SