KPRU: Kenaikan Tarif Elektrik Tingkat Inflasi

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berasa kesal dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan tarif elektrik secara purata sebanyak 7.12% mulai Jun 2011 mahupun pelbagai pihak, termasuk pakar ekonomi telah mengingatkan kerajaan bahawa tekanan inflasi semakin mendesak.

Dalam pada itu, kerajaan juga mengumumkan bahawa tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap 6 bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual oleh Petronas kepada pengeluar tenaga.

Pengumuman kerajaan bahawa 4.4 juta atau 75% pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik memang dalam jangkaan.

Akan tetapi, kerajaan secara sengaja mengabaikan satu fakta, iaitu harga barangan harian dan makanan akan meningkat susulan daripada pengumuman tersebut. Hal ini kerana pihak industri pengeluaran makanan yang menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik dijangka memindah kos berkaitan kepada pihak pengguna.
SHAH ALAM, 31 MEI : Kerajaan negeri akan memohon pertambahan jawatan guru agama dinegeri ini bagi menyerap guru-guru berstatus kontrak dan sambilan supaya menjadi guru tetap.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri menyedari terdapat ramai guru agama dinegeri ini yang masih belum mendapat status guru tetap meskipun sudah lama berkhidmat.

Khalid berkata perkara itu akan diuruskan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi.

“Kerajaan Negeri bersetuju memberi sokongan penuh terhadap usaha mendapatkan waran jawatan tambahan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya mahu, Setiausaha Kerajaan Negeri memberi perhatian utama terhadap perkara ini.

Syabas Pula Tawar Air Percuma Sepanjang Tahun

SHAH ALAM 29 MEI : Kerajaan Selangor mengalu-alukan cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengecualikan keluarga miskin di negeri ini daripada membayar bil air untuk tempoh setahun.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok Suh Sim berkata demi  terus membela golongan penduduk itu, Syabas kini perlu memberi kerjasama kepada  kerajaan negeri dalam melengkapkan penstrukturan semua industri air Selangor.

Ini akan memastikan penduduk terbabit terus menikmati kemudahan air pada kadar yang munasabah selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, tambah beliau kepada TV Selangor. 

"Saya mengalu-alukan cadangan Syabas ini, tetapi apa yang penting adalah Syabas mempercepatkan proses pengambilalihan syarikat terbabit oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata Teresa.
SHAH ALAM 27 Mei - Tindakan kerajaan pusat menolak cadangan Kerajaan Selangor mengenai idea penstrukturan semula air di negeri ini menyukarkan penyelesaian proses itu dilakukan.

Hal ini kerana, tindakan kerajaan Pusat yang enggan menimbang sebaik mungkin tawaran yang diberikan kerajaan negeri  yang menyebabkan isu ini masih berlarutan sehingga sekarang, kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

” Apa yang lebih malang ialah, kerajaan Persekutuan pun tidak ada apa-apa cadangan yang baru, pandangan mereka ialah untuk tidak lakukan apa-apa perubahan mengenai cara untuk menguruskan, yang pasti mereka takut untuk cakap dengan terus terang, oleh kerana itu apa-apa cadangan yang dibentangkan kerajaan negeri ditolak dalam mesyuarat,” kata Charles.
NONE
DAP hari ini membidas keputusan kerajaan pusat kerana membeli bon yang telah diturunkan taraf milik syarikat konsensi air pada harga 73.2 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran dan menganggap tindakan itu “melampau dan menyalahgunakan wang pembayar cukai”.

“Tidak dapat dijelaskan mengapa kerajaan memutuskan untuk menyelesaikan baki bon syarikat swasta air itu sedangkan pemegang saham syarikat berkenaan sepatutnya bertanggungjawab,” kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kiri, berbaju biru).

Sebelum ini dilaporkan syarikat Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) milik kerajaan persekutuan menubuhkan Acqua SPV Bhd bagi membeli bon yang telah diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan.

