Kini, penghuni pangsapuri kos rendah boleh menikmati skim air percuma yang diperkenalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri amat sukacita dapat memperluaskan jaringan air 20 meter padu percuma kepada penghuni pangsapuri, dengan harapan mereka juga dapat menikmati potongan kos sehari-hari yang dinikmati penghuni kediaman lainnya.

Tan Sri Khalid melancarkan Sistem Kupon Air Percuma di Pangsapuri Sri Tanjung di USJ 16, Subang Jaya semalam. Pangsapuri dengan kepadatan 1,000 unit rumah ini dipilih sebagai perintis skim air percuma untuk warga pangsapuri kos rendah di Selangor.

"Kita buat keputusan akan berikan air percuma dalam apa keadaan supaya setiap penghuni unit pangsapuri ini mendapat kesempatan menikmati air percuma,' kata Khalid.
Kerajaan Persekutuan digesa memberikan gaji minima kepada pekerja-pekerja ladang di seluruh negara yang kini dilihat hidup semakin terdesak dan bergemelut dengan keadaan ekonomi keluarga yang rendah.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Zaid Ibrahim berkata kerajaan perlu menyelesaikan perkara ini dengan segera tanpa perlu mengambil masa yang begitu lama sehingga ia boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada rakyat.

“Soal gaji pekerja ladang ini menjadi satu isu pada kita Pakatan Rakyat, kita menuntut kerajaan Persekutuan memberi gaji minima dan perkara ini telah banyak diperkatakan oleh semua pihak tapi tidak ada tindakan. Pada saya gaji RM1200 adalah minima untuk hidup di Malaysia hari ini,” katanya.

Beliau berkata, seramai lebih kurang 250,000 pekerja di ladang ini tidak mendapat hak gaji minima mereka yang sewajarnya dipandang berat oleh kerajaan dari dahulu lagi.



Kira-kira 2,000 perwakilan dari 206 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak akan berhimpun di Kelantan Trade Centre (KTC) 29 dan 30 Mei ini bagi menyertai Kongres Tahunan PKR.

Persiapan rapi telah dibuat di sini oleh panitia kongres yang dipimpin oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail.

Sebelum kongres penuh bermula, kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali pada 27 Mei mulai jam 8.30 malam di Dewan Besar KTC.

Sidang penuh kedua-dua sayap ini pula akan diadakan pada hari Jumaat ini. AMK akan berlangsung di Perdana Resort manakala Wanita di KTC.
Klang - Satu kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal telah berlaku berhampiran bulatan Berkeley, Klang pada kira-kira 9.00 pagi tadi.

YB Dr Xavier Jayakumar yang dalam perjalanan ke destinasinya telah turun dari kereta bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Mangsa telah ditenangkan oleh Dr Xavier sementara menunggu ambulan tiba.

Mangsa kemudiannya telah dihantar oleh ambulan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Dr Xavier mengingatkan kepada orang ramai supaya sentiasa berhati-hati di jalanraya serta mengamalkan etika pemanduan yang berhemah.


DAP Berjaya Rampas Parlimen Sibu



Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

52 lagi kes baru H1N1 dilaporkan

Sejumlah 52 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes berkenaan sebanyak 14,524 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Mohd Ismail Merican berkata, sebanyak 674 kes gejala Penyakit Serupa Influenza (ILI) masih dirawat dan daripada jumlah itu 74 disahkan sebagai H1N1.

Sehingga kini 13 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan sembilan daripadanya dikategorikan sebagai kes berisiko, katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Mohd Ismail mengingatkan mereka yang mempunyai gejala IlI supaya segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Mengulas mengenai pemberian pelalian H1N1, katanya, ia berdasarkan kepada prinsip “siapa dulu dia dapat” kerana bilangan vaksin yang terhad.

Fitnah 2 - Saiful Mengaku Berjumpa Najib

Saiful Bukhari Mohd Azlan hari ini mengaku bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di rumahnya pada 24 Jun 2008.

