Showing posts with label DUN Sri Andalas. Show all posts
Showing posts with label DUN Sri Andalas. Show all posts

Kolam Tadahan Atasi Banjir Akan Mula Beroperasi

Klang, 3 September 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar mengadakan lawatan ke tapak kolam tadahan di Taman Sentosa, Klang untuk meninjau perkembangan terkini. Kolam tadahan ini adalah inisiatif untuk mengatasi banjir di DUN Seri Andalas yang telah melanda lebih 20 tahun. Kolam tersebut telah pun berupaya untuk mengumpul air hujan dan dijangka beroperasi mengikut jadual.

Inisiatif untuk menghijaukan kawasan tersebut sebagai tempat rekreasi telah pun dimulakan. Orang ramai digalakkan untuk menyumbang pokok bersaiz ketinggian 5 kaki keatas. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat ADUN Seri Andalas; 03-33734595.





Mengacau & Mengagih Bubur Lambuk di Teluk Menegon

Klang, 15 Julai 2014 - Program Mengacau dan Mengagih Bubur Lambuk Sempena Nuzul Quran 1435 Hijrah telah diadakan pada hari ini dari jam 9 pagi hingga 6 petang di hadapan Markaz PAS Teluk Menegun.

Sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk telah disediakan dan diagihkan kepada orang ramai.

Program agihan bubur lambuk diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan di DUN Seri Andalas.

 







Menyampaikan Bayaran SMUE Kedua di Dewan Sentosa

Taman Sentosa, Klang, 16 Februari 2014 - Bayaran kali kedua Skim Mesra Usia Emas telah disampaikan kepada seramai 48 orang warga DUN Seri Andalas di dewan Sentosa.

Menyampaikan bayaran bagi pihak YB Dr Xavier Jayakumar, adalah isteri beliau, Puan Sheila Devaraj. Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Ketua Kampung, Haji Miswan dan Penghulu.

 




Klang, 19 September 2013 -  Persatuan Penganut Dewa Sou Fui Miao Klang pada hari ini mengadakan pesta Tang Lung dan YB Dr Xavier Jayakumar telah hadir menjayakan program tersebut.

Pada pesta tersebut sumbangan telah diberikan kepada empat individu, pelbagai jenis kuih bulan telah disediakan dan kanak-kanak dihiburkan dengan permainan.

Turut hadir adalah ahli-ahli majlis, Majlis Perbandaran Klang iaitu Encik PS Rajoo dan Encik Abdul Manaf serta ahli majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam, Encik Sebastian.

YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada para petugas dan sukarelawan yang hadir membantu.








Taman Klang Jaya, 19 September 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini telah menghadiri Mid Autumn Festival Fund Raising yang diadakan di Restoran Imperial, Taman Klang Jaya.

Pada majlis tersebut sebanyak 100 meja telah dibuka kepada penderma dan sebanyak 6 organisasi telah menerima sumbangan.

Organisasi yang menerima sumbangan pada hari tersebut adalah Klang Chit Siang Tong Old Folks Home, Tiam Yam Toh Seng Klang Old Folks Home, Good Samaritan Home, Padmasambhaya Childrens Loving Association Klang, Beautiful Gate dan Persatuan Cacat Centre Klang.






 
Pada 16 September 2013 yang lepas, Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seri Andalas telah menganjurkan kelas membuat kek. Ini adalah kelas yang keempat telah dianjurkan bagi tujuan mengajar kemahiran membuat kek kepada para wanita.

YB Dr Xavier Jayakumar berharap dengan kemahiran ini dapat membantu mereka memperoleh pendapatan sampingan untuk meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing.

Kelas telah diadakan di Bilik Gerakan DUN Seri Andalas bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang dan dihadiri oleh 21 orang wanita. Mereka telah diajar untuk membuat tiga jenis kek dengan tiga jenis icing

Kelas ini adalah usaha berterusan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seri Andalas untuk membantu memperkasakan pendapatan keluarga melalui penglibatan para wanita. Kelas dikelolakan oleh Puan Sangetha Jayakumar dan akan diadakan dari masa ke semasa. Bagi yang berminat untuk mengikuti kelas akan datang, boleh hubungi Puan Sri Maha di talian 03-51610400 untuk maklumat lanjut.














KLANG 13 SEPTEMBER : Penantian sejak empat tahun ibu tunggal, Raja Devi, 34, dan empat orang anak bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri berakhir apabila memperolehinya hari ini.

ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, kejayaan ini diperolehi apabila beliau dan sukarelawan pejabat Dun Sri Andalas, Tamil Maran bertungkus-lumus menguruskannya agar mereka memperoleh dokumen penting itu.

“Raja Devi bersama anak lelaki beliau berumur 15 tahun menerima Mykad biru, manakala tiga lagi anak beliau berumur 10, 9 dan 5 tahun menerima sijil kelahiran masing-masing.

“Harap dengan dokumen ini dapat lebih memudahkan keluarga ini melakukan urusan rasmi termasuk bagi mendapatkan pekerjaan,” kata Dr Xavier di sidang media penyerahan Mykad di pejabat beliau.

Sebelum ini, beliau dan Tamil Maran berusaha menyelesaikan urusan itu dan berulang-alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Hospital Klang, Port Dickson serta Kuantan bagi mendapatkan bukti kelahiran ahli keluarga ibu tunggal yang cacat penglihatan itu.

“Saya sangat terharu dengan pengorbanan Dr Xavier dan Tamil tidak berputus asa untuk beliau mendapatkan dokumen kewarganegaraan Malaysia yang sah,” kata Raja Devi.

Dalam pada itu, Pejabat DUN Sri Andalas turut membantu mendaftarkan anak sulung Raja Devi, Logeswaran ke institut kemahiran My Skill Foundation di Klang dan dua anak beliau yang lain dibantu bagi pendaftaran sekolah rendah.






top