Ini kerana keempat-empat syarikat konsesi air Selangor - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS - gagal membayar pemegang bonnya.
SHAH ALAM 27 Mei – Atas kejayaan sambutan hebat daripada pembaca di negeri Selangor dalam Hari Ilmu Selangor pada tahun lalu, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sekali lagi akan menganjurkan ‘Hari Ilmu’ bermula pada 24 Jun sehingga 3 Julai ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata sambutan Hari Ilmu Selangor ini juga meletakkan harapan kepada pemimpin-pemimpin di sekitar untuk memainkan peranan dalam menguar-uarkan konsep hari ilmu kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Ujar beliau, kempen ini merupakan di antara proses dan inisiatif kerajaan negeri dalam mendidik rakyat supaya sedar akan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian.

“Tetapi konsep kali ini kita mahu dipanjangkan, diperluaskan dan juga menjangkau lebih ramai lagi kita punya pembaca, itu adalah konsep kita nak membudayakan ilmu pembacaan ini.”
Kuala Langat, 24 Mei, 2011 - 6 keluarga Orang Asli di Kampung Bukit Perah, Banting menerima kunci rumah masing-masing dari Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Mereka menerima kunci replika masing-masing  dalam satu program penyerahan kunci Rumah Kerajaan Prihatin yang diadakan di Dewan Orangramai Kampung Jenjarum, Kuala Langat  yang telah disampaikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.

Turut serta dalam program tersebut ialah Dato' Asmawi Kasbi, Pegawai Daerah & Tanah Kuala Langat,  YB Dr. Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang, YB Philip Tan Chong Swee Adun Telok Datok dan YB Abdullah Sani Abdul Hamid Ahli Parlimen Kuala Langat.
 

PDRM: Jangan Terlebih UMNO Dari UMNO

Kenyataan Media Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor, 19 Mei 2011


Semacam ada satu ketakutan dasyat yang melanda parti pemerintah di Putrajaya sehingga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dikerah bertindak keterlaluan mengganggu proses perjalanan siri Ceramah KEADILAN Selangor 'JELAS - Tawan Malaysia!'.

Tindakan keterlaluan pihak PDRM dengan mengenakan sekatan jalanraya ketat menuju ke tempat ceramah, mengarah trak FRU berkumpul di hadapan kawasan ceramah, meletakkan pita garisan had sempadan ceramah di premis persendirian / markas parti dan melengahkan urusan pemberian permit merupakan tindakan luar biasa pihak PDRM, diyakini ianya demi untuk menjaga kepentingan politik UMNO. Ia berlaku di Pelabuhan Klang dan terbaru di Kuala Langat / Sepang.

KEADILAN Selangor ingin ingatkan PDRM, rakyat di Selangor bukanlah pengganas atau puak pelampau yang perlu dikawal sedemikian rupa ataupun pertubuhan perkauman melampau seperti Perkasa pimpinan Ibrahim Ali.
Batu Caves, 15 Mei 2011 - Buat julung kalinya setelah hampir lebih 30 tahun kewujudan Kg Laksamana, dimana 30% penduduk nya adalah terdiri daripada kaum India, telah menganjurkan dan meraikan majlis tahun baru bagi masyarakat kaum India ‘Chittirai 2011’. Majlis yang dirancang dengan oleh pihak ADUN Batu Caves (Pakatan Rakyat) dan JKKK Kg Laksamana melalui ketua biro keselamatan dan perhubungan kaum, En C.Krishnan a/l Chinnasamy. Majlis yang dirancang dengan serba sederhana tersebut telah berubah meriah dengan kehadiran hampir 2000 orang yang terdiri daripada Warga Emas, ibu bapa dan kanak-kanak. 