Menurut Saiful, pertemuan itu telah dirancang bersama Pegawai khas Perdana Menteri, Khairul Anas Yusof.
Mahkamah yang berhenti rehat hampir sejam itu menyaksikan peguam bela Karpal Singh bertanya adakah Saiful pergi berjumpa Perdana Menteri selepas kejadian itu.

Saiful menjelaskan beliau ada bertemu Najib dan pertemuan tersebut mengambil masa selama 20 minit.
Beliau juga mengaku telah berjumpa Pegawai Khas Najib pada bulan Januari 2008 atau Disember 2007 di Pejabat Najib.

Dalam jawapan kepada soal balas Karpal, Saiful berkata pertemuan di antara beliau dan pegawai khas itu kononnya bertujuan untuk pinjaman MARA baginya untuk kursus kadet juruterbang.

Sebanyak enam laporan kejadian kluster baru penyakit serupa influenza (ILI) dikesan di enam negeri sehingga jam 8 pagi ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.


Enam negeri berkenaan ialah Kedah, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka. Katanya, sehingga jam 5.30 petang semalam, jumlah terkumpul kes ILI yang masih dirawat di hospital seluruh negara adalah sebanyak 713 kes. Beliau berkata, daripada jumlah itu, 131 kes disahkan positif Influenza A (H1N1).

"Bilangan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 13 kes dengan sembilan daripadanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, sehingga 5.30 petang semalam, sebanyak 64 kes disahkan H1N1 dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes itu adalah 14,202.



SIBU 10 Mei - Usaha gigih jentera pilihan raya Pakatan Rakyat menembusi kubu Barisan Nasional serta memberi penjelasan kepada rakyat kini menampakkan hasil yang memberangsangkan pada hari ketiga kempen pilihan raya kecil P212 bandar Sibu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sokongan kepada calon Pakatan Rakyat daripada DAP, Wong Ho Leng menunjukkan peningkatan kepada 44 peratus berbanding 40 peratus sebelumnya.

Walau bagaimanapun Kit Siang berharap kerjasama erat daripada KEADILAN, PAS dan SNAP akan melonjakkan lagi sokongan rakyat beberapa hari menjelang hari pengundian pada 16 Mei depan.

"Saya lihat selepas hari kedua kempen PRK ini yang dilakukan oleh calon kita Wong Ho Leng dan juga parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti Parti Keadilan Rakyat dan juga PAS, telah menunjukkan peningkatan sokongan rakyat. Kita harus melipatgandakan usaha agar sokongan rakyat terus meningkat. 

KUALA LUMPUR 10 Mei - Karpal Singh yang mewakili Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah II terhadap beliau akan mengemukakan 'kenyataan beramaran' kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana di dakwa berbohong di dalam prosiding mahkamah hari ini.

Semasa sesi soalbalas pagi tadi Saiful di dakwa Karpal berbohong apabila pemuda berusia 25 tahun itu menyanggah laporan perubatan oleh tiga pakar daripada Hospital Kuala Lumpur yang mengatakan tidak berlaku liwat pada duburnya adalah tidak benar.

Saiful juga menidakkan laporan perubatan oleh Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur yang mengesahkan kesakitan dialami Saiful dibahagian dubur dan perut beliau disebabkan oleh kemasukan objek plastik ke dalam duburnya.

H1N1: 57 Kes Baru di Kesan


Sebanyak 57 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan di seluruh negara sehingga 5.30 petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes itu 13,889.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, bagaimanapun berkata tiada laporan kematian terbaru akibat penyakit itu dan bilangan kematian disebabkan H1N1 kekal 82 orang.

Beliau berkata, sehingga 8 pagi ini, 13 laporan kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI) dilaporkan berlaku di Perak, Johor, Kelantan, Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan dan Terengganu.

"Jumlah kes ILI yang masih dirawat di wad di seluruh negara adalah sebanyak 632 kes. Daripada jumlah itu, 76 kes telah disahkan positif H1N1.

"Bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sembilan kes dengan enam daripadanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.
PETALING JAYA 5 Mei - Pertubuhan antarabangsa mengenai hak asasi manusia, Amnesty International Kanada mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri supaya memastikan layanan terhadap Ketua Pembangkang berhubung kes fitnah II terhadap beliau selari dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

Kegagalan berbuat demikian memungkinkan Malaysia tergolong dalam negara yang terkebelakang dalam perjuangan hak asasi yang progesif pada abad ke 21. kata badan itu dalam satu surat terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak pada 25 April lalu.

"Seperti yang anda maklum, situasi yang dialami oleh Ketua Pembangkang yang terkenal ini telah menarik perhatian antarabangsa terhadap Malaysia dan menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia.

"Sebagai Perdana Menteri, anda sudah tentunya mengetahui bahawa Kesatuan Antara Parlimen (IPU) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa perbicaraan Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat adalah longgar dan tempang. IPU telah mengambil keputusan untuk menghantar pemerhati kepada prosiding akan datang.




h1n1 flu malaysia school children students wearing mask 260609 06Satu kematian dilaporkan hari ini, akibat jangkitan virus influenza A(H1N1), membabitkan seorang lelaki berumur 40 tahun, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan, hari ini.

Lelaki tanpa sebarang faktor risiko itu mengalami gejala demam dan batuk selama enam hari sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak pada 27 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kematian terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat H1N1 dalam negara ialah 82 orang.

Sementara itu lapan kejadian kelompok Penyakit Serupa Influenza (ILI) dilaporkan di lima negeri iaitu di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.
KUALA LUMPUR, 4 Mei - Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan dakwaan liwat kedua yang dikenakan ke atasnya dalam tempoh sepuluh tahun.

Mereka terdiri daripada Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, hakim, James Foong dan hakim Mahkamah Rayuan, Suriyadi Halim Omar.

Dengan keputusan itu, Anwar tidak ada lagi peluang bagi merayu dan terpaksa menjalani perbicaraan kerana sebelum ini mahkamah telah dua kali menolak permohonananya.

Pada 1 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan dakwaan berkenaan. Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah memutuskan bahawa perkara itu perlu melalui perbicaraan bagi menentukan sama ada tembusan berlaku. 

Mahkamah Rayuan pula pada 17 Februari lalu juga menolak permohonan Anwar bagi mengetepikan dakwaan berkenaan.

Empat Lagi Kes Baru H1N1 Dikesan

KUALA LUMPUR 3 Mei - Empat lagi kes positif Influenza A(H1N1) yang terbaru dikesan di Ukay Perdana, Ampang sehingga pukul 8.30 pagi ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata tiga pesakit dari taman perumahan itu dimasukkan ke hospital swasta manakala seorang lagi diberi rawatan sebagai pesakit luar, dan semua mereka diberikan rawatan anti viral.

"Ini menjadikan jumlah terkumpul kes berkenaan setakat ini 13,748 orang," katanya dalam satu kenyataan akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menggesa orang awam yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan supaya segera mendapatkan pelalian vaksin H1N1 dengan segera.

20 Basikal Didermakan Kepada 20 Keluarga

Disebabkan sambutan dan permohonan yang tinggi terhadap bantuan yuran bas bagi pelajar-pelajar sekolah, pihak DUN Sri Andalas telah mengambil langkah untuk mendermakan basikal kepada mereka yang memerlukan.

Sebanyak 20 buah basikal telah didermakan kepada 20 keluarga yang memerlukan.

Pemberian basikal ini telah diagih-agihkan kepada 18 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan. 

Dengan pemberian basikal ini, Dr Xavier berharap bebanan ibubapa dalam menanggung perbelanjaan pengangkutan pelajar ke sekolah dapat dikurangkan serta membantu mereka dalam meneruskan usaha mencari ilmu.




SHAH ALAM 2 MEI: Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia mengumumkan perbelanjaan yang dibuat sepanjang pilihan raya Parlimen Hulu Selangor.  
   
