Batu Caves, 15 Mei 2011 - Buat julung kalinya setelah hampir lebih 30 tahun kewujudan Kg Laksamana, dimana 30% penduduk nya adalah terdiri daripada kaum India, telah menganjurkan dan meraikan majlis tahun baru bagi masyarakat kaum India ‘Chittirai 2011’. Majlis yang dirancang dengan oleh pihak ADUN Batu Caves (Pakatan Rakyat) dan JKKK Kg Laksamana melalui ketua biro keselamatan dan perhubungan kaum, En C.Krishnan a/l Chinnasamy. Majlis yang dirancang dengan serba sederhana tersebut telah berubah meriah dengan kehadiran hampir 2000 orang yang terdiri daripada Warga Emas, ibu bapa dan kanak-kanak. 

Majlis yang di rancang bermula jam 6 petang telah menghadapi sedikit dugaan apabila cuaca panas pada sebelah paginya, tiba-tiba bertukar mendung dan hujan di sertai dengan angin kuat. Sehingga menyebabkan 2 unit khemah utama yang dirancangkan untuk pihak VIP di terbangkan angin beberapa meter dari lokasi asal, syukur kepada tuhan malapetaka tersebut tidak mengundang apa-apa kecederaan dan kemalangan. AJK penganjur menggangap ianya sebagai dugaan daripada yang maha berkuasa. Dalam keadaan kesuntukkan masa AJK pihak peganjur bertungkus lumus menyiapkan segala peralatan dan keperluan yang ada bagi meneruskan program tersebut. Dengan usaha, sokongan dan semangat yang terdiri daripada beberapa pemuda yang terdiri dari pada berbilang kaum yakni Melayu, India dan Cina akirnya persediaan tempat dapat disediakan dengan jayanya.


Kehadiran VIP Y.B Tuan D.R Xaxier Jayakumar A/L Arulanandam, ADUN Seri Andalas yang juga merangkap Pengerusi Tetap JawatanKuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor ke majlis tersebut dikhabarkan sebelumnya beliau telah menganugerahkan geran bagi sebuah Kuil berdekatan sedikit sebanyak telah membawa makna yang besar kepada masyarakat kaum India di Kampung Laksamana pada majlis tahun baru Chittirai tersebut di bawah Pakatan Rakyat.

Majlis juga turut di hadiri oleh Ahli Majlis, Ustaz Hasbullah Muhamad Ridzwan. Beliau juga turut membuat sedikit ucapan mewakili Ahli Majlis dan parti PAS dan kaum melayu mengucapkan selamat tahun baru Chittirai kepada masyarakat dan kaum India. Turut hadir pengarah DUN Batu Caves dan beberapa pimpinan setempat Pakatan Rakyat. Yang Berhormat ADUN Batu Caves, saudara Amirudin Shari yang baru sahaja pulang dari luar Negara segera bergegeas terus ke tapak program dan tiba jam 9:00 malam, beliau yang keletihan setelah mengharungi satu perjalanan yang jauh, sedikit ceria, setelah mendapati sambutan yang luar biasa masyarakat kaum India khususnya pada majlis tersebut. Dalam ucapan beliau. Y.B mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan berjanji program seperti ini di teruskan dari masa kesemasa selagi Pakatan Rakyat terus memerintah Selangor. Janji dan harapan beliau di dalam program seperti ini juga segala hak rakyat akan di kembalikan kepada rakyat yang sewajarnya.

Pada majlis tersebut Pihak penganjur ADUN dan JKKK Kg Laksamana turut membuat sumbangan kepada warga emas, orang miskin dan kurang upaya serta yang memerlukan.

Majlis di meriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan dari pelajar masyarakat kaum India dan jamuan makan malam.











0 comments:

top