PELABUHAN KLANG, 30 Okt - Beliau tidak bertanggungjawab, jarang bergaul dan tidak langsung prihatin terhadap masalah rakyat.

Itulah sungutan penduduk Pelabuhan Klang terhadap Badrul Hisham Abdullah, Adun kawasan itu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat untuk menyokong Umno-Barisan Nasional.

Badrul mengambil tindakan itu setelah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor mengusulkan supaya beliau meletak jawatan sebagai Adun kerana gagal melaksanakan amanah yang diberikan.

Adun PKR Saran Badrul Letak Jawatan




Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham disaran meletakkan jawatan kerana ketidakmampuan menjalankan tugas menjejaskan perkhidmatan kerajaan negeri Selangor.

“Menteri Besar akan maklumkan pada Majlis Tertinggi Pimpinan Pusat Keadilan Rakyat bahawa beliau mahu Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan kerana kegagalan beliau menunjukkan prestasi dan sebelum ini kita sudahpun menghantar satu surat tunjuk sebab yang dihantar oleh pihak pimpinan PKR dan beliau sudah pun membalas surat tunjuk sebab itu dengan mengatakan beliau



Sidang Media 29 Oktober 2009

Isu Tokong Datuk, Persiaran Kerjaya, Glenmarie, Shah Alam, Selangor

1) Kerajaan Negeri berpendirian bahawa tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah tidak wajar dan tindakan perobohan tersebut sepatutnya tidak berlaku. Tindakan telah diambil untuk mempastikan perkara ini tidak berulang di masa akan datang.

2) Kerajaan telah mengarahkan semua PBT dan Pejabat Daerah / Tanah di seluruh Selangor untuk menghubungi dan berbincang dengan EXCO terlebih dahulu sebelum tindakan perobohan dilakukan terhadap mana-mana struktur rumah ibadat.




Sidang Media 29 Oktober 2009

Isu Perobohan Tokong Datuk di Glenmarie
Oleh YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor


Tarikh: 29 Oktober 2009

Masa: 12:30pm

Tempat: Bilik Mesyuarat MTES, Ground Floor, Bangunan SSAAS, SUK, Shah Alam

Semua rakan media dijemput hadir untuk membuat liputan

Law and order has completely broken down in the Perak State Assembly. What we are witnessing today is a farce that has brought down the dignity of the State Assembly.

This may be the first occasion in the entire history of parliamentary democracy when two separate Assemblies have met under one roof simultaneously presided over by two Speakers, with two different agendas tabled and debated.

This circus will be the order of the day when parliamentary procedures and principles are ignored frustrating the will of the people by underhand tactics with the assistance of corrupt politicians. Anarchy reigns supreme in the Perak State Assembly today.

This is what is to be expected when the majority mandate of Perakians are nullified by three unscrupulous political "frogs" who betrayed their mandate by switching party and making a mockery of Parliamentary democracy.

Shah Alam - Kerajaan Negeri memutuskan untuk menghantar pulang mayat pembantu rumah warga indonesia yang disyaki didera majikannya sehingga meninggal dunia dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, Kerajaan Negeri akan memberi bantuan supaya mayat Mantik Hani, 26, selamat dibawa pulang.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan memberikan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa.


28th October 2009


Tan Sri Da'i Bachtiar
Ambassador

The Indonesian Embassy Kuala Lumpur

233 Jalan Tun Razak

P.O.Box 10899
Kuala Lumpur
Malaysia
50400


FINANCIAL AID TO THE FAMILY OF THE LATE MANTIK HANI


On behalf of the Selangor State Government allow me to extend our sympathy and condolences to the family of Ms. Hani.

The Selangor State Government would like to make a condolence donation of RM 5,000/- to the family of Ms. Hani.

In addition we offer to bear the full costs of transporting Ms Hani back to her home in Surabaya. To this effect Tourism Selangor will coordinate all the necessary arrangements.

We look forward to a continued strong relationship between the people of Indonesia and the people of Selangor, Malaysia.

Sincerely

Dr A. Xavier Jayakumar

Selangor State Executive Counselor,

Malaysia
Shah Alam - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr A Xavier Jayakumar berkata, 'Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin' yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa.

Menurutnya, program itu memberi bantuan membina semula rumah berkeadaan daif dan tidak boleh diperbaiki.

Harap Tiada Lagi Amah didera: Dr Xavier

Klang - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berharap kes penderaan pembantu rumah tidak lagi berlaku terutamanya di negeri ini.

Beliau berkata demikian selepas membatalkan lawatan untuk melawat keadaan pembantu rumah warga Indonesia yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) lima hari lalu akibat didera apabila pembantu rumah yang malang itu dimaklumkan telah meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi semalam.

Rumah Terbuka Peringkat Selangor Meriah

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Selangor 2009 anjuran Kerajaan Negeri Selangor semalam disambut dengan sangat meriah.

Orang ramai pelbagai kaum tidak melepaskan peluang untuk bersama meraikannya bersama pemimpin Pakatan Rakyat Selangor dalam suasana muhibah.

