungan itu, tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir.





Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui tentang aktiviti serta maklumat lanjut boleh layari http://gelanggangtomoikgbukitbadak.blogspot.com atau hubungi Pengurus Gelanggang - Encik Sukri Awang Kechik ditalian 016-2305645

Ampang, 28 Mei 2009 - Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Puan Noradidah Bte Ahmad telah menetapkan 10 Jun 2009 untuk memberikan keputusan samada membenarkan 3 orang Pesuruhjaya Suhakan dan beberapa lagi saksi awam termasuk Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat dibenarkan untuk memberi keterangan dalam prosiding kes perbicaraan 11 orang OKT yang ditangkap semasa perhimpunan Lebuhraya KESAS (Jalan Kebun) pada 25 November 2000.

Perhimpunan mendapat jolokan sebagai 'Perhimpunan 100,000 Rakyat' dimana semasa menyuraikan perhimpunan tersebut pihak polis telah menahan lebih 150 orang tetapi hanya 11 OKT yang dihadapkan ke muka pengadilan.

Timbalan Pendakwa Raya, Roslan Abu Bakar telah membantah permohonan untuk memanggil saksi-saksi tersebut.

Kesemua OKT diwakili oleh Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Keadilan), YB Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Keadilan Balik Pulau) dan Puan Fahda Nur Ahmad Kamar.

Dalam hujahnya Yusmadi menekankan bahawa adalah penting untuk mengemukakan Pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM tersebut berdasarkan Laporan Kertas Putih SUHAKAM Terhadap Kekasaran Polis dalam Kes Lebuhraya KESAS yang dikeluarkan oleh pihak SUHAKAM pada pertengahan tahun 2001. Dalam laporan tersebut, 'finding' SUHAKAM menunjukkan bahawa Akta Polis itu sendiri telah tidak dipatuhi oleh pihak polis.

Hujahnya lagi pertuduhan terhadap kesebelas OKT tersebut dibawah Seksyen 27 Akta Polis tersebut iaitu hadir dalam perhimpunan tanpa permit dan tuduhan kedua engkarperintah polis untuk bersurai telah melanggar Hak Asasi Manusia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya lagi pihak Pendakwa telah gagal membuktikan kesalahan kesemua OKT 'beyond reasonable doubt'.

Tegasnya lagi pentingnya saksi-saksi tersebut dipanggil kerana mereka yang memberi keterangan dalam Laporan SUHAKAM tersebut tampil secara sukarela tanpa niat.

Hakim kemudiannya menetapkan 10 Jun 2009 untuk memberikan keputusan. Prosiding seterusnya akan bersambung pada 15, 16 dan 17 Jun 2009.


Dilaporkan oleh,
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
P.A kepada Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor

(juga salah seorang daripada 11 OKT)

Tutup Operasi Dalam Tempoh Dua Bulan

Batang Berjuntai - Kerajaan negeri akan mengeluarkan surat kepada semua pemilik rumah kedai di kawasan Bestari Jaya yang menjalankan penternakan burung walit supaya menutup operasi dalam tempoh dua bulan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata, surat penutupan akan diserahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan membawa kes ini ke mesyuarat EXCO Rabu ini untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan, antara punca kes kejadian denggi yang berlaku di kawasan itu disebabkan industri tersebut.

"Kita mendapat aduan bahawa ada satu kematian akibat denggi dan beberapa lagi kes denggi dilaporkan di kawasan Bestari Jaya."

"Saya meninjau ke dalam premis yang menjalankan industri ini dan mendapati ia mengeluarkan gas ammonia dan masalah utama adalah takungan kolam yang dibina dalam keadaan gelap dikhuatiri menjadi pembiakan nyamuk Aedes," katanya kepada wartawan selepas turun padang meninjau premis rumah kedai di Pekan Batang Berjuntai yang dilaporkan mengalami kes demam denggi disini, semalam.

*****

Kolam yang berukuran panjang kira-kira satu meter itu menjadi tempat burung walit mendapatkan air.

Dr Xavier berkata, undang-undang kesihatan dalam negeri tidak membenarkan mereka untuk menjalankan ternakan burung walit di kawasan bandar.