Majlis yang di rancang bermula jam 6 petang telah menghadapi sedikit dugaan apabila cuaca panas pada sebelah paginya, tiba-tiba bertukar mendung dan hujan di sertai dengan angin kuat. Sehingga menyebabkan 2 unit khemah utama yang dirancangkan untuk pihak VIP di terbangkan angin beberapa meter dari lokasi asal, syukur kepada tuhan malapetaka tersebut tidak mengundang apa-apa kecederaan dan kemalangan. AJK penganjur menggangap ianya sebagai dugaan daripada yang maha berkuasa. Dalam keadaan kesuntukkan masa AJK pihak peganjur bertungkus lumus menyiapkan segala peralatan dan keperluan yang ada bagi meneruskan program tersebut. Dengan usaha, sokongan dan semangat yang terdiri daripada beberapa pemuda yang terdiri dari pada berbilang kaum yakni Melayu, India dan Cina akirnya persediaan tempat dapat disediakan dengan jayanya.
SHAH ALAM 16 MEI:  Kerajaan negeri sekali lagi menegaskan Selangor tidak akan mengalami krisis air sehingga menjelang 2014 seperti mana yang didakwa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui kenyataannya di akhbar tempatan semalam.

Sebaliknya, Selangor mempunyai bekalan simpanan air yang mencukupi serta tidak akan ada defisit sebagaimana yang dilaporkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin ketika dihubungi TV Selangor berkata, kerajaan negeri sebelum ini sudah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenainya dan menegaskan Selangor tidak akan mengalami krisis air untuk jangka masa empat hingga lima tahun akan datang.

“Kerajaan negeri Selangor boleh memberi jaminan pada dia (Menteri KeTTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui) bahawa kita mempunyai data-data dan maklumat yang cukup untuk menyatakan Selangor tidak akan mengalami krisis air, tidak untuk empat tahun yang akan datang mahupun lima tahun yang akan datang, malah pada 2014 kita masih mempunyai jumlah air yang mencukupi," tegasnya.
KUALA LUMPUR 16 MEI : Seperti yang dijangka, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri atas pertuduhan liwat fitnah kedua.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohamad Diah memutuskan bahawa pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti-bukti "prima facie" dan Ketua Pembangkang itu perlu membela diri.

Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun ini bagi Anwar membela diri atas pertuduhan liwat fitnah kedua itu.

Zabidin mendakwa keterangan pengadu Saiful Bukhari Azlan boleh diterima sebagai kebenaran dan beliau seorang yang "berwibawa".

Dalam keterangannya Saiful antara lain mengaku beliau sempat makan karipap dan minum kopi setelah "dipaksa" oleh Anwar melakukan jenayah itu. 
On Saturday night, 14 May 2011, YB Dr Xavier attended the Tamil Methodist Church Petaling Jaya’s 25th Anniversary Celebrations.  During this dinner, an audio CD recorded by the Junior Worship Team was launched.  All proceeds from the sale of this audio CD will be channelled to the Desa Mentari Education Fund. 

Desa Mentari was chosen as it is a densely populated area with about 15,000 people, out of which approximately  6,000 are students.  The residents here are also facing other socio-economic problems including poverty, poor healthcare, unemployment, single mothers and a host of related problems.

The Desa Mentari Education Centre (DMEC) will provide the opportunity to underprivileged students at all levels to receive assistance through seminars, free tuition classes and other initiatives. The first Parenting Seminar:- to create awareness on the importance of education, is scheduled for the first week of June this year to be held at a community hall nearby.  

Christian Leaders Led to Their Slaughter

KUALA LUMPUR: Without mincing his words, a Catholic bishop criticised his fellow Christian leaders for allowing themselves to be used by the government to “please the other side”.

Instead of telling Prime Minister Najib Tun Razak the truth, Bishop Paul Tan of the Malacca-Johor diocese said the Christian leaders had become like “sheep being led to their slaughter.”

Commenting on the news reports on the meeting between Najib and the Christian leaders, led by the Malaysian Christian Federation (MCF) chairman Bishop Ng Moon Hing yesterday, Tan told FMT that he was extremely disappointed with the outcome.

“I was not at the meeting, so I don’t know what transpired and whether the newspapers reported the entire discussion. But if the news reports are true, then I am displeased and disgusted,” he said.