Kenyataan Media

24 Oktober 2009

Datuk Sri Samy Vellu diseru Minta Maaf kepada Umat Hindu Atas Pembohongan Berniat Politik Isu Tokong Datuk


Selama lebih 50 tahun masyarakat India terpedaya dan dieksploitasi di bawah kepimpinan Datuk Sri Samy Vellu yang mengetuai MIC. Kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah satu parti politik yang berwajah seperti MIC yang mengkhianati kepercayaan masyarakat India di Malaysia khususnya di negeri Selangor. Segala peranan dan kepimpinan Datuk Sri Samy Vellu sudah terbukti dalam skandal penyelewengan kewangan Maika Holdings, penipuan tanah Sekolah Rendah Tamil Effingham dan banyak lagi. Segala penipuan dan pengkhianatan beliau disedari oleh semua lapisan masyarakat India dan kami menyeru agar Datuk Sri Samy Vellu untuk menghentikan segala tindak tanduk dan sandiwara untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat ini dengan melembarkan maklumat-maklumat palsu iaitu "Isu Tokong Datuk" yang dapat mengelirukan masyarakat India.

"Tokong Datuk" adalah satu tempat pujaan untuk mendapatkan nombor Ekor / Judi. Kuil Hindu adalah satu pusat ibadat ketuhanan dan ajaran keagamaan yang suci untuk menyemai akhlak mulia dan berkepercayaan jiwa murni. Jadi kami membantah sekeras-kerasnya kenyataan dan perbuatan Datuk Sri Samy Vellu yang mengaitkan "Tokong Datuk" tersebut sebagai kuil Hindu. Segala kegiatan di "Tokong Datuk" bukan satu amalan keagamaan Hinduism.

Pada 20 Februari 2009, pemilik Tokong Encik Muniady Kathan telah membuat kenyataan bahawa nama tokongnya adalah "Tokong Datuk" dan bukanlah Kuil Mathurai Veeran seperti yang diwar-warkan oleh Datuk Sri Samy Vellu. Kenyataan ini dapat dijelaskan dengan gambar-gambar yang disiarkan dalam akhbar harian Tamil Osai dan gambar-gambar MBSA maka terbukti tokong tersebut bukan kuil Hindu.

Kerajaan negeri Selangor terus berpegang dengan prinsip dan dasar kepimpinan yang tidak meroboh sebarang tempat ibadat hindu tanpa rundingan bersama pihak-pihak tertentu. Selepas pilihanraya ke-12, satu Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor telah ditubuh dengan diwakili oleh semua ahli-ahli agama.

Dalam hal ini, Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor tidak menerima sebarang surat daripada pihak "Tokong Datuk" ini. Pihak "Tokong Datuk" ini hanya membuat surat rayuan bertarikh 20 Februari 2009 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mendapatkan tempoh sebulan bagi proses perpindahan tokong tersebut ke kawasan lain. Pihak MBSA tidak mengambil sebarang tindakan perobohan selama tempoh 8 bulan untuk memberi laluan proses perpindahan. Tindakan perobohan berlaku semata-matanya kerana pembinaan haram struktur baru giat dilakukan di tapak tersebut tanpa sebarang kelulusan daripada pihak MBSA. Pihak Majlis Perbandaran boleh mengambil sebarang tindakan terhadap pembinaan haram struktur bangunan kuil yang berlaku tanpa kelulusan / kebenaran mereka. Ini menunjukkan bahawa pihak MBSA telah mematuhi segala syarat dan undang-undang yang digarispandukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Pemilik "Tokong Datuk" Encik Muniady Kathan juga tidak membawa isu perobohan tokongnya kepada Wakil Rakyat iaitu YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli-ahli Majlis Perbandaran, malah ke pejabat saya untuk mencari jalan penyelesaian. Jika Encik Muniady segan meminta bantuan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, beliau juga boleh meminta khidmat bantuan Hindu Sangam yang merupakan salah satu ahli Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor. Beliau tidak ingin mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak kerana beliau sedar dengan hakikatnya iaitu "Tokong Datuk" tidak mempunyai sebarang kaitan dengan amalan upacara keagamaan Hinduism.

Sehubungan dengan ini, kami tidak tahu dengan agenda Encik Muniady Kathan yang menamakan "Tokong Datuk" tersebut kepada Kuil Mathurai Veeran selepas perobohan berlaku. Ini jelas menggambarkan satu penipuan yang amat besar dan maklumat palsu telah dimanipulasi untuk mengelirukan semua pihak terutamanya masyarakat Hindu.

Kenyataan Datuk Sri Samy Vellu dalam semua akhbar harian Tamil yang mengaitkan "Tokong Datuk" dengan Kuil Hindu telah memburukkan imej baik ajaran agama Hindu dan mencetuskan gambaran negative terhadap keseluruhan kebudayaan umat hindu. Segala penipuan dan manipulasi palsu ini didalangi oleh Datuk Sri Samy Vellu untuk mendapatkan publisiti murahan yang bermotifkan politik kotor. Dengan ini, saya menyeru agar Datuk Sri Samy Vellu untuk meminta maaf kepada seluruh umat Hindu atas segala pembohongan berniat politik mengenai "Isu Tokong Datuk" dan mencemari agama Hindu.

(Klik Untuk Besarkan Imej)

(Klik Untuk Besarkan Imej)
(Klik Untuk Besarkan Imej)

(Klik Untuk Besarkan Imej)





Photos Released by MBSA on the Demolished "Temple"





From: TheMalaysianInsider

By Neville Spykerman

SHAH ALAM, Oct 23- The Shah Alam City Council (MBSA) said today an illegal structure demolished by its enforcement officers on Wednesday cannot be called a Hindu temple, “by any stretch of the imagination”.