"Kita akan bersikap telus. Kita akan umumkan butir-butir (perbelanjaan semasa kempen pilihan raya). Ini kerana dari segi pengurusan kewangan, kita berbeza dari kerajaan persekutuan," kata beliau.
   
Dalam pilihan raya kecil itu Ahad lepas, calon Barisan Nasional, P. Kamalanathan mengalahkan Zaid dengan majoriti 1,725 undi.  

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor itu juga menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri membelanjakan RM176 juta bagi mendapatkan sokongan rakyat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.



SHAH ALAM 1 MEI: Sempena sambutan Hari Kebebasan Media pada 3 Mei ini, Kerajaan Selangor hari ini mengulangi komitmen untuk merealisasikan Akta Kebebasan Maklumat sebagai sokongan kepada kebebasan media.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri dalam keterbatasan kuasa, tetap akan membawa usul Akta Kebebasan Maklumat.

Kesal dengan indeks kebebasan media yang hanya lebih baik dari Zimbabwe dan Nigeria, Khalid percaya pelaksanaan kebebasan media memerlukan kesungguhan politik (political politic) dan kerajaan Selangor sudah membuktikan komitmen.

Kesungguhan kerajaan negeri terbukti apabila mendedahkan beberapa dokumen yang diklasifikasi mengikut Akta Rahsia Rasmi, apabila ia dikelaskan semula menggunakan peruntukan kuasa Menteri Besar Selangor.



SHAH ALAM 1 MEI: Pimpinan Pakatan Rakyat menyelar tindakan pihak berkuasa dalam meleraikan perhimpunan anti-GST yang seakan-akan anti-pekerja dan anti-rakyat kebanyakan.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata hampir 80 peratus dari rakyat Malaysia akan terkesan dengan pelaksanaan GST ini, yang mengalihkan beban cukai dari golongan pemodal ke pundak kaum pekerja bawahan dan kelas pertengahan.

"Bila GST ada nanti cukai korporat akan dikurang. Kenakan cukai pada orang miskin tapi kurangkan cukai pada orang kaya. Ini yang kita tentang. Jadi saya harap suara rakyat jadi lebih kuat supaya undang-undang ini ditarik balik.

"Saya rasa perhimpunan ni bukan sesuatu yang rahsia, jalan pergi dataran merdeka pun dihalang. Tangkapan ini, bagi saya keterlaluan. Lagi pun hari ini Hari Pekerja, biarlah mereka merayakan," katanya.


SHAH ALAM 1 MEI: Cadangan pindaan tiga akta berkaitan pekerja yang dijangka dibentang di Dewan Rakyat Julai ini, bakal membawa mudarat  kepada golongan buruh di negara, sebaliknya hanya menguntungkan syarikat multinasional.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga bekas Ketua Eksekufif Kumpulan Gutrie Berhad, berkata pelaksanaan akta berkenaan, jika dilulus menyebabkan golongan buruh  cuma diberi status pekerja skim kontrak jangka panjang.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam mencadangkan  pindaan drastik kepada Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Ketiga-tiga cadangan pindaan ini dijadual dibentang pada sidang Dewan Rakyat Julai ini untuk kelulusan.



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tarikh 1 Mei bukan hanya berkisar pada sambutan hari pekerja tetapi ia juga mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan tuntutan terhadap pengagihan kekayaan ekonomi negara yang lebih adil dan seimbang.

Beliau yang juga Ketua Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat memberitahu, limpahan kekayaan ekonomi Malaysia tidak sepatutnya berkisar hanya pada pemerintah dan keluarga mereka sahaja tetapi ianya mestilah berpaksi kepada keadilan untuk semua seperti mana yang termaktub dalam Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat.

“Agenda Ekonomi Malaysia berpaksi di atas keadilan untuk semua dan apa yang disanggah di negara ini adalah kerana limpahan kekayaan ekonomi hanya dinikmati oleh segelintir dan (pada masa yang sama) meminggirkan majorti rakyat terutama golongan pekerja.

top