Showing posts with label Bantuan Persekolahan. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Persekolahan. Show all posts
Kg Jawa, Klang, 25 Jun 2011 - Seramai 110 daripada 170 murid hadir untuk program motivasi UPSR hari ini yang diadakan di SRJK (T) Batu Ampat, Kg Jawa, Klang.

Program tersebut yang diadakan untuk mempersiapkan murid-murid untuk menghadapi UPSR turut melibatkan ibubapa apabila mereka dijemput hadir untuk mengambil buku laporan peperiksaan anak masing-masing di akhir program.

YB Dr Xavier Jayakumar telah hadir bagi menyerahkan bantuan Kerajaan Negeri kepada sekolah tersebut yang kesemuanya berjumlah RM32,810 hari ini. Antara bantuan yang diserahkan adalah bantuan infrastruktur sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan untuk membeli kerusi dan meja. 

Sebanyak RM5,310 diberi untuk yuran sekolah yang merupakan subsidi untuk murid-murid miskin sebanyak RM30 seorang.

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan wang untuk setiap PIBG sekolah Tamil, dan sumbangan RM7,500 telah diserahkan kepada pihak PIBG.
Sentosa, 27 Februari 2011 - Seramai sepuluh orang pelajar berbilang bangsa telah menerima bantuan basikal bagi memudahkan mereka ke sekolah.

Pada program tersebut, pemberian basikal telah diserahkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar di Dewan MPK Sentosa, Klang.

Di DUN Sri Andalas sejak awal tahun ini, peruntukkan telah dibuat bagi membiayai 61 orang pelajar dari keluarga miskin, 31 daripadanya dari keluarga ibu tunggal manakala 10 yang lainnya dari keluarga ibubapa yang mengalami masalah kesihatan.

Bagi setiap keluarga ini, ada anak-anak yang menerima pembiayaan yuran bas sekolah manakala anak-anak yang lebih dewasa dan belajar di sekolah menengah diberikan basikal. 
KUALA LUMPUR 10 DIS : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kepentingan pendidikan bagi meningkatkan kehidupan rakyat Selangor dan membebaskan diri dari belenggu kemiskinan.

"Kerajaan Negeri prihatin terhadap keperluan mereka kerana kita merasakan pendidikan adalah salah satu dari usaha kerajaan melepaskan masyarakat dari kongkongan kemiskinan. Oleh itu kita sangat berminat untuk meningkatkan pendidikan kepada semua rakyat," jelasnya.

Menurut beliau, dasar itulah yang mendorong pelbagai bantuan dan program dilakukan oleh kerajaan negeri bagi membantu rakyat.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan buku latihan kepada pelajar sekolah di Negeri Selangor bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

Sekumpulan lebih 70 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga kurang berkemampuan bersama Khalid di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini menerima bantuan buku dan kewangan bagi sesi persekolahan akan datang.

20 Basikal Didermakan Kepada 20 Keluarga

Disebabkan sambutan dan permohonan yang tinggi terhadap bantuan yuran bas bagi pelajar-pelajar sekolah, pihak DUN Sri Andalas telah mengambil langkah untuk mendermakan basikal kepada mereka yang memerlukan.

Sebanyak 20 buah basikal telah didermakan kepada 20 keluarga yang memerlukan.

Pemberian basikal ini telah diagih-agihkan kepada 18 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan. 

Dengan pemberian basikal ini, Dr Xavier berharap bebanan ibubapa dalam menanggung perbelanjaan pengangkutan pelajar ke sekolah dapat dikurangkan serta membantu mereka dalam meneruskan usaha mencari ilmu.

MIC / BN Gagal Bantu Sekolah-Sekolah Tamil

Kuala Kubu Baru (11 April 2010), Sejumlah RM522,000 telah disumbangkan kepada PIBG sekolah-sekolah Tamil dalam satu majlis keramaian yang diadakan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Baru petang tadi.

Dalam majlis tersebut YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor telah menyerahkan cek-cek kepada kesemua pengerusi-pengerusi PIBG bagi 97 buah sekolah-sekolah Tamil seluruh negeri Selangor.

Secara purata setiap sekolah menerima sumbangan sebanyak RM5,000 ke RM10,000 mengikut keperluan sekolah masing-masing. Sumbangan tersebut merupakan peruntukan tahun ini dari Kerajaan Negeri untuk membantu murid-murid miskin di sekolah masing-masing.

