BUKIT AMAN 30 April - Pakatan Rakyat hari ini mendesak Lembaga Displin Tatatertib Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan displin terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung kenyataan media beliau yang mengugut untuk menarik anggota polis daripada menjalankan tugas menjaga keselamatan awam jika itu kehendak rakyat.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata Pakatan Rakyat memberi tempoh sebulan kepada lembaga tersebut untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Polis Negara atau pun memecat beliau atau dipaksa meletak jawatan.

Lim berkata jika tiada tindakan diambil, Pakatan Rakyat tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan protes besar-besaran di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Kami mahu IGP bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan yang beliau buat dan kami mendesak PDRM supaya memaksa Musa meletakkan jawatan," tegas Lim lagi.



Satu lagi laporan kematian berkaitan virus influenza A(H1N1) diterima Kementerian Kesihatan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata bagaimanapun penyebab kematian lelaki berusia 40 tahun itu bukan jangkitan H1N1 secara langsung. "Ini menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini kekal 81 orang," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. 
Beliau berkata lelaki itu mempunyai faktor risiko tekanan darah tinggi dan terlibat dengan kemalangan kenderaan seminggu sebelum dimasukkan ke wad. Dr Mohd Ismail berkata lelaki terbabit dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 26 April lepas selepas mengalami masalah pernafasan, demam, batuk serta pertuturan yang tidak difahami dan dia meninggal dunia pada hari yang sama. 

Usul Remaja Mati Ditembak Polis Ke Dewan Negara




KUALA LUMPUR 29 Apr - Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat, Senator S Ramakrishnan dijangka akan membentangkan usul tergempar berhubung kematian kes pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis pada hari Isnin ini.

Menurutnya, tujuan usul berkenaan adalah bagi menyegerakan kes tersebut supaya disiasat secara profesional dan telus serta mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Beliau berkata, kejadian tersebut dengan jelas membuktikan anggota polis tidak cekap menjalankan tanggungjawab mereka bila mana kejadian seumpama ini masih lagi berlaku sehingga kini.

Sambil merujuk kepada contoh kes-kes sebelum ini, Ramakrishnan juga mengecam janji manis yang dilbuat pihak kerajaan termasuk Menteri berkenaan untuk menjalankan siasatan terperinci.

Namun sehingga kini banyak kes tidak mendapat perhatian malah tiada tindakan susulan dibuat.



SHAH ALAM 28 Apr - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri menawarkan untuk menyediakan perkhidmatan guaman kepada keluarga remaja yang mati ditembak polis, Aminulrashid Amzah.

Sambil menyampaikan takziah beliau, Khalid juga berkata kerajaan negeri akan memberi sokongan dan bersedia membantu sekiranya keluarga mangsa memerlukan.

"Kita juga akan menyediakan khidmat peguam sekiranya keluarga mangsa mahukan demikian," katanya kepada sidang media selepas mengakhiri lawatan ke rumah mangsa dekat sini.

Khalid juga menyampaikan cek bantuan berjumlah RM10,000 kepada keluarga mangsa.




Kerajaan Negeri mahu penduduk pangsapuri-pangsapuri atau pembangunan berstrata yang lain melakukan migrasi ke meter individu. Dengan itu, mereka boleh menikmati skim air percuma 20 meter padu.

Walau bagaimanapun, agar mereka yang berpendapatan rendah dapat menikmati skim air percuma ini sebelum migrasi dapat dilakukan, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kupon-kupon yang bersamaan dengan nilai 20 meter padu air kepada penduduk pangsapuri kos rendah.

Kupon-kupon ini akan diedarkan melalui Pesuruhjaya Bangunan atau Commissioner of Building (COB) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada penduduk melalui pemaju, agen pengurusan, Badan Pengurusan Bersama/JMB atau Perbadanan Pengurusan/MC.

Skim ini akan dilaksanakan di beberapa kawasan perintis terlebih dahulu mulai bulan Jun 2010. Terdapat 620 pembangunan pangsapuri kos rendah yang belum melakukan migrasi. Ini merangkumi 168,479 unit kediaman.

Hulu Selangor By-Election




Dear Xavier,

I thank the workers and volunteers from Pakatan Rakyat including our friends in DAP and PAS who supported our candidate in Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim.

