Showing posts with label Program Bubur Lambuk. Show all posts
Showing posts with label Program Bubur Lambuk. Show all posts
Klang, 4 Julai 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar bersama sukarelawan mengedar bubur lambuk di sekitar DUN Seri Andalas sempena Ramadhan. Sebanyak 3,000 lebih bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai.

Program adalah anjuran bersama Pejabat ADUN Seri Andalas bersama Angkatan Muda Keadilan Kota Raja. Turut hadir mengedar bubur lambuk adalah ketua-ketua kampung, ahli-ahli majlis dan para pemimpin setempat.







Memasak dan Mengagih Bubur Lambuk di Dagang Jati

Pada 20 Julai 2014 yang lalu, satu program memasak dan mengagih bubur lambuk kepada orang ramai telah diadakan di Dagang Jati, Klang.

Program telah dibuat di surau dan YB Dr Xavier Jayakumar turut mengambil kesempatan untuk beraah mesra dengan penduduk setempat apabila beliau bersama-sama sukarelawan mengunjungi rumah-rumah sekitar sambil menghulurkan bubur lambuk.

Pada hari tersebut, sebanyak 3000 bekas bubur lambuk yang dimasak berjaya diagihkan kepada orang ramai. Program telah dianjurkan oleh Puan Patimah, Puan Rusnani serta ahli jawatankuasa kawasan setempat.

YB Dr. Xavier mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang turun membantu menjayakan program tersebut.










Mengacau & Mengagih Bubur Lambuk di Teluk Menegon

Klang, 15 Julai 2014 - Program Mengacau dan Mengagih Bubur Lambuk Sempena Nuzul Quran 1435 Hijrah telah diadakan pada hari ini dari jam 9 pagi hingga 6 petang di hadapan Markaz PAS Teluk Menegun.

Sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk telah disediakan dan diagihkan kepada orang ramai.

Program agihan bubur lambuk diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan di DUN Seri Andalas.

 







Mengagihkan Bubur Lambuk di Bukit Badak

Bukit Badak, 20 Julai 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini bersama-sama Ranting PKR Bukit Badak telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. Program telah dianjurkan oleh Encik Husin dan Encik Nordin.

Program telah bermula pada awal hari dengan kerja-kerja memasak dan membungkus bubur lambuk oleh para sukarelawan dan Ahli Majlis MPK, Encik PS Rajoo.






Kampung Jawa, 12 Ogos 2012 - Program Agihan Bubur Lambuk yang dianjurkan Pejabat ADUN Seri Andalas dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja pada hari ini mendapat sambutan luar biasa orang ramai sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Program yang dijangkakan berakhir pada jam 7 petang telah berakhir seawal jam 5.45 petang. Sebanyak 3,300 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai.

Hadir mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai adalah ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar, Ketua AMK Kota Raja, saudara Azmizam Zaman Huri dan Ahli Majlis MBSA, Encik Manaf.

Dr Xavier menyampaikan bubur lambuk
Encik Manaf turut sibuk mengagihkan bubur lambuk
Turut serta dalam program ini adalah blogger terkenal, saudara Amizuddin Mamat yang kebetulan berada disitu. 

Orang ramai telah mula singgah untuk mengambil bubur lambuk seawal jam 4 petang. Turut berhenti untuk menerima bubur lambuk adalah pemandu-pemandu bas, pemandu-pemandu teksi dan para pegawai polis yang bertugas pada hari itu.

Pemandu bas turut terima bubur lambuk
Lagi pemandu bas terima bubur lambuk

Trafik sesak

Menyampaikan kepada pemandu teksi

Saudara Azmizam dan Amizuddin sempat bermesra dengan pegawai bertugas

Bubur lambuk untuk pasukan peronda

Kebanyakan orang ramai yang turun menerima bubur lambuk sempat mengucapkan tahniah kepada YB Dr Xavier dan Ahli Majlis diatas kesungguhan dan kejayaan yang dilakukan Pakatan Rakyat semenjak mengambil alih Selangor pada tahun 2008. Tidak kurang hebohnya orang ramai yang lalu lalang dihadapan tapak agihan melaungkan slogan "Hidup Pakatan!".

Orang ramai dari peringkat usia muda sehingga warga emas yang hadir dapat mengenali wakil rakyat mereka dan ini membuktikan wakil rakyat mereka telah menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan, namun seperti kata YB Dr Xavier - masih banyak usaha yang perlu dilakukan. 

Penunggang muda: "Eh, ini Dr Xavier!"
Dr Xavier: "Jangan lupa pakai helmet, jaga keselamatan diri" 

Sempat bergambar dan bertanya khabar

Para petugas telah berada di tapak agihan sejak jam 10 pagi. Turut membantu adalah petugas-petugas sukarelawan cilik. Walaupun berpuasa, petugas-petugas cilik yang hadir bersama ibubapa mereka ini, bertugas sehingga ke akhir program dan mereka melakukannya dengan penuh ceria.

Membungkus bubur lambuk

Menyediakan bahan memasak

Memasak bubur lambuk

Rasalah bubur lambuk yang sedap!
Bergambar pada akhir program

YB Dr Xavier Jayakumar dan saudara Azmizam Zaman Huri mengucapkan terima kasih kepada para petugas yang berusaha menjayakan program ini dan terima kasih kepada orang ramai yang terus memberikan sokongan.

Jom Kacau Bubur Lambuk Bersama Dr Xavier

Taman Sri Andalas, 6 September 2009 - Program "Jom Kacau Bubur Lambuk" anjuran ADUN Sri Andalas dengan kerjasama AMK Cabang Kota Raja mendapat sambutan yang menggalakkan.

Program ini adalah yang kali kedua diadakan dan pada tahun ini sebanyak 4,000 bungkus bubur lambuk telah diedarkan dan diberikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar kepada penduduk-penduduk sekitar Taman Sri Andalas.

Dengan adanya program seperti ini, YB Dr Xavier Jayakumar berharap dapat membentuk suatu hubungan yang lebih erat dengan penduduk-penduduk sekitar Taman Sri Andalas yang diwakilinya selaku wakil rakyat mereka.

top