Showing posts with label Anak-anak Yatim. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak Yatim. Show all posts

Program Menyampaikan Sumbangan di Sungai Jati

Sungai Jati, Klang, 27 Mac 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri satu program yang dianjurkan untuk menyampaikan bantuan sumbangan kepada anak-anak yatim, golongan OKU dan ibu tunggal.

Dalam program tersebut, seramai 17 orang anak yatim, 12 orang OKU serta ibu-ibu tunggal telah menerima bantuan sumbangan.

Turut disampaikan adalah kunci rumah PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin) kepada para penerima. Menurut YB Dr Xavier, rumah PPRT yang dibina kini adalah lebih berkualiti kerana dibina dari batu-bata keseluruhannya berbanding sebahagiannya kayu sebelum ini. Rumah tersebut juga dilengkapi dengan lampu dan kipas serta bumbung yang dicat dengan warna biru menunjukkan rumah yang baru dibina.




Sabak Bernam, 21 November 2009 - Bertempat di asrama anak yatim Sungai Kendi, Batu 36, Sabak Bernam, sebuah program penyampaian bantuan persekolahan telah diadakan untuk anak-anak yatim, pelajar miskin serta anak-anak pekerja ladang.

Bantuan persekolahan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini telah disampaikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar.

Media Alert

Program Penyampaian Bantuan Persekolahan Kepada Anak Yatim, Pelajar Miskin dan Anak-Anak Pekerja Ladang


Tarikh : 21 November 2009 (Sabtu)

Tempat : Asrama Anak Yatim Sungai Sekendi, Batu 36, Sabak Bernam

Waktu : 3.00 Petang

Contact Person: 
Encik Talib  (019-4277034)
Encik Veera (016-2816229 / 018-2436243)

YB Dr. Xavier akan seterusnya akan menyertai 50 orang pelajar tersebut ke Pekan Sabak Bernam untuk membeli pakaian seragam dan beg sekolah.

Semua Editor Media dan Wartawan dijemput Hadir

SHAH ALAM, 18 Okt- Setiap kali penghujung Syawal, orang ramai berebut-rebut mengadakan rumah terbuka dan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri agar tidak ketinggalan meraikannya bersama rakan taulan, sanak saudara dan jiran tetangga.

Begitu juga Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) semalam tidak melepaskan peluang menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya bersama Anak-anak Yatim di Shah Alam.

Majlis tersebut juga diadakan bersempena sambutan Hari Deepavali yang disambut penganut agama Hindu seluruh Malaysia.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar berkata, majlis seumpamanya itu inisiatif Kerajaan Negeri menyumbangkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan seperti anak-anak yatim piatu.

“Inilah anak-anak kita yang kita kena buat sesuatu untuk meningkatkan dia punya semangat, dan beri mereka tahu bahawa ada orang-orang yang sayang mereka juga, bukan mereka dipinggir-pinggirkan macam itu. Pasal itu program-program macam ini kerajaan negeri memang membawa satu manfaat kepada mereka satu kegembiraan kepada mereka pada satu perayaan macam inilah”, kata Dr Xavier.

Dr. Xavier Jayakumar berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim anjuran UPEN di Shah Alam semalam.

Dalam pada itu, keceriaan anak-anak yatim piatu yang diraikan semalam jelas terpancar dari wajah mereka yang turut dihiburkan dengan persembahan silap mata dan gelagat pelawak yang menggembirakan mereka.

Bagi Mohd Talha Mohd Rom, Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong berasa gembira dan terharu kerana masih ada pihak yang prihatin terhadap nasib golongan sepertinya tatkala musim perayaan.

“Alhamdulillah, sebab ada juga yang sanggup menghulurkan meraikan anak-anak yatim macam kami ni yang kata mungkin istemewa laa. Jadi kami yang datang ni terhibur, pengganjur ada sediakan hiburan, jadi macam menggembirakan”, katanya.

Zarifah Shahri dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Daerah Kuala Langat ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menjemput mereka meraikan Hari Raya walaupun Syawal kian berakhir beberapa hari lagi.

“Seronoklah gembira dapat sama-sama merayakan. Saya ucapkan terima kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana menganjurkan majlis bersama-sama anak yatim, saya harap tahun-tahun akan datang ada majlis-majlis macam ni”, jelasnya.

“Rasa sangat gembira, very thankful to you all this people yang organize benda macam ni, welcoming very nice dia jemput kita, and then meraikan budak-budak ni kan, I feel very happy”, kata George Walters dari St. Barnabas Home.

“Perasaan gembira terima banyak kerana sudi jemput anak-anak yatim dari tempat kami, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kitaorang, sedikit banyak dapat membantu anak-anak ni lah”, kata Rumiza Haris dari Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim Sekendi, Klang.

Pada majlis itu, sembilan rumah kebajikan sekitar Selangor menerima sumbangan perayaan masing-masing bernilai RM3,000 manakala seramai 150 anak-anak yatim yang diraikan turut menerima duit raya, setiap seorang menerima RM50.




top