Tens of thousands of Malaysians joined us to show the people of Hulu Selangor that Pakatan Rakyat is committed to a Malaysia where all of its citizens have the right to peace, justice, and prosperity. I am thankful for the tremendous support you have shown.  Your commitment to change is commendable.

One setback shall not divert us from our goal. Any change worth making is hard and will be fought at every turn. While it doesn't take away the sting of this loss, there is no road to real change without setbacks along the way.

Over RM100 million was spent by BN to win a thin majority in Hulu Selangor: that amounts to RM65,000 per person. Dozens of ministers campaigned every day; the Election Commission appears guilty once again of violating its mandate to ensure fair elections;  and the police intimidated our supporters and there are reports that they even prevented some voters from reaching the polling stations.

BN Rampas Semula Kerusi Parlimen Hulu Selangor

9.20pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. 

Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Undi rosak 731. 

Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil, Nur Hisham Ahmad Dahlan.


6.00ptg: Sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini. Jumlah tersebut bertambah daripada pilihan raya umum lalu di mana 75.24 peratus keluar mengundi.

Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Keputusan dijangka diumumkan kira-kira jam 9.30 malam ini.

5.30ptg: Keputusan Undi Pos; BN 767 dan PR 120.








5.00 pm : Proses pengundian tamat. Semua pusat pembuangan undi ditutup.

4.30 pm : Ketua petugas Pakatan Rakyat di Sek Ren. JK (C) Khing Ming membahagikan petugas kepada 5 kumpulan.

Mereka masing-masing ditugaskan menjaga pintu masuk ke pusat mengundi bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di saat-saat akhir waktu pengundian.

4.20 pm : Sehingga jam 4 petang, 73.82 peratus atau 47,615 sudah selesai menunaikan tanggungjawab keluar mengundi.

4.15 pm : Jam terakhir waktu pengundian, beberapa pengundi kaum Cina dilihat masuk ke tempat pengundian di Sek Ren. JK (C) Khing Ming.






2.30ptg: Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi. 

2.05ptg: Restoran mamak dan restoran Melayu di Hulu Bernam sesak dengan penyokong BN. Manakala petugas Pakatan sudah kembali semula ke pusat pengundian untuk mencari undi.

Juga tiada tanda hujan akan turun walaupun Jabatan Kajicuaca meramalkan petang ini akan hujan.

1.45 pm : Sekali lagi pergaduhan hampir berlaku antara sukarelawan India dari Pakatan Rakyat dengan petugas India BN ekoran berebut memberi perkhidmatan kepada para pengundi India di SJK (T) Sungai Choh.




1.00 pm : Kekecohan berlaku, kini di Sek. Keb. Sg. Rasa. Bermula apabila penyokong BN merentap bendera Keadilan selepas tidak berpuas hati dengan sorakan penyokong Pakatan Rakyat.

Pergaduhan kecil juga berlaku, namun suasana bagaimanapun kembali tenang selepas dileraikan pihak polis.


12.50 pm : Norasyikin Zakaria, 35, antara pengundi terawal pagi tadi memaklumkan berlaku kekecohan di tempat beliau mengundi di Sek Keb Bandar Baru Batang Kali, selepas seorang pengundi sebelumnya tidak berpuas hati kerana namanya hilang dari buku daftar pemilih.

Dalam semakan online sebelum itu, pengundi itu mendakwa namanya ada ada dalam daftar pemilih.

Dia kemudian berang, apabila aduannya didakwa tidak dilayan petugas SPR.





12.00 pm : Penyokong BN mula mempamer aksi lucah kepada penyokong PR di Sek. Men. Ampang Pecah. Mereka saling berbalas sorakan. Keadaan masih terkawal.

11.55 am : Suasana sekali lagi tegang di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan.

Pergaduhan hampir tercetus ekoran jarak kedua-dua penyokong hanya sebelah menyebelah.

11. 30 am : Pelbagai spekulasi mula tersebar melalui khidmat pesanan ringkas SMS mendakwa PKR bakal menang besar.

Ada yang mendakwa PKR akan menang besar berdasarkan maklumat briged Welsh, pemimpin Umno didakwa sudah beransur ansur meninggalkan Hulu Selangor.