Deputy Mayor Mohtar Hani said the structure in Persiaran Kerjaya, Jalan Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam, was a place where gamblers went to get predictions for 4D or numbers and not a house of worship.

Pictures of the site distributed to the press today showed Chinese deities and altars, along with a picture of a Hindu deity, in what looked like an old oil palm estate.

An appeal letter from the “temple” caretaker, K. Muniandy, asking for a month’s grace period to move, dated Feb 19, described the site as a “Tokong Datuk” or deity altar.

The revelations by MBSA today cast doubts on a statement by MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu, who yesterday denounced the demolition of the “temple”.

He said the demolition of the Mathurai Veeran temple was an act of treachery by Pakatan Rakyat (PR) against the Hindu community.

However MBSA councillor K. Uthayasoorian today said he was disappointed that MIC was resorting to such tactics for political mileage.

“They have twisted the facts,” he said, adding the embattled Indian party, which has lost the support of the majority of the community, was using the incident for its political survival.

According to him, the picture of the Hindu deity was brought to the site after the temple was demolished.

He said it was also disgrace for anyone to call the site a Mathurai Veeran temple and MBSA would not hesitate to lodge a police report and take legal action against the culprits which were raising such sensitive allegations.

Earlier this morning, about a dozen members from the Selangor MIC youth held a press conference at the site.

State party youth chief Shanker Raj Ayanger told the press they had lodged a police report about the incident yesterday.

He demanded the resignations of Selangor Executive Councillor Dr Xavier Jayakumar, who oversees non-Muslim places of worship, for failing to protect the ‘temple’.

He added they would be handing over a memorandum of protest to the Selangor mentri besar, next Wednesday.

He also called on PR to honour it promise that no places of worship would be demolished, which was made after they took over state administration last year.


Tindakan pemimpin Barisan Nasional-MIC dengan memanipulasikan isu perobohan sebuah pusat pemujaan pada 21 Oktober lalu merupakan permainan politik durjana mereka semata-mata.

Insiden ini dilihat sebagai satu cubaan daripada BN lagi untuk melontar fitnah menggunakan sentimen agama ke atas pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, K Uthayasoorian berkata, MBSA akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak BN-MIC masih terus memainkan isu sensitif ini.

K Uthayasoorian berkata demikian dalam sidang media di bangunan MBSA petang tadi.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mokhtar Hani menegaskan bahawa struktur bangunan yang dirobohkan Majlis Bandaraya Shah Alam 21 Oktober lalu di Jalan Persiaran Kerjaya, Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam bukanlah kuil mahupun pusat ibadat.

"Lawatan siasatan yang telah dilakukan oleh unit aduan bahagian pengatkuasa MBSA pada 16 Februari 2009, jam 6.00 petang lalu satu notis dikeluarkan dibawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 70 (1) mendirikan Struktur binaan tanpa kebenaran daripada pihak Majlis. Bangunan yang dirobohkan ini disebut sebagai Tokong Datuk, ini bukanlah kuil mahupun mana-mana rumah ibadat, tetapi sebenarnya adalah tempat pemujaan bagi ramai orang yang meminati nombor ramalan bagi tujuan perjudian. Mereka diberikan tempoh 1 bulan bagi proses pemindahan" katanya.

Sumber: TVSelangor


YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam meminta semua pihak supaya bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan perobohan beberapa binaan di Persiaran Kerjaya, Jalan Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam.

Kes perobohan binaan itu oleh MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) yang didakwa beberapa kumpulan sebagai Kuil Mathurai Veeran sekarang berada dalam siasatan. Kes ini juga telah dimaklumkan dan dibincangkan dengan ADUN kawasan berkenaan iaitu YB Nik Nazmi. Kami sedang menunggu laporan penuh dan kronologi perobohan tersebut sebelum tindakan lanjut diambil.

Adalah penting bagi semua pihak supaya dapat bersabar serta berfikir secara rasional sebelum membuat sebarang spekulasi, dakwaan serta kenyataan sebelum hasil siasatan diumumkan. Didapati ada beberapa pihak yang cuba mensensasikan kes yang masih dalam siasatan ini untuk meraih sokongan politik. Sebarang kenyataan dan dakwaan tidak rasional yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum hasil siasatan diumumkan bukan sahaja dilihat berniat jahat malah boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat.


Semua anak pekerja ladang yang menetap di luar bandar di negeri ini akan menerima subsidi pengangkutan sebanyak 50 ringgit sebulan bermula tahun depan.

EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, subsidi ini sebagai galakan kepada anak-anak pekerja ladang untuk meneruskan pelajaran ekoran ada di antara mereka menghadapi kesukaran untuk berulang alik ke sekolah.

"Saya telah menerima banyak aduan dari Sabak Bernam juga, ada dua ladang di Sabak Bernam memang ada masalah pengangkutan untuk murid keluar untuk belajar, kalau kita tak tolong mereka dia langsung takkan keluar. Ini saya ingat kita tidak boleh terimalah sebab saya anggap pendidikan untuk anak-anak muda kita di dalam negeri," katanya.

Dr Xavier berkata demikian kepada TV Selangor semasa Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Sempena Aidilfitri dan Deepavali anjuran Pusat Khidmat Komuniti DUN Semenyih, di Dewan Orang Ramai, Semenyih, baru-baru ini.

Katanya, bayaran untuk sebsidi ini akan disalurkan terus kepada pengusaha bas sekolah disetiap kawasan masing-masing.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Dr Xavier turut mengumumkan pembukaan sebuah pejabat khas bagi menguruskan permohonan kad pengenalan dan sijil kelahiran penduduk negeri ini.