The luncheon meeting was held amid the raging controversy surrounding a Utusan Malaysia report which alleged that a Christian coup was in the making, with Christian leaders and DAP colluding to undermine the position of Islam.
Kenyataan Media YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Pengerusi Keadilan Selangor
Merangkap Ketua Keadilan Malaysia

Hari ini saya mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa kami telah berjaya mengesan bahawa seramai 2000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri.

Jelas, taktik kotor ini bertujuan untuk memanipulasi undi agar dapat membantu Umno merampas semula Selangor pada PRU13 kelak. Saya yakin, ini hanya salah satu bukti dari beratus-ratus taktik kotor Dato Seri Najib Razak dan Umno Selangor yang telah dirancang.

Malah, saya juga yakin bahawa kerjasama dari pihak rakyat dalam menyalurkan maklumat penyelewangan seperti ini membuktikan suatu penolakan besar-besaran dari pihak rakyat sendiri terhadap dasar kepimpinan beliau.

600 Hadir Ceramah Keluarga di Taman Sentosa

Taman Sentosa, Klang, 8 Mei 2011 - Lebih 600 hadir untuk mendengar 'Ceramah Keluarga' yang disampaikan oleh penceramah motivasi Dr Kadir Ibrahim.

Ceramah motivasi tersebut telah disampaikan di Dewan Serbaguna Sentosa pada pukul 8.00 hingga 10.00 malam.

YB Dr Xavier Jayakumar turut hadir pada malam tersebut. Ceramah tersebut berjaya menarik perhatian para hadirin dan diharapkan ceramah seperti ini yang memberi manfaat kepada orang ramai dapat diadakan dari masa ke semasa.
Batu Ampat, 8 Mei 2011 - Kuil Mariamman, Batu ampat yang terletak berhampiran apartment Golden Villa telah menganjurkan Hari Ibu bagi meraikan dan menghargai jasa para ibu.

Majlis tersebut telah diadakan pada pukul 8 malam. Pihak jawatankuasa kuil telah mengaturkan sari dan cenderamata untuk diberikan kepada para ibu dan kanak-kanak yang hadir. Mereka sangat gembira kerana YB Dr Xavier Jayakumar dapat meluangkan masa bersama-sama meraikan Hari Ibu.

Lebih kurang 400 orang dari kawasan sekitar hadir majlis yang penuh warna-warni tersebut.

Merasmikan Karnival Boom Boom

Taman Sri Andalas, Klang, 8 Mei 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar telah meluangkan masa untuk merasmikan Karnival Boom Boom yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Hindu Pelabuhan Klang (HYO) pada hari ini.

Karnival yang diadakan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang di Dewan Sukan Klang tersebut turut dihadiri oleh YB Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, YB Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang dan Encik PS Rajoo, Ahli Majlis Perbandaran Klang.

Pelbagai program dan aktiviti diadakan di karnival tersebut, antaranya latihan kepimpinan, persembahan oleh kanak-kanak dan permainan serta jualan makanan di gerai-gerai yang dibuka.

Kupon-kupon turut dijual kepada orang ramai bagi meraih dana untuk Pertubuhan Belia Hindu Pelabuhan Klang (HYO). Orang ramai terus berpusu-pusu menghadiri karnival tersebut sejak awal pagi.
Sungai Terap, Tanjung Karang, 7 Mei 2011 - Majlis Penyampaian Surat Tawaran Program Bantuan 'Blueprint' Pembasmian Kemiskinan Kerajaan Negeri Selangor telah dirasmikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar selaku Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.

Majlis telah diadakan dari pukul 10 pagi hingga 1 tengahari di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Terap, Tanjug Karang.

Sebanyak 47 kunci telah diberikan kepada keluarga-keluarga penerima yang terdiri daripada pelbagai bangsa dibawah program Blueprint.

Kebanyakan keluarga yang menerima bantuan terdiri daripada tukang jahit yang bekerja dari rumah, pekerja-pekerja gerai makanan serta mereka yang berpendapatan rendah dari sekitar Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Batang Berjuntai (Bestari Jaya).
top