Showing posts with label Kelas Membuat Kek. Show all posts
Showing posts with label Kelas Membuat Kek. Show all posts
Klang, 28 September 2014 - Pada hari ini kelas membuat kek dan biskut telah diadakan di Bilik Gerakan DUN Seri Andalas pada jam 9 pagi hingga 2 petang.

Kelas dihadiri seramai 21 peserta wanita dan pada kali ini, peserta-peserta diajar membuat 4 jenis biskut iaitu biskut Pretzel, biskut cashew, biskut Choco Butter, biskut Rainbow Almond Suji dan 1 jenis kek iaitu kek Butter Cheese.

Diakhir kelas, para peserta telah menerima sijil penyertaan. Kesemua kutipan yuran untuk kelas ini disalurkan kepada dana Pusat Wanita Berdaya DUN Seri Andalas untuk membantu membangunkan kemahiran menjana pendapatan bagi ibu-ibu tunggal dan wanita di DUN Seri Andalas.

Kelas membuat kek dan biskut ini dikelolakan oleh Puan Sangetha Jayakumar dan bagi yang berminat untuk menyertainya pada masa akan datang, boleh hubungi Puan Sri Mahalekshumy di talian 03-51610400.
















Taman Sentosa, 12 Oktober 2013 - Kelas membuat kek anjuran Pusat Wanita Berdaya DUN Seri Andalas terus mendapat sambutan. 

Pada hari ini seramai 28 orang wanita telah menyertai kelas kek yang kelima dengan tema coklat dan mempelajari tiga jenis kek coklat dengan tiga jenis icing. Masing-masing menerima sijil pada akhir kelas.

Kelas telah diadakan di Bilik Gerakan DUN Seri Andalas dari jam 1.30 petang hingga 5.30 petang. YB Dr Xavier Jayakumar hadir melihat perjalanan kelas dan sempat merasai kek-kek yang dihasilkan.

Kelas dikelolakan oleh Puan Sangetha Jayakumar dan akan diadakan dari masa ke semasa. Bagi yang berminat untuk mengikuti kelas akan datang, boleh hubungi Puan Sri Maha di talian 03-51610400 untuk maklumat lanjut.











Pada 16 September 2013 yang lepas, Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seri Andalas telah menganjurkan kelas membuat kek. Ini adalah kelas yang keempat telah dianjurkan bagi tujuan mengajar kemahiran membuat kek kepada para wanita.

YB Dr Xavier Jayakumar berharap dengan kemahiran ini dapat membantu mereka memperoleh pendapatan sampingan untuk meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing.

Kelas telah diadakan di Bilik Gerakan DUN Seri Andalas bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang dan dihadiri oleh 21 orang wanita. Mereka telah diajar untuk membuat tiga jenis kek dengan tiga jenis icing

Kelas ini adalah usaha berterusan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seri Andalas untuk membantu memperkasakan pendapatan keluarga melalui penglibatan para wanita. Kelas dikelolakan oleh Puan Sangetha Jayakumar dan akan diadakan dari masa ke semasa. Bagi yang berminat untuk mengikuti kelas akan datang, boleh hubungi Puan Sri Maha di talian 03-51610400 untuk maklumat lanjut.














Taman Sentosa, 13 Julai 2013 - Kelas membuat kek cawan kedua hari ini telah diadakan di DUN Seri Andalas. 

Para peserta yang hadir mempelajari cara-cara membuat kek cawan dan sijil diberikan kepada semua peserta. Hadir menyampaikan sijil adalah YB Dr Xavier Jayakumar.

YB Dr Xavier Jayakumar berharap dengan adanya kelas-kelas seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu para wanita menjana pendapatan dari rumah untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

Kelas-kelas membuat kek, menjahit pakaian dan langsir serta manik adalah usaha berterusan oleh YB Dr Xavier untuk membantu golongan wanita dan ibu tunggal berpendapatan RM1500 dan kebawah seisi keluarga untuk menambah pendapatan mereka. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-51610400.  

Kelas membuat kek ini dikendalikan oleh Puan Sangetha.






Taman Sentosa, Klang, 6 Julai 2013 - Kelas membuat kek cawan telah dimulakan pada hari ini. 

Kelas ini bertujuan memberi kemahiran kepada para wanita dan ibu tunggal yang berpendapatan rendah untuk mempelajari cara-cara menghasilkan kek cawan dan pelbagai jenis kek dan roti pada masa akan datang.

Dengan adanya kemahiran ini, para wanita dan ibu tunggal yang menyertai kelas ini diharapkan dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka untuk menampung kehidupan.


top