Katanya, pejabat berkenaan akan dibuka di Plaza MPK dalam tempoh dua minggu lagi.

"Mereka boleh datang ke pejabat ini dan pejabat ini akan dilengkapkan dengan pegawai-pegawai berkenaan dan mereka akan ambil aduan-aduan yang akan dibuat, kita akan fail dan lepas tu kita akan tolong mereka terus untuk apply dan tengok bagaimana kita boleh bekerjasama dengan pejabat pendaftaran sebab anak-anak kita yang tidak ada sijil ini dia tidak boleh pergi sekolah," ujarnya.

Katanya, ketika ini kira-kira 5,000 penduduk di negeri ini mengalami masalah tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan, dan masalah ini akan menyukarkan urusan seharian mereka dan anak-anak untuk bersekolah.

Belia disaran merebut peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran teknikal untuk masa depan yang lebih terjamin.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor dan Industri Pendidikan Negeri Selangor atau INPENS menganjurkan Program Kemahiran Teknikal untuk golongan belia dari keluarga yang berpendapatan rendah.

EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri akan membiayai pendidikan setiap pelajar yang terbabit dalam program ini.

Langkah ini dijangka memberi kesan positif kepada masyarakat miskin, khususnya 21,000 keluarga fakir miskin di Selangor.

"Kerajaan membelanjakan sejumlah RM12,500 bagi setiap pelajar dalam tempoh setahun pengajian mereka dan kerajaan negeri akan membiayai seramai 200 orang pelajar bagi setiap tahun," katanya.

Dr Xavier berkata demikian dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada pelajar-pelajar program INPENS tersebut di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, petang tadi.

Beliau berkata kerajaan negeri mahu memberi peluang kedua kepada anak-anak Selangor yang terpinggir dari segi akademik ekoran tekanan kewangan yang dihadapi keluarga merka.

"Saya difahamkan kelulusan minima yang diperlukan adalah lulus Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sudah cukup untuk mereka melanjutkan pelajaran di INPENS bagi program ini, jelasnya lagi.

Sebanyak sebelas kursus teknikal ditawarkan INPENS bagi melahirkan belia yang berdaya saing.

Xavier menambah, setiap penuntut dibekalkan elaun sara diri RM100 bagi menambah keperluan harian.



Jamuan Rakyat Sempena Deeparaya Meriah

Hampir 2,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Sempena Aidilfitri dan Deepaval anjuran Pusat Khidmat Komuniti Dun Semenyih,di Dewan Orang Ramai, Semenyih malam tadi.

Exco Dr Xavier Jayakumar, yang diberi tanggungjawab sebagai Adun angkat Dun Semenyih, berkata beliau terharu dengan sambutan yang masyarakat setempat berikan kepada majlis Pakatan Rakyat.

"Saya gembira penuh sebab saya nampak kehadiran dia bukan sahaja orang melayu ataupun orang India tetapi ramai dari kaum Tiong Hua yang hadir untuk program ini. Inilah satu-satu perayaan yang cantik sebab Pakatan Rakyat kita pun nak encourage perayaan macam ini dan makanan pun simple jugak, kita tak buang duit rakyat untuk membuat makanan-makanan yang besar",katanya.

Tetamu yang hadir dihidangkan dengan aneka juadah seperti satay, bihun goreng, nasi himpit dan rendang.

Selain dari Xavier, Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat dan Adun Kajang Lee Kim Sin turut sama memeriahkan majlis rakyat ini.

Sumber: TVSelangor

SHAH ALAM, 18 Okt- Setiap kali penghujung Syawal, orang ramai berebut-rebut mengadakan rumah terbuka dan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri agar tidak ketinggalan meraikannya bersama rakan taulan, sanak saudara dan jiran tetangga.

Begitu juga Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) semalam tidak melepaskan peluang menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya bersama Anak-anak Yatim di Shah Alam.

Majlis tersebut juga diadakan bersempena sambutan Hari Deepavali yang disambut penganut agama Hindu seluruh Malaysia.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar berkata, majlis seumpamanya itu inisiatif Kerajaan Negeri menyumbangkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan seperti anak-anak yatim piatu.

“Inilah anak-anak kita yang kita kena buat sesuatu untuk meningkatkan dia punya semangat, dan beri mereka tahu bahawa ada orang-orang yang sayang mereka juga, bukan mereka dipinggir-pinggirkan macam itu. Pasal itu program-program macam ini kerajaan negeri memang membawa satu manfaat kepada mereka satu kegembiraan kepada mereka pada satu perayaan macam inilah”, kata Dr Xavier.

Dr. Xavier Jayakumar berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim anjuran UPEN di Shah Alam semalam.

Dalam pada itu, keceriaan anak-anak yatim piatu yang diraikan semalam jelas terpancar dari wajah mereka yang turut dihiburkan dengan persembahan silap mata dan gelagat pelawak yang menggembirakan mereka.

Bagi Mohd Talha Mohd Rom, Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong berasa gembira dan terharu kerana masih ada pihak yang prihatin terhadap nasib golongan sepertinya tatkala musim perayaan.

“Alhamdulillah, sebab ada juga yang sanggup menghulurkan meraikan anak-anak yatim macam kami ni yang kata mungkin istemewa laa. Jadi kami yang datang ni terhibur, pengganjur ada sediakan hiburan, jadi macam menggembirakan”, katanya.

