Perutusan Aidil Fitri YB Dr Xavier Jayakumar

Bersempena Aidil Fitri yang kunjung tiba ini, saya, ahli keluarga dan kakitangan pejabat DUN Seri Andalas ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada para muslimin dan muslimat di DUN Seri Andalas khususnya dan di seluruh negara. Aidil Fitri seperti perayaan-perayaan lain di negara ini, diraikan bersama-sama oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latarbelakang. Kita sangat bertuah dapat meraikan kesemua perayaan ini bersama-sama sebagai satu bangsa Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini berbagai-bagai insiden yang mencetuskan salah faham diantara kaum dan agama berlaku yang sedikit sebanyak merosakkan perpaduan diantara kaum sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Disini saya menyeru supaya kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tangani perbezaan pendapat secara berhemah dan bijaksana. Generasi-generasi sebelum ini dari semua kaum telah bersusah payah untuk mewujudkan suasana harmoni yang kita nikmati selama ini. Ayuh, mari kita teruskan usaha tersebut demi negara yang kita cintai ini. Justeru, di musim perayaan ini, ambillah peluang untuk teruskan amalan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain dan bermaaf-maafan.

Kepada mereka yang pulang ke kampung, berhati-hatilah dijalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua terutamanya rakyat di DUN Seri Andalas atas sokongan dan kerjasama yang diberikan selama ini. Saya juga ingin memohon maaf atas sebarang kekurangan yang ada dan akan terus berusaha demi aspirasi rakyat di DUN Seri Andalas. 

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

YB DR. XAVIER JAYAKUMAR
Ahli Dewan Negeri Selangor, N49 Seri Andalas
Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat.

Menghadiri Program Kesejateraan Ke Arah Putrajaya

12 Julai 2015 -Menghadiri Program Kesejateraan Ke Arah Putrajaya Anjuran Biro Integrasi Nasional Keadilan di Centre for Reform Democracy and Social Initiatives.



MHS Sri Andalas Thirumurai Vizha Opening Ceremony, 12th July 2015 at SJK(T) Simpang Lima, Klang

Lawatan Turun Padang Warga Emas Sungai Kandis

Kampung Sungai Kandis, 1 Julai 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada hari ini menziarahi warga emas di Kampung Sungai Kandis.

Turut serta dalam program ini adalah Ketua Kampung Kg Sungai Kandis dan Encik Abdul Manaf, Ahli Majlis MBSA dan para sukarelawan.

Dalam program ziarah ini, setiap warga emas menerima hamper makanan seperti lazimnya diadakan pada program-program ziarah warga emas pada bulan Ramadhan.





Shah Alam, 8 Julai 2015 - Menghadiri jemputan Majlis Iftar bersama pimpinan Angkatan Muda Keadilan Kota Raja sempena bulan Ramadhan. Majlis diadakan di Kelab Shah Alam.

Menziarahi Warga Emas di Kampung Jawa

Kampung Jawa, 5 Julai 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada hari ini menziarahi warga emas di Kampung Jawa untuk bertanya khabar dan melihat keadaan mereka.

Dalam program ziarah ini, setiap warga emas menerima hamper makanan seperti lazimnya diadakan pada program-program ziarah warga emas pada bulan Ramadhan.

Turut serta dalam program pada jam 9:30 pagi ini adalah Ketua Kampung Kg Jawa dan para sukarelawan.











Klang, 5 Julai 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas dan YB Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang hari ini membuat laporan polis menggesa siasatan dibuat ke atas 1MDB yang didedahkan oleh Wall Street Journal.

Seramai 73 orang terdiri daripada anggota PKR, DAP, PSM, Badan-badan Bukan Kerajaan dan penduduk dalam kawasan Klang telah hadir untuk membuat laporan polis
.
Klang, 4 Julai 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar bersama sukarelawan mengedar bubur lambuk di sekitar DUN Seri Andalas sempena Ramadhan. Sebanyak 3,000 lebih bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai.

Program adalah anjuran bersama Pejabat ADUN Seri Andalas bersama Angkatan Muda Keadilan Kota Raja. Turut hadir mengedar bubur lambuk adalah ketua-ketua kampung, ahli-ahli majlis dan para pemimpin setempat.







top