Menurutnya, industri beroperasi sejak 2007 mendapat sambutan memandangkan hasil yang lumayan dan kos pengurusan yang tidak tinggi.

Beliau bercadang untuk menempatkan industri itu ke kawasan yang bersesuaian sekiranya ia berpotensi dalam perniagaan dengan memberi kemudahan sewajarnya kepada pengusaha.

"Kami sedang mengkaji dan mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk industri ini dan mengumpulkan pengusaha di satu tempat."

"Oleh itu saya akan arahkan MDKS dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan notis kepada semua pemilik burung walit supaya menutup operasi mereka di kawasan ini," katanya.


Sumber Berita: Sinar Harian, 26 Mei 2009, S1 & S23

Sekitar Penamaan Calon DUN Penanti

Penanti, 23 Mei 2009 - YB Dr Xavier Jayakumar serta penyokong-penyokong dari DUN Sri Andalas telah turun untuk memberi sokongan padu kepada calon pilihan Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan, iaitu Mansor Othman yang merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang.

Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru. Tiga calon lain merupakan calon bebas dan pada pilihanraya kecil kali ini Barisan Nasional mengambil keputusan untuk tidak bertanding.





Lawatan Menangani Masalah Demam Denggi

MEDIA ALERT:
LAWATAN DR. XAVIER
MENANGANI MASALAH DEMAM DENGGI

Kepada Semua Editor Media


YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan Negeri Selangor akan membuat lawatan menangani masalah demam denggi. Butiran lawatan adalah seperti berikut:

Tarikh & Masa Lawatan : 25 MEI 2009 (Isnin), 11:00 Pagi

Tempat: Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor Cawangan Batang Berjuntai
(dekat stesen bas)
Pekan Batang Berjuntai, Selangor Darul Ehsan.

Tuan / puan dijemput hadir untuk membuat liputan.


Terima kasih,

Jestin Raj Savarimuthu
(H/P: 016-3689750)
Pegawai Khas kepada YB Dr. Xavier Jayakumar,
Exco Negeri Selangor
Batang Berjuntai, 19 Mei 2009 - YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kesihatan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor telah meluang masa melawat Sekolah Rendah Tamil Selangor River, Batang Berjuntai yang terbakar pada malam 12:30 pagi Sabtu 16 Mei lalu.

Bangunan sekolah separuh kayu tersebut dikatakan telah dibina lebih 60 tahun yang lalu. Kebakaran dipercayai disebabkan litar pintas.


Dilaporkan oleh,

Abdul Razak Bin Ismail
P.A. kepada Dr. Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor
Xavier berkata, notifikasi mingguan penyakit demam denggi menunjukkan tren menurun daripada awal tahun ini tetapi langkah kawalan penyakit masih perlu dijalankan dengan intensif.

"Dalam tempoh enam bulan lalu, kes telah berjaya diturunkan sehingga 50 peratus, yang mana sebelum ini terdapat lebih 800 kes seminggu tetapi kini hanya 400 kes diterima dalam tempoh seminggu."

"Tindakan segera juga akan diambil selepas pihak kami menerima maklumat dan pemantauan juga akan dilakukan dalam usaha menurunkan kes denggi di kawasan berkenaan dalam tempoh 14 hari," katanya.

Menurutnya lagi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) turut mengadakan beberapa operasi khas kawalan demam dari masa ke masa seperti Operasi Mega (Mac 2009) dan Operasi Bersepadu pada hujung minggu di Daerah Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor.

"Penglibatan masyarakat juga diberi tumpuan khas iaitu dengan mengadakan sesi perbincangan kawalan penyakit demam denggi dengan jawatankuasa yang mewaklil persatuan penduduk."

"Ini penting kerana langkah jangka masa panjang untuk mengatasi masalah penyakit demam denggi adalah dengan memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di rumah, tempat kerja dan kawasan sekeliling."

"Tindakan pencegahan ini selari dengan saranan utama Kementerian Kesihatan Malaysia supaya komuniti tempatan mengambil tanggungjawab untuk memastikan tempat tinggal dan tempat kerja mereka bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes dengan meluangkan masa 10 minit sahaja setiap minggu untuk membuat pemeriksaan," katanya.