Zarifah Shahri dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Daerah Kuala Langat ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menjemput mereka meraikan Hari Raya walaupun Syawal kian berakhir beberapa hari lagi.

“Seronoklah gembira dapat sama-sama merayakan. Saya ucapkan terima kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana menganjurkan majlis bersama-sama anak yatim, saya harap tahun-tahun akan datang ada majlis-majlis macam ni”, jelasnya.

“Rasa sangat gembira, very thankful to you all this people yang organize benda macam ni, welcoming very nice dia jemput kita, and then meraikan budak-budak ni kan, I feel very happy”, kata George Walters dari St. Barnabas Home.

“Perasaan gembira terima banyak kerana sudi jemput anak-anak yatim dari tempat kami, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kitaorang, sedikit banyak dapat membantu anak-anak ni lah”, kata Rumiza Haris dari Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim Sekendi, Klang.

Pada majlis itu, sembilan rumah kebajikan sekitar Selangor menerima sumbangan perayaan masing-masing bernilai RM3,000 manakala seramai 150 anak-anak yatim yang diraikan turut menerima duit raya, setiap seorang menerima RM50.




Kerajaaan Negeri Selangor mahu kewangan semua badan kebajikan di seluruh negeri diaudit setiap tahun.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar berkata langkah ini perlu bagi memastikan peruntukan agihan kerajaan negeri, korporat dan individu dimanfaatkan sepenuhnya oleh badan terbabit.

Selain itu, langkah ini juga diambil bagi membendung penyelewengan dana pihak oleh tidak bertanggungjawab.

“Kita baca dalam surat khabar ada sedikit masalah dengan beberapa rumah yang nama dia rumah kebajikan, ini orang-orang yang ambil peluang dan dia nak bagi bantuan, ini kenalpastikan bahawa mereka buat dengan telus dan ada keikhlasan mereka untuk membuat kerja ini, kalau itulah keadaannya, kerajaan negeri mampu untuk tolong mereka dan bagi sumbangan kepada mereka. Tetapi kalau kita terdapat rumah-rumah itu saja macam tu, bila tanya sumbangan memang takkan dapat dari kita”, kata Dr Xavier.

Dr. Xavier Jayakumar berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim anjuran Seksyen Sektoral Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor di Shah Alam tengah hari tadi.

Sehubungan itu, Xavier menasihatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya menjalankan audit di rumah anak-anak yatim piatu di Selangor agar kewangan rumah-rumah terbabit lebih telus.

Sekiranya terdapat mana-mana rumah kebajikan yang menunjukkan kecurigaan dalam akaunnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat harus menutup operasi rumah terbabit.

Beliau menambah kaedah menggred perlu diperkenalkan supaya anak-anak Selangor yang menginap di rumah-rumah kebajikan mendapat perhatian dan perkhidmatan yang selesa, cekap dan berkesan.

“Kita pun kena ada sedikit maklum balas dari mereka, tanggungjawab mereka itu buat kerja dia dengan baik macam akaun mereka kena telus, akaun kena tunjuk, perbelanjaannya macam mana, jadi if you open your book, you show ure doing good job, and you need money, orang ramai akan tolong, korporat-korporat semua akan bagi sumbangan dan dana, sebab mereka memang ada dia punya keutamaan untuk bagi . Kita bila macam rumah-rumah 9 ini kita bagi tu memang kita punya semua pegawai turun dia pergi periksa rumah, tetapi audit itu jabatan yang boleh buat audit dan kena buat audit ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, dia kena buat audit, sebab dia ada peruntukan, dia ada dana, dia ada mekanisma, jadi dia ada senarai dia sendiri dan dia lah yang kena buat audit dan kalau perlu tutup mana-mana rumah macam ni yang ada, dia kena tutup, if you not performing according to the rules and regulation, we have put the stop, it our responsibility, nobody do this as a business nobody should do this, it should be purely done on a social basis dengan niat kebajikan dengan niat baik dan ketelusan, itu yang mereka kena lakukan”, jelasnya lagi.

Sumber: TVSelangor


Sabak Bernam, 15 Oktober 2009 - YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor kesal dengan sikap Kementerian Pelajaran Malaysia yang membina sebuah sekolah Tamil begitu hampir dengan talian kabel bervoltan tinggi TNB.

Beliau telah melakukan lawatan mengejut ke tapak pembinaan SJK Tamil Ladang Sabak Bernam baru-baru ini.

Tanah tersebut adalah milik syarikat perladangan Sime Darby yang telah diserahkan kepada kementerian untuk pembinaan sekolah tersebut.

Beberapa orang ibubapa dan PIBG sekolah tersebut melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan kementerian untuk menerima lokasi tapak tersebut tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mereka agar berunding dengan pihak Sime Darby untuk lokasi yang lebih sesuai yang terletak di lokasi bersebelahan yang lebih jauh dari talian kabel TNB tersebut.

YB Dr Xavier mengatakan bahawa beliau akan menulis surat kepada Kementerian Pelajaran agar memindahkan sekolah tersebut seperti lokasi yang dicadangkan oleh ibubapa. Beliau juga menegaskan bahawa beliau akan menghubungi pihak Yang Dipertua serta Jabatan Perancang Majlis Daerah Sabak Bernam untuk mendapatkan maklum balas bagaimana pihak Majlis boleh meluluskan pelan lokasi tapak sekolah tersebut tanpa mengambil kira tapak tersebut begitu hampir dengan kabel TNB tersebut. Tegas beliau lagi lokasi sekolah yang begitu hampir dengan talian bervoltan tinggi TNB tersebut membahayakan keselamatan murid-murid dan ibubapa serta guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain.