11.05 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah-Penyokong PR terus berlawan sorak dengan penyokong BN. Di sebelah PR, mereka melaungkan " enjin jet hilang...BN, curi pasir...BN" manakala di sebelah BN mereka hanya membalas " dua tahun perintah tak buat apa-apa".

Biarpun berbalas sorakan, keadaan masih terkawal dengan beberpa anggota keselamatan dihat cuba menenangkan penyokong dari kedua belah pihak.

11. 00 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis tidak membenarkan petugas media termasuk wartawan dan jurugambar masuk ke kawasan pembuangan undi biarpun mempunyai pas SPR.
9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Men. Keb Kuala Kubu Bharu jam 10.00 pagi ini.

9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.

Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi 'wheely' sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.

9.30 am : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu meninjau suasana pengundian.

Beliau disambut penyokong dan juga pengundi di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, hanya penyokong Pakatan Rakyat sahaja berbaris di tepi jalan menuju ke pusat pengundian di sini manakala penyokong BN masih belum kelihatan.





8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.

8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.

8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.
Dun Batang Kali: Kedudukan Pondok Panas BN di SK Bukit Beruntung didakwa tidak mengikut arahan SPR yang sepatutnya sebarang pondok yang didirikan perlu ditempatkan 100 meter dari kawasan mengundi.

Petugas Pondok Panas, Ismail Hassan mempersoalkan hak istimewa ini yang dimiliki oleh BN tetapi tidak diberikan secara adil dan saksama kepada PR.

Beliau berkata pada jam lebih kurang 8 pagi tadi, pondok panas BN telah dilawati oleh Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed dan bertanya sendiri berhubung perkara ini.

Bagaimanapun, Mustapha memberi jawapan SPR membenarkan pondok panas BN boleh berada 50 meter dari kawasan mengundi yang bertentangan dengan peraturan SPR.

Ismail turut melahirkan rasa kecewa apabila tiada tindakan yang diambil terhadap petugas-petugas pondok panas BN di sini.

Beliau berkata perkara ini akan dipanjangkan kepada pegawai SPR yang bertugas ekoran ketiadaan hak sama adil ini.



HULU SELANGOR, 25 April: Berbekalkan anggaran kemenangan 56.2 untuk Pakatan Rakyat sebagaimana yang diramalkan oleh Zentrum Future Studies, 63,701 pengundi Hulu Selangor mula membuang undi pagi ini.

Mereka membuang undi di 48 pusat pengundian yang menyediakan 136 saluran mengundi di 47 buah sekolah bermula jam 8.00 pagi ini.

Proses pengundian ini diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan iaitu Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.
Anggota exco Selangor Elizabeth Wong membuat laporan polis awal pagi ini di pejabat polis Kuala Kubu Bahru kerana mendakwa terdapat percubaan untuk menghalang pengundi dari dua perkampungan Orang Asli daripada keluar mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Dalam laporannya, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan mendakwa beliau menerima aduan daripada rakan-rakan dari kalangan Orang Asli yang mendakwa terdapat 'samseng' yang mengawal jalan masuk ke perkampungan mereka.

Seorang individu yang cuba mengambil gambar telah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di sekatan di pintu tersebut.

Elizabeth berkata, beliau telah mengenal pasti dua perkampungan terbabit sebagai Kampung Orang Asli Kirling dan Kampung Orang Asli Pertak.

Elizabeth percaya ia bertujuan untuk menghalang Orang Asli daripada keluar mengundi hari ini.

Menurut berita yang dikeluarkan oleh EraPakatan.com. Barisan Nasional sejak awal pagi telah bersedia dengan pengundi hantu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor kali ini.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah menahan 10 buah bas yang disyaki membawa pengundi hantu yang bakal mengundi untuk BN.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dihubungi erapakatan berkata mereka telah berjaya mengesan kejadian tersebut kira-kira jam 3.15 pagi di Ampang Pecah, Hulu Selangor.

Kira-kira jam 6.30 pagi AMK telah berjaya menahan bas tersebut.

"Sejurus itu kami telah membuat laporan polis namun polis ternyata memberikan kerjasama sepenuhnya kepada BN," Kata Shamsul.