Sementara itu, katanya, sehingga pertengahan Mei ini, sebanyak 2,589 kompaun dikeluarkan dan sejumlah RM370,375 kutipan berjaya dikumpulkan.

"Kompaun yang dikeluarkan melibatkan rumah kediaman / kedai (2,289), kilang (113), tapak binaan (58), sekolah (38), pejabat kerajaan (6), tempat ibadat (1), dan kawasan lain (84)."

"Kini kita tidak lagi memberikan amaran atau memberikan mereka tempoh untuk melakukan pembersihan sebaliknya terus mengeluarkan kompaun."

"Sekiranya mereka gagal memastikan kawasan mereka bebas denggi dalam pemeriksaan kali kedua, tindakan yang akan diambil adalah menyita premis berkenaan kerana arahan yang jelas telah dikeluarkan," katanya.

Mengulas mengenai projek terbengkalai yang turut menyumbang kepada peningkatan kes denggi di negeri ini, beliau berkata pihaknya kini bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad untuk mengatasi perkara itu.

"Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak projek pembinaan terbengkalai di negeri ini dan beberapa program telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah berkenaan."

"Tetapi menurut Jabatan Kesihatan, tempat itu dikawal dan sekiranya terdapat laporan, kita akan masuk ke kawasan berkenaan dan melakukan pembersihan serta pemantauan, katanya.

Menurut Xavier, peruntukan tambahan sebanyak RM3.5 juta diberikan oleh Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan program khas di kawasan yang mempunyai kes denggi tertinggi di negeri ini.

"Kes denggi tidak dapat dihapuskan tetapi kita mampu mengurangkannya. Namun apa yang penting adalah masyarakat perlu memahami situasi serta memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa," katanya.

Sumber Berita: Sinar Harian, 19 Mei 2009, S3




MEDIA ALERT:
LAWATAN DR. XAVIER KE
SEKOLAH RENDAH TAMIL SELANGOR RIVER

Kepada Semua Editor Media


YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor akan melawat Sekolah Rendah Tamil Selangor River, Batang Berjuntai yang terbakar.

Tarikh & Masa Lawatan : 19 MEI 2009 (Selasa), 3:00 Petang

Tuan / puan dijemput hadir untuk membuat liputan.


Terima kasih,

Abdul Razak Bin Ismail
(H/P: 012-3966744)
P.A kepada YB Dr. Xavier Jayakumar,
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin
Negeri Selangor

Mesyuarat Kesihatan Negeri Selangor

Shah Alam, 18 Mei 2009 - YB Dr. Xavier, Exco Kesihatan Negeri Selangor telah mempengerusikan mesyuarat kesihatan negeri Selangor yang diadakan hari ini di Bilik Gerakan MTES, Bangunan SSAS, Shah Alam.

Mesyuarat turut dihadiri oleh 41 orang pengarah-pengarah Pejabat Kesihatan Daerah dan pengarah-pengarah Kesihatan PBT Negeri Selangor dan beberapa orang pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Turut hadir ialah Dr. Rosnah Hadis, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Antara yang dibincangkan ialah peningkatan demam denggi dan kes terbaru penularan wabak Influenza A (H1N1).

Jumlah kes denggi meningkat di 4 buah daerah iaitu daerah Petaling (3,135), Hulu Langat (2,428), Klang (1,948) dan Gombak (1,170) melibatkan 36 kes kematian semenjak Januari tahun ini.

Dr. Xavier mengatakan bahawa kerajaan negeri teleh diperuntukkan RM3 Juta bagi program-program kawalan dan pemusnahan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di setiap PBT.

Manakala setakat semalam 84 notifikasi kes H1N1 adalah dibawah penyiasatan dari Hospital Sg. Buloh. Kes pertama dikesan dari seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat dan dia kini ditempatkan di wad isolasi di hospital tersebut.