Sabak Bernam, 15 Oktober 2009 -Seramai 210 individu telah menerima bantuan peralatan Blueprint Kemiskinan di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan Negeri Selangor.



Program Mesra Rakyat, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan Negeri Selangor juga diadakan pada petang hari tersebut dimana 200 angpow sebanyak RM50 setiap satu telah diberikan kepada golongan miskin tersebut:
  • 50 anak yatim
  • 50 ibu tunggal
  • 50 warga emas
  • 50 komuniti India

Dr Xavier Jayakumar hadir menyerahkan bantuan peralatan Blueprint Kemiskinan serta angpow kepada golongan-golongan yang dikhaskan menerimanya.



KLANG, 15 Oktober - Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar menyerahkan bantuan fakir miskin dan Orang Kurang Upaya(OKU) kepada 150 keluarga beragama Hindu sempena perayaan Deepavali Sabtu ini.

Bantuan berupa wang tunai RM100 diserahkan di suatu majlis Deepavali anjuran syarikat konsesi air Syabas di Taman Klang Jaya, malam semalam.

Selain dari Xavier, turut hadir adalah Pegarah Eksekutif Sumber Strategik Syabas, Ir. V Subramaniam mewakili Ketua Pengarah Esekutif Tan Sri Rozali Ismail.

Rata-rata penerima sumbangan ini melahirkan rasa terharu dengan keprihatinan Syabas dan kerajaan negeri.

Penerima-penerima ini ialah dari berebapa kawasan di Selangor iaitu 20 orang dari Dun Sementa, 30 dari Dun Pelabuhan Klang, 50 dari Dun Sri Andalas, 20 dari Dun Sri Muda dan 30 dari Dun Selat Melaka.

Pengawal Keselamatan,Guna A/L Saanmugam,26 berkata sumbangan ini sedikit sebanyak menceriakan golongan sepertinya.

“Gembira la, ucap terima kasih kepada yb sama Syabas…tak pernah dapat sumbangan, first time dapat,guna untuk perbelanjaan deepavali boleh baju untuk anak, baju ke,itulah”,katanya.

Sementara Lekthumy A/P Martha, 33, dari Kapar berkata dia gembira diatas pemberian yang tidak disangka sempena pesta cahaya tahun ini.
“Itu Dato’ banyak terima kasih, lagi saya susah punya orang ini macam kasi banyak terima kasih semua orang.Saya pun ini macam tak pernah mari, ini hari mari”,katanya.

Bagi adik Viknesh A/L Soorishkumar, 17 dari Klang,sumbangan malam tadi akan digunakan untuk membeli pakaian baru sempena Deepavali.

“Terima kasih kepada semua yang bantu, dan kepada YB yang berhormat Charles Santiago”katanya.

Majlis sempena sambutan Deepavali ini merupakan yang julung kali diadakan Syabas. Majlis dimulakan dengan penyalaan lampu ntradisional kaum india dan jamuan makan malam.

Syabas berharap sumbangan ini dapat meringkan sedikit beban penerima sumbangan, selain memupuk semangat muhibah selaras dengan tanggungjawab korporat Syabas kepada masyarakat.

Sumber: Selangorkini



Sebaran Media

14 Oktober 2009

Kelab Rotary Salurkan Bantuan ke Padang Melalui Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM - Kelab Rotary Lembah Bernam bersama Rotary District 3300 , Malaysia bakal menyumbangkan 100 buah Peti Bantuan Bencana Alam (Disaster Relief Box, DR BOX) kepada mangsa gempa bumi di Padang dalam masa tersingkat.

Turut menyumbang kepada usaha murni ini adalah Kelab Kelab Rotary KL West, Subang, Teluk Intan , Port Klang dan KL North .

Bantuan tersebut disalurkan melalui Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh negara jiran kita di Padang.

Tiga wakil dari pertubuhan bukan kerajaan itu hari ini menyampaikan peti bantuan kepada Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liew sebagai komitmen dalam bantuan kemanusiaan di Padang.

Mereka adalah Presiden Kelab Ir Nirinder Singh Johl, Pengerusi Projek DR BOX Udupi Krishna Kumar dan Bendahari Kelab Azlin binti Ibrahim dan wakil-wakil dari pihak yang terlibat.

Setiap peti bantuan mengandungi sekurang-kurangnya 40 item, antaranya barang-barang keperluan asas dan kegunaan rumah, ubat-ubatan, makanan dan minuman.

Kerajaan Negeri Selangor menghargai usaha individu dan pertubuhan bukan kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Padang atas semangat solidariti dan kemanusiaan dengan negara jiran.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah menubuhkan satu misi kemanusiaan untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Padang dan menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM500,000.

(Gambar: Nirinder Singh Johl menyalurkan bantuan ke Padang melalui Kerajaan Negeri Selangor. Peti bantuan diterima oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liew.)
PRESS STATEMENT

14 October 2009

GREEN POLICY WORKSHOP: SELANGOR AIMS FOR MODEL GREEN STATE


Shah Alam – Selangor executive councilor for tourism, consumer affairs and environment, YB Elizabeth Wong formally launched the first consultation workshop of the Selangor State Environmental Policy (Dasar Alam Sekitar Selangor) on 9 October 2009 at the Quality Hotel.