Dr Xavier: It's a tough fight


Dari Malaysiakini,

EXCO kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar pada ucapannya di sebuah ceramah malam semalam mendakwa P Kamalanathan sebagai pengundi hantu di parlimen Sungai Siput.

Sungai Siput merupakan kubu kuat MIC yang dipegang oleh presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu sejak sekian lama sebelum ditumbangkan oleh Jeyakumar Devaraj dari PSM pada pilihan raya umum 2008.

Ahli dewan undangan negeri Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dari PKR juga membuat dakwaan yang sama dalam twitter dengan mengemukakan nombor MyKad Kamalanathan

Mesej twitter itu berbunyi: “Mengemparkan! Dr Xavier baru mendedahkan bahawa Kamalanathan adalah Pengundi Hantu di P62 Sungai Siput. Semak sendiri 651018-10-XXXX".

JHOA Ugut Masyarakat Orang Asli

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHOA) sepatutnya berlaku adil dan mempermudahkan masyarakat Orang Asli membuat pilihan sendiri dalam PRK Hulu Selangor sebaliknya mereka bertindak sebagai 'salah sebuah komponen BN' dengan mengugut masyarakat kaum asal ini sekiranya mereka menggundi calon Keadilan, Datuk Zaid Ibrahim.

Ini yang dinyatakan Elizabeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor dalam satu taklimat dengan petugas-petugas sukarelawan di kalangan NGO dan aktivis Orang Asli.

Tegas beliau selaku Exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal orang Asli di negeri Selangor, BN semakin terdesak apabila mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Orang Asli sendiri untuk turun ke beberapa perkampungan Orang Asli di daerah Hulu Selangor bagi memberi tekanan terhadap Tok Batin dan masyarakat Orang Asli untuk menggundi calon BN.

Tegas beliau lagi pegawai-pegawai JHOA juga seharusnya bersikap tidak berpihak sebaliknya telah menghalang dan mengugut petugas-petugas sukarelawan dari memasuki perkampungan Orang Asli.



HULU SELANGOR 19 APR: Selepas calon Bebas, VS Chandran menarik diri dari pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, lapan jam kemudian seorang lagi calon Bebas, Johan Mat Diah pula berbuat demikian.

Ia sekaligus menjadikan saingan kerusi Parlimen Hulu Selangor hanya melibatkan pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dan calon Barisan Nasional, P Kamalanathan.

Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah memutuskan untuk tidak bertanding kira-kira tiga jam selepas melancarkan bilik gerakannya.

Johan mengemukakan borang menarik diri kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kira-kira 9.30 malam semalam.

PRK Hulu Selangor Pertandingan Empat Penjuru




KUALA KUBU BAHARU 17 Apr - Pilihan Raya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan dua calon bebas.

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahalan mengumumkan pukul 11.20 pagi bahawa Pakatan Rakyat diwakili Datuk Zaid Ibrahim manakala BN oleh Ketua Penerangan MICA, P Kamalanathan.

Dua calon bebas pula ialah VS Chandran, bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor dan Joham Mohd Diah, 31 tahun.

Pencalonan Zaid dicadangkan  oleh Radzali Mokhtar dengan A Robert Anthony sebagai penyokong.

Kamalanathan pula dicadang oleh Adnan Buyong dan disokong oleh Chia Yew Hon.



Lebih 10,000 penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat keluar untuk menzahirkan sokongan kepada bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim pada hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Kamalanathan adalah sebagai calon pilihan Umno. Presiden Umno Najib Razak memilih beliau setelah menolak calon pilihan MIC Datuk G. Palanivel yang pernah menjadi ahli Parlimen kawasan itu selama empat penggal.

Dalam pada itu, kekecohan berlaku apabila polis menggunakan kekerasan ke atas penyokong Pakatan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shahrin.

Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu pula luka di kaki apabila cedera dalam asakan penyokong Barisan Nasional.

Zaid Ibrahim Ada Formula Bantu Masyarakat Felda

SHAH ALAM 16 APR: Calon Pakatan Rakyat Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan nasib peneroka felda tidak terbela selama ini berikutan kelemahan pengurusan Felda.

Keadaan tersebut, mengikut pendapat bekas Menteri Undang-Undang itu, menyebabkan kehidupan peneroka felda langsung tidak berubah sejak 30 tahun lalu, bahkan ada yang bertambah buruk.