Dilaporkan oleh,

Abdul Razak Bin Ismail
P.A kepada Dr. Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor


SHAH ALAM, 18 Mei - Kerajaan Selangor tidak mengeluarkan surat amaran lagi sebaliknya terus mengenakan kompaun kepada mereka yang menyebabkan pembiakan nyamuk aedes di negeri ini.

YB Xavier Jayakumar pada sidang media Influenza & Denggi di Shah Alam. - Foto  MURIZA ABDUL HAMID

YB Xavier Jayakumar pada sidang media Influenza & Denggi di Shah Alam.

Foto MURIZA ABDUL HAMID

Demikian kata Pengerusi Jawatankusa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier A. Jayakumar kepada pemberita di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini berhubungan perkembangan situasi denggi di Selangor.

Menurut Dr Xavier, kerajaan negeri juga sememangnya serius menangani situasi tersebut memandangkan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

“Kalau dulu pihak kita akan keluarkan surat amaran terlebih dahulu tapi kini tidak lagi, kompaun akan terus dikeluarkan kepada mereka,” katanya pemeriksaan kali kedua turut dilakukan bagi memastikan tempat pembiakan nyamuk dihapuskan.

Menurutnya, jika keadaan masih sama pihaknya bakal terus menyita tempat atau premis tersebut serta merta.

Sementara itu, di Selangor sebanyak 10,168 kes sudah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Selangor dengan tumpuan di empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak yang mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 36 kematian sudah dilaporkan di negeri ini akibat demam denggi.

“Sebanyak 2,589 kompaun telah dikeluarkan yang melibatkan kawasan rumah, kilang, tanah lot kosong dan sekolah dengan jumlah kutipan RM370,375,” katanya. - MURIZA ABDUL HAMID

Sumber: selangorkini.com.my
SESI MEDIA (PRESS CONFERENCE)

Kepada Semua Editor Media


YB Exco Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar menjemput tuan / puan ke satu sesi media (press conference) pada tarikh berikut:

Tarikh & Masa : 18 MEI 2009 (Isnin), 12:00 Tengahari

Tempat : Bilik Gerakan MTES,
Tingkat Bawah, Bangunan SSAAS,
Shah Alam, Selangor

Topik : Situasi Kesihatan - Influenza A (H1N1) & Denggi
di negeri Selangor

Tuan / puan diminta hadir untuk membuat liputan.


Terima kasih,

Abdul Razak Bin Ismail
(H/P: 012-3966744)
P.A kepada YB Dr. Xavier Jayakumar,
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin
Negeri Selangor
Pekan Sepang, 16 Mei 2009 - Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan 200 bungkusan 'hamper' barang makanan kepada 200 orang rakyat miskin dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekumpulan aktivis sosial setempat dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Pelek, Sepang Selangor.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Wong (Penyelaras DUN Sungai Pelek), Hj. Borhan,(Penyelaras DUN Tg. Sepat), pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS), ahli-ahli Majlis MPS, Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Penghulu Azman (Penghulu Mukin Sepang), ketua-ketua kampung dan pemimpin politik setempat.

Selepas itu beliau telah meluangkan masa untuk melawat kawasan perparitan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tamil Sepang (dalam pekan Sepang) untuk meninjau aduan ibubapa yang mengadu bahawa parit di hadapan sekolah dinaiki air setiap kali hujan lebat.

Ibubapa mengadu anak-anak mereka menghadapi kesulitan pergi atau balik dari sekolah apabila jalan besar di hadapan sekolah dinaiki air setiap kali hujan lebat hingga memasuki padang dan bangunan sekolah semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

Keadaan ini menyebabkan ramai ibubapa enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut menyebabkan penurunan jumlah pelajar di sekolah ini. Beberapa tahun sebelum ini terdapat lebih 600 pelajar belajar di sekolah ini tetapi sekarang hanya tinggal 367 pelajar.

Dr. Xavier menyatakan bahawa beliau akan segera menghubungi pihak MPS bagi melebarkan dan mendalamkan parit tersebut bagi mempermudahkan aliran air dalam usaha mengatasi masalah banjir yang sedang dihadapi.