Sebanyak 7 buah sekolah di daerah Hulu Selangor pula mendapat peruntukan tambahan bagi menambahbaik infrastruktur bangunan sekolah, membina pondok-pondok bacaan serta membaikpulih tandas sekolah antaranya Sekolah Tamil Ladang Nigel Gardner , Sekolah tamil Lima Belas, Sekolah Tamil Ladang Kerling, Sekolah Tamil Changkat Asa, Sekolah Tamil Bukit Beruntung masing-masing menerima RM25,000 setiap sekolah manakala Sekolah Tamil Batang Kali menerima RM31,000 manakala Sekolah Tamil Sungai Choh pula menerima RM49,000.
Pada 5 Februari 2010 yang lepas, YB Dr Xavier Jayakumar telah melawat Sekolah Agama Rendah Taman Klang Jaya yang terletak dalam DUN Sri Andalas. Lawatan tersebut bertujuan menghadiahkan satu set komputer kepada sekolah tersebut.

Dengan pemberian komputer tersebut, Dr Xavier berharap pihak sekolah dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin serta memudahkan urusan pembelajaran dan pengajaran serta kerja-kerja pentadbiran di sekolah tersebut.



Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM704,000 kepada 31 buah Sekolah Tamil bagi membolehkan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak pengurusan sekolah mambantu murid- murid miskin.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri sudah memberikan bantuan bernilai RM508,000 kepada sejumlah PIBG sekolah Tamil.

Pemberian bantuan kali ini merupakan pemberian tahap ke dua, iaitu sebahagian daripada peruntukan 2009.

Teluk Merbau, Sepang, 3 Januari 2010 - YB Dr Xavier Jayakumar telah meluangkan masa untuk bersama-sama dalam program penyampaian bantuan peralatan persekolahan yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Teluk Merbau, Sepang.

Seramai 220 orang pelajar miskin telah diberi bantuan beg, pakaian seragam dan lain-lain keperluan bagi membantu mereka memulakan sesi persekolahan yang baru.

Program ini telah dianjurkan oleh Encik G. Vannirselvan, Ahli Majlis Daerah Kuala Langat - MPP Zon 17.

Kerajaan Negeri Agih 40,000 Beg Sekolah




Sempena sesi persekolahan akan datang, Kerajaan Negeri memberikan 40,000 beg sekolah percuma kepada setiap Dewan Undangan Negeri untuk diedarkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jeyakumar berkata setiap Dun mendapat 700 beg sekolah, yang akan diagihkan kepada penduduk setempat oleh wakil rakyat masing-masing.

"Pemberian ini adalah satu cara kerajaan negeri meringankan beban rakyat terutamanya di musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi", katanya.

250 Pelajar Terima Sumbangan Persekolahan RM5,000




Seramai 250 pelajar daripada golongan berpendapatan rendah menerima sumbangan kasut sekolah berjumlah RM5,000 daripada Exco Kerajaan Negeri, Dr A Xavier Jayakumar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas berkata, sumbangan berupa vaucer RM20 itu diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh kawasan DUN Sri Andalas bagi membantu mengurangkan bebanan ibu bapa menjelang musim persekolahan baru.




Menjelang pembukaan sesi persekolahan, dalam usaha meringankan beban golongan berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan Kerajaan Negeri bakal menyumbangkan beg sekolah kepada 40 ribu pelajar di seluruh Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kesemua beg itu dijangka akan diserahkan sebelum 30 Disember ini.

“Kita akan bagi beg sekolah kepada 40,000 murid di seluruh negeri Selangor, di Dun Andalas kita akan

Hari Anugerah Cemerlang UPSR 2009

Media Alert

Hari Anugerah Cemerlang UPSR 2009


Tarikh: 21 Disember 2009 (Isnin)
Masa: 10 Pagi - 1 Petang
Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang akan memberikan hadiah wang tunai dan peralatan sekolah kepada 800 pelajar dari seluruh Negeri Selangor.

Sila hubungi Pn Shares (03-5544 7306) / Pn Sangetha (017-637 2502) untuk maklumat lanjut.

Pihak media dijemput hadir untuk membuat liputan.
Media Alert

Program Penyampaian Bantuan Persekolahan Kepada Anak Yatim, Pelajar Miskin dan Anak-Anak Pekerja Ladang


Tarikh : 21 November 2009 (Sabtu)

Tempat : Asrama Anak Yatim Sungai Sekendi, Batu 36, Sabak Bernam

Waktu : 3.00 Petang

Contact Person: 
Encik Talib  (019-4277034)
Encik Veera (016-2816229 / 018-2436243)

YB Dr. Xavier akan seterusnya akan menyertai 50 orang pelajar tersebut ke Pekan Sabak Bernam untuk membeli pakaian seragam dan beg sekolah.

Semua Editor Media dan Wartawan dijemput Hadir
top