Pada wawancara khas dengan TV Selangor, Zaid mengenal pasti beberapa faktor kelemahan Felda iaitu pertama-tamanya ialah aspek pengurusan.

"Masalah Felda ialah pengurusannya sendiri. Kalau kita tengok orang Felda yang pendapatan mereka tidak jauh berbeza dari dulu. Kalau 30 tahun dulu, duduk rumah kos rendah, sekarang pun rumah kos rendah juga.

"Jadi apa pembaharuan pada Felda. Adakah pendapatan orang Felda meningkat?" katanya kepada wawancara khas TV Selangor.

Zaid Lawan Kamalanathan




BUKIT SENTOSA 15 Apr - Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Pemilihan Kamalanathan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong BN di Bukit Sentosa, petang tadi.

Turut hadir ialah pemimpin parti komponen BN termasuk presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Kelibat timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel yang ditolak oleh BN sebagai calon Hulu Selangor, tidak kelihatan.

Bagaimanapun , seorang lagi calon yang disokong oleh BN tetapi tidak dipersetujui oleh pemimpin MIC, iaitu timbalan ketua pemudanya, V Mugilan hadir dan beliau dilihat sebagai antara pemimpin parti itu yang bersalaman dengan Kamalanathan sebaik sahaja keputusan diumumkan.


 
SHAH ALAM 12 APR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri yang berjaya menunjukkan pelbagai peningkatan dalam tempoh dua tahun memerintah negeri ini.

"Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua  wakil rakyat kerana genap dua tahun selepas pilihan raya umum, semua Yang Berhormat bersemangat dalam memberi perkhidmatan terbaik," titah baginda.

Baginda juga menganggap kejayaan dalam dua tahun ini ialah prestasi tadbir urus kerajaan Selangor hingga mendapat pengiktirafan Sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara pada tahun lalu.

Pengiktirafan itu sekali gus meyakinkan Sultan Sharafuddin bahawa kerajaan negeri pada masa ini, dapat mentadbir Selangor dengan baik.

Titah baginda, kerajaan yang baik, telus dan bertanggungjawab yang dilaungkan  kepimpinan kerajaan sekali gus membentuk paradigma baru dalam menyampaikan mesej keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat.
Kuala Kubu Baru (11 April 2010), Sejumlah RM522,000 telah disumbangkan kepada PIBG sekolah-sekolah Tamil dalam satu majlis keramaian yang diadakan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Baru petang tadi.

Dalam majlis tersebut YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor telah menyerahkan cek-cek kepada kesemua pengerusi-pengerusi PIBG bagi 97 buah sekolah-sekolah Tamil seluruh negeri Selangor.

Secara purata setiap sekolah menerima sumbangan sebanyak RM5,000 ke RM10,000 mengikut keperluan sekolah masing-masing. Sumbangan tersebut merupakan peruntukan tahun ini dari Kerajaan Negeri untuk membantu murid-murid miskin di sekolah masing-masing.

Sebanyak 7 buah sekolah di daerah Hulu Selangor pula mendapat peruntukan tambahan bagi menambahbaik infrastruktur bangunan sekolah, membina pondok-pondok bacaan serta membaikpulih tandas sekolah antaranya Sekolah Tamil Ladang Nigel Gardner , Sekolah tamil Lima Belas, Sekolah Tamil Ladang Kerling, Sekolah Tamil Changkat Asa, Sekolah Tamil Bukit Beruntung masing-masing menerima RM25,000 setiap sekolah manakala Sekolah Tamil Batang Kali menerima RM31,000 manakala Sekolah Tamil Sungai Choh pula menerima RM49,000.




Exco Pekerja Ladang Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar telah turun padang dan seterusnya mengadakan dialog dengan penduduk Ladang Kelumpang, Bernam Jaya, Hulu Bernam, Hulu Selangor baru-baru ini.

Turut hadir dalam sesi dialog itu ialah YB Saari Sungip, pembantu kepada EXCO Perumahan Negeri Selangor serta pengurusan PKNS serta pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam.