Dilaporkan oleh:
Abdul Razak Bin Ismail
P.A kepada Dr. Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor

17 Mei 2009 (Ahad), 4.30 Petang
Bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali, Bandar Utama.

Satu majlis penyampaian sumbangan kepada 200 penerima dari golongan miskin, orang kurang upaya dan mangsa bencana alam telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Zon Utara, Bandar Utama, Batang Kali. Penyampaian sumbangan berbentuk cek dan keperluan harian telah dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar yang memegang portfolio kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Syed Shahir, Presiden MTUC, Penyelaras DUN Batang Kali, Nashruddin Abd Aziz, Penghulu Mukim Serendah, Tuan Jamadi, Ketua-ketua kampung dari Mukim Serendah, JKKK dan penduduk-penduduk sekitar.

Dalam ucapan beliau, YB Dr Xavier berharap dengan sumbangan daripada kerajaan neger tersebut, semua rakyat di negeri Selangor dapat menikmati hidup yang lebih selesa tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik, keperluan dan bantuan kesihatan melalui semua saluran-saluran kerajaan negeri.

Tuan Syed Shahir, Presiden Malaysian Trade Union Congress (MTUC) didalam ucapan beliau berharap semua Ketua Kampung dan JKKK dapat memajukan kampung masing-masing dengan aktiviti yang berfaedah dan diharapkan dapat memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan menerusi program yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Beliau juga mengharapkan supaya rakyat bersabar kerana banyak lagi rangsangan-rangsangan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat dan terus memberi sokongan supaya dapat terus membantu rakyat hidup lebih selesa.

Nashruddin Abd Aziz berharap dengan pembukaan satu lagi pusat khidmat di Bandar Utama ini akan terus membantu semua penduduk sekitar terutama di kawasan zon utara DUN Batang Kali ini, manakala Pusat Khidmat Rakyat di Bandar Bukit Sentosa akan dapat memastikan perkhidmatan dan menumpukan penduduk disekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

Majlis telah diakhiri dengan jamuan petang dan bersurai jam 6 petang.


Bandar Baru Salak Tinggi, 8 Mei 2009 - YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negri Selangor telah menyerahkan cek bernilai RM50,000 sebagai bantuan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor bagi menampung kos pembinaan Kuil Arulmigu Sri Maha Mariaman di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Lawatan beliau juga bersempena dengan upacara sembahyang 'Chittra Pournami' yang berlangsung hari ini.

Beliau juga meluangkan masa untuk meninjau kerja-kerja tanah yang dijalankan di tapak baru kuil tersebut.

Beliau turut disertai oleh Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg. Pelek, Mr. Wong, ahli Majlis Perbandaran Sepang, Encik S. Kanasan dan Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Encik G. Vannir. Turut hadir adalah pemimpin-pemimpin setempat dan ahli jawatankuasa kuil tersebut.


Dilaporkan oleh,
Abdul Razak Bin Ismail,
P.A. kepada Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor
Dengkil, 8 Mei 2009 - YB EXCO Dr. Xavier Jayakumar telah melawat ke kawasan yang sering dinaiki banjir di Kampung Ampar Tenang, Dengkil, Selangor.

Masyarakat setempat (kebanyakannnya dari kalangan kaum India) sering mengadu kepada pihak berkuasa tempatan bahawa kampung mereka sering dinaiki air setiap kali hujan lebat. Masalah banjir tersebut telah berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Antara sebab ialah parit yang bersempadan dengan sebuah ladang kelapa sawit milik Sime Darby sering melimpah ke dalam kampung setiap kali hujan lebat yang melibatkan kira-kira 30 buah rumah yang terletak berhampiran parit tersebut.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa satu saliran baru haruslah digali di dalam kawasan tanah milik ladang tersebut bagi mengatasi masalah banjir tersebut. Setakat ini, pihak ladang masih belum memberikan kebenaran bagi JPS menggali saliran baru tersebut.

Dr. Xavier bercadang untuk memanggil JPS dan pihak pengurusan ladang untuk membincangkan permasalahan tersebut dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Encik S. Kanasan dan Encik G. Vannir Ahli Majlis Daerah Kuala Langat dan pemimpin setempat telah turut serta dalam lawatan tersebut.