There were 21 environmental non-governmental organizations, seven related governmental departments and two youth observer groups who attended this workshop. The workshop was held to present and explain a draft of the Selangor State Environmental Policy to all the participants, and to solicit their professional input into this novel policy.

In her opening speech, YB Elizabeth Wong explained that the formulation of this green policy was historical moment for Malaysian states in environmental management. While the National Policy on the Environment provides general guidance, she said that since Selangor state was one of the most developed and highly populated in the country, it was necessary to formulate an environmental policy that was customised to its socio-economic and environmental conditions.

She also hoped to achieve four objectives with the launch of the policy consultation process. First, Selangor government has to establish an environmental policy tailored to the conditions and needs of the state. Second, she wanted this workshop to contribute towards the institutionalization of participatory democracy in policy making. She said that every Selangor citizen has a right to participate in shaping the state’s future. Third, the finalized policy will be a public document and stand as a means for citizens to hold state government accountable. Fourth, the Selangor state government wants to signal to the public, other state governments, and the Federal government that Selangor is taking leadership on environmental matters.

Lastly, YB Elizabeth Wong wanted other state governments and the Federal government to work together to achieve sustainability. The consultation workshop was just a starting point for Selangor's green ambitions. Participants were given two weeks time to submit their suggestions and criticism about the draft policy.

Several subsequent rounds of consultation are planned over the next few months, including sessions with industry and grassroots public consultations across Selangor's administrative districts.




Adalah dimaklumkan dengan sukacitanya bahawa Majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat Negeri Selangor, bersama MBPJ, akan diadakan mengikut butir-butir berikut :

Tarikh : 24 Oktober 2009 (SABTU)

Masa : 6:00 PM – 10:00 PM

Tempat : Dataran PJ, Petaling Jaya (bersebelahan AmCorp Mall)

Dengan segala hormatnya Tuan / Puan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dan kehadiran Tuan / Puan dialu-alukan dan diucapkan terima kasih.



Masalah perumahan bekas pekerja ladang tumbuk di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan diselesaikan dengan segera, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Menurutnya, satu perjanjian baru akan dibuat semula dengan Jabatan Buruh, Pejabat Tanah dan syarikat pemaju iaitu Mega Holdings Sdn Bhd.

“Perjanjian itu tidak sah dan hari ini saya telah cadangkan untuk membuat perjanjian lain dan telah panggil semua pegawai untuk hantar perjanjian itu kepada pejabat buruh dan akan panggil Mega Holdings untuk datang dan buat semula perjanjian, dan kita akan beri pampasan kepada 29 orang yang kerja di ladang,” katanya.

Bercakap kepada Tvselangor di Shah Alam, malam tadi, Dr Xavier berkata, perjanjian itu dibuat semula kerana perjanjian terdahulu tidak sah dan jelas menunjukkan pekerja-pekerja ladang itu ditipu.

“Bila saya baca perjanjian itu, saya rasa mereka telah ditipu sebab saya nampak perjanjian ini hanya sewenang-wenangnya telah ditulis dan bukan diberikan kepada tiap-tiap individu tetapi telah ditandatangan sebagai kolektif agreement antara Mega Holdings dan NUPW iaitu ketua NUPW dengan setiausaha.

“Pada perjumpaan itu, mereka tak datang untuk jawab apa dah jadi kepada rumah itu semua,” katanya.

Menurut Dr Xavier, pada peringkat permulaan, tanah estet seluas 970 ekar itu telah dibeli oleh Mega Holdings Sdn Bhd, namun oleh kerana tidak dimajukan, maka tanah itu telah dijual dan sebelum pembahagian dilakukan, satu perjanjian telah dibuat.

Mengikut perjanjian itu, pekerja terbabit akan menerima sebidang tanah dan rumah di kawasan berkenaan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan.

“Sebelum mereka pecahkan ladang ini kepada orang ramai, mereka telah buat perjanjian untuk pekerja-pekerja ladang pada tahun 2005. Di mana perjanjian ini ditentukan bahawa mereka akan diberikan tanah dengan rumah di atas tanah, dan ada sekolah dan kuil yang akan diberikan.

“Tetapi bila mereka telah buat perjanjian ini, didalam perjanjian ini tidak dinyatakan bila rumah itu akan siap, apa saiz rumah, berapa besar lot tanah dan mereka tak dapat pampasan apa pun sampai sekarang,” katanya.

Terdahulu Dr Xavier berkata, beliau telah menyampaikan sumbangan hari deepavali kepada 300 penduduk miskin dan warga emas di Taman Batu Untung, Tanjung Sepat.

Sumbangan sebanyak RM100 setiap seorang itu bertujuan meringankan beban penduduk yang kurang kemampuan sempena hari deepavali 17 Oktober ini.

Dr Xavier turut memberi bantuan sebanyak RM50,000 kepada persatuan kuil di kawasan itu.

“Kehadiran dengan 400 orang dalam program ini, dan melalui kerajaan saya telah memberi peruntukan dan bantuan kepada kuil sebanyak 50 ribu untuk adakan program-program bersama dengan penduduk di dalam kawasan melalui persatuan kuil itu,” jelas Dr Xavier.

