52 lagi kes baru H1N1 dilaporkan

Sejumlah 52 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes berkenaan sebanyak 14,524 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Mohd Ismail Merican berkata, sebanyak 674 kes gejala Penyakit Serupa Influenza (ILI) masih dirawat dan daripada jumlah itu 74 disahkan sebagai H1N1.

Sehingga kini 13 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan sembilan daripadanya dikategorikan sebagai kes berisiko, katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Mohd Ismail mengingatkan mereka yang mempunyai gejala IlI supaya segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Mengulas mengenai pemberian pelalian H1N1, katanya, ia berdasarkan kepada prinsip “siapa dulu dia dapat” kerana bilangan vaksin yang terhad.


"Sehingga semalam, masih terdapat kira-kira 130,000 baki dos vaksin H1N1 di seluruh negara untuk diberikan,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

top