Dilaporkan oleh,
Abdul Razak Bin Ismail
P.A kepada Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor.

Majlis Meraikan Kemenangan Piala F.A

Shah Alam, 6 Mei 2009 - Satu majlis meraikan pemain-pemain bolasepak Selangor diatas kejayaan mereka memenangi Piala F.A yang diadakan dibangunan SSAAS Shah Alam Pada hari ini.

Dalam majlis itu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah menyatakan persetujuan untuk menaja pasukan bolasepak Selangor sebanyak RM6.5 Juta, manakala kerajaan Selangor telah menghadiahkan RM440,000 kepada para pemain yang telah berjaya merangkul Piala F.A tersebut.


Dilaporkan oleh,
Abdul Razak Bin Ismail
P.A. kepada Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor
TV Selangor, 1 Mei 2009, Kerajaan Selangor kesal dengan sikap Kementerian Pendidikan yang terus mengekang usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat membangun dan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr. Xavier Jayakumar berkata, sekolah-sekolah kini dalam keadaan resah dan keliru selepas Kementerian mengeluarkan arahan bahawa hanya pemimpin Barisan Nasional boleh dijemput hadir pada majlis anjuran sekolah berkenaan.

Menurut pekeliling berkenaan, hanya pemimpin dari parti-parti seperti UMNO, MCA dan MIC yang boleh dijemput untuk majlis sekolah.

Arahan kepada guru besar dan pengetua sekolah yang dikeluarkan pada Mac lalu, jelas untuk mengekang usaha Pakatan Rakyat membantu sekolah dari segi kemudahan infrastruktur dan kewangan.

"Kita akan adakan satu perjumpaan dengan Kementerian Pendidikan dan kita akan suruh ahli-ahli parlimen kita bawa isu ini ke parlimen untuk bertanya mengenai surat pekeliling ini," kata Dr. Xavier. "Ini adalah tindakan yang tidak baik dan tidak wajar dilakukan," menurut beliau lagi.

Arahan itu khususnya memberi kesan mendalam kepada sekolah Tamil yang banyaknya dalam keadaan daif tetapi diabaikan oleh kerajaan persekutuan.

Semalam Kerajaan Negeri Selangor menyampaikan sumbangan 100 kerusi dan meja kepada SRJK Tamil Serdang, selepas meyakinkan pengurusan sekolah bahawa ia tidak perlu khuatir menerima bantuan kerajaan Pakatan Rakyat.

Meskipun diberikan penjelasan demikian, sekolah itu memohon pihak media, khususnya TV Selangor untuk tidak merakamkan majlis penyerahan bantuan kerusi meja untuk murid-murid terbabit.

Dr Xavier berkata Kementerian Pelajaran tidak harus menghalang kerajaan negeri memberikan bantuan atau kerjasama dengan sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik dan ko-kurikulum pelajar semua aliran sekolah.

Beliau berkata di Selangor, pencapaian pelajar sekolah Tamil khususnya membimbangkan dan semua pihak harus matang mengenepikan perbezaan politik dan membantu membetulkan keadaan.

"Penduduk di negeri Selangor membayar cukai tertinggi di Malaysia, dekat 40 peratus oleh penduduk dan peniaga. Ini harus dikembalikan semula kepada penduduk Selangor, dalam bentuk bantuan kepada sekolah termasuk sekolah tamil," kata Dr Xavier.

Beliau menggesa Kementerian Pendidikan memberi perhatian penuh kepada Sekolah Tamil kerana lebih 40 peratus gagal dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) setiap tahun.

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor sedang cuba mengatur perjumpaan dengan pihak kementerian untuk merumuskan pendekatan berkesan bagi membantu pelajar terbabit.

Kerajaan negeri turut memperuntukkan 10 juta ringgit sebagai bantuan kepada sekolah agama rakyat, sekolah cina dan sekolah tamil.

Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa Guru SRJK Tamil Serdang, T Selvan berkata pihaknya mengalu-alukan bantuan Pakatan Rakyat untuk sekolah ini.

Dan beliau menzahirkan harapan pihak Kementerian.
top