Sumber: TVSelangor
Sebaran Media

7 Oktober 2009

KLIA Setuju Tangguh Roboh Kuil Sri Maha Mariamman Jenjarom


Setelah perbincangan dengan Kerajaan Negeri Selangor, Kuala Lumpur International Airport Berhad (KLIA Bhd) bersetuju untuk menangguhkan kerja perobohan Kuil Sri Maha Mariamman di Jenjarom sehingga persetujuan dicapai di kalangan pihak terbabit berhubung dengan tapak baru pemindahan kuil.

Exco kerajaan negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Dr XavierJayakumar hari ini telah bertemu dengan pihak peguam, Pejabat Tanah dan Daerah, polis, dan pengerusi KLIA Bhd untuk membincangkan perkara tersebut.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak atas keprihatinan dan kesabaran. Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secara baik,” kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri itu setelah berjumpa dengan pihak-pihak berkenaan.

Jelasnya, jawatankuasa kuil itu pada dasarnya bersetuju untuk berpindah dan memohon pihak pemaju agar menyediakan tapak baru di jalan utama ke Banting, iaitu 500 meter dari lokasi asal kuil.

Namun, menurut beliau, pihak pemaju iaitu KLIA Bhd telah mencadangkan tapak baru di Sungai Rambai, dan cadangan ini tidak dapat diterima oleh jawatankuasa kuil terbabit kerana terlalu berdekatan dengan kawasan perumahan masyarakat Islam.

“Kami telah meminta supaya pihak pemaju mempertimbangkan semula cadangan pihak jawatankuasa kuil.”

“Perkara ini wajar diselesaikan dengan cara muhibah dan secepat mungkin agar kepentingan semua pihak dapat terjamin,” tegas Xavier.(tamat)


Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor

Pegawai exco, 10 lagi dibebas


6 Oktober 2009 - Seorang pegawai khas kepada exco kerajaan negeri Selangor adalah antara 11 individu yang dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ampang atas dua tuduhan antaranya terlibat dalam perhimpuan haram di Jalan Kebun, Klang, kira-kira sembilan tahun lalu.

Hakim Noradidah Ahmad menetapkan keputusan tersebut terhadap Abd. Razak Ismail, 47, pegawai khas kepada exco Selangor Dr Xavier Jayakumar dan 10 individu lain setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes tersebut.

Individu lain ialah S Pospan Linggam, 64, Md. Ab. Nasir Md Isa, 52, Ahmad Faizal Chek, 32, Mat Dan Hassan, 67, Monashofian Zulkarnain Putra, 47, Aida Idris, 43, Muhamad Tarmizi Abd Rahman, 48, Sahri Bahari, 50, Mohamad Salim Laidin, 51, dan Saeden Wateh, 56.

Kesemua mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 125 orang yang ditahan pada 4 Nov dan 5 Nov 2000 kerana menghadiri satu perhimpunan haram di Jalan Kebun, Klang.

Bagi pertuduhan pertama kesemua mereka didakwa terlibat dengan perhimpunan haram di antara Kilometer 21 dan 28.2 Lebuhraya Kesas, Klang, antara pukul 2 hingga 7 petang, 5 Nov 2000.

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua iaitu mengingkari perintah bersurai yang dikeluarkan oleh pegawai polis, Supt Ruslan Abdullah dan Inspektor Ishak Mahmud, di tempat dan masa yang sama.

Sepanjang prosiding, seramai 19 saksi pendakwaan dan 15 saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Roslan Abu Bakar manakala kesemua tertuduh diwakili oleh peguam Yusmadi Yusoff.

Sumber: BERNAMA

Waspada, H1N1 masih merebak

Influenza A(H1N1) masih aktif dan masih menular dalam komuniti, walaupun kes yang melibatkan penyakit itu semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin dan waspada serta terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan, seperti sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mengurangkan lawatan ke tempat-tempat awam.

"Sejak akhir-akhir ini, ramai orang mungkin menyedari kejadian kes influenza A (H1N1) semakin berkurangan.

"Namun begitu, Kementerian Kesihatan ingin terus menegaskan bahawa penularan penyakit influenza A (H1N1) dalam komuniti masih berlaku dan masih aktif," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga hari ini tiada kematian akibat Influenza A (H1N1) didaftarkan menjadikan jumlah kematian kekal 77 orang.

Bagaimanapun menurut beliau seramai 123 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 106 kes telah dibenarkan keluar hari ini.

"Sehingga hari ini 743 kes ILI masih dirawat di seluruh negara dan 66 pesakit atau sembilan peratus daripada jumlah itu merupakan kes influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

"Daripada 66 orang pesakit influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, 15 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk satu kes baru dan dua kes discaj hari ini," katanya lagi.

Beliau berkata 13 daripada 15 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah lima tahun (tujuh kes), penyakit kronik (tiga) dan obesiti (tiga).

"Individu-individu yang berisiko tinggi termasuk kanak-kanak berumur kurang lima tahun, orang dewasa berumur 65 tahun ke atas, wanita hamil, pengidap penyakit kronik seperti asma, penyakit paru-paru yang kronik dan diabetes serta golongan dengan imuniti yang rendah, mesti mendapatkan rawatan dengan segera apabila mengalami sebarang simptom ILI," kata Dr Ismail.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini mengenai jangkitan influenza A(H1N1) melalui talian hotline 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang, melalui e-mel di cprc_h1n1@moh.gov.my serta menerusi laman web Kementerian Kesihatan iaitu di http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my.

Sumber: Bernama



top