Dalam sesi dialog itu Dr. Xavier menyarankan agar pekerja ladang tersebut menubuhkan sebuah badan bertindak untuk menyelesaikan masalah penempatan perumahan mereka di Bernam Jaya. Dengan adanya badan bertindak tersebut ia akan memudahkan pihak pengurusan PKNS menempatkan kira-kira 70 keluarga (hampir 90% terdiri dari masyarakat India) dari ladang tersebut untuk mendiami perumahan rumah teres kos rendah di Bernam Jaya.

Umno-BN Abai Kesihatan Rakyat Hulu Bernam




HULU BERNAM, 7 April - Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyuarakan kekesalannya terhadap tahap kesihatan dan mutu penjagaan kesihatan para penduduk di luar bandar terutama penduduk di SKC Hulu Bernam di daerah Hulu Selangor semasa Program Turun Padang Menteri Besar Selangor di daerah itu baru-baru ini. 

Dr Xavier menegaskan kerajaan negeri akan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di luar bandar dan akan berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk menyediakan klinik bergerak di kawasan tersebut. 

"Peruntukan sebanyak RM10,000 dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi penyediaan ubat-ubatan untuk khidmat pemeriksaan kesihatan tersebut," katanya.
Pada 30 Mac 2010 yang lepas, YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri Forum Ke Arah Penyelesaian Masalah Pekerja Ladang Negeri Selangor.

Forum yang dilancarkan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor itu dihadiri beberapa pemilik ladang, Organisasi-organisasi Bukan Kerajaan (NGO), wakil dari Bar Council, Presiden MTUC, Tuan Syed Shahir, ADUN Port Dickson, YB Ravi, ADUN Senawang, YB Gunasekaran serta tetamu-tetamu kehormat lain.

Dalam forum tersebut, beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar-pakar kemasyarakatan dan kemudiannya dibahaskan oleh para peserta forum. Permasalahan tentang kemiskinan, kesihatan dan pendidikan masyarakat pekerja ladang adalah antara isu-isu yang dibincangkan.

Baru-baru ini YB Dr Xavier Jayakumar telah turun padang melawat beberapa buah padang bolasepak di sekitar DUN Seri Andalas.

Antara padang-padang bolasepak yang dilawati beliau adalah padang di Kampung Jawa, Taman Maznah, Taman Saga, Taman Klang Jaya, Taman Desa Utama dan Taman Teluk Menegun.

Lawatan tersebut disertai Ahli Majlis, pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Klang, wakil Alam Flora, wakil Persatuan Penduduk serta beberapa ahli PKR Cabang Kota Raja.

Dalam lawatan tersebut, YB Dr Xavier mendapati keadaan padang-padang tersebut sangat menyedihkan kerana tidak terurus dan tidak diselenggara dengan baik. Penduduk-penduduk tidak dapat menggunakan padang tersebut dengan sepenuhnya kerana permukaan padang yang berlubang-lubang serta tiada tiang gol untuk digunakan.

PKR Sambut Ulangtahun Ke 11

SHAH ALAM 4 Apr - Hari ini genap 11 tahun penubuhan Parti Keadilan Rakyat yang menjadi wadah perjuangan gerakan reformasi yang dipelopori pejuang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sejarah perjuangan parti ini bermula dengan pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998, yang mengkritik pentadbiran Umno-BN di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengamalkan rasuah, kronisme dan nepotisme.

Ekoran peristiwa itu, Anwar menjadi mangsa fitnah dan konspirasi kerajaan Umno-BN sehingga beliau merengkok di penjara selama 6 tahun.

Meskipun di penjarakan, semangat dan api perjuangan rakyat tidak pernah padam untuk menuntut sebuah gerakan politik secara total berlaku di negara ini.



Seramai 59 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Kuala Kubu Bharu diletakkan dibawah kuarantin rumah sejak Selasa selepas 47 dari mereka dikesan menghidap simtom influenza A H1N1.

Anak-anak terbabit dikuarantin selepas pihak sekolah memaklumkan jabatan kesihatan daerah, apabila seorang murid dikesan positif untuk influenza A.

Timbalan Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata pihaknya menanti keputusan makmal menentukan berapa ramai murid yang menghidap selsema H1N1.

Sekolah itu mempunyai 508 murid.

Dr Hassan menggesa ibu-bapa supaya memantau anak masing-masing dan membawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan jika menghidap demam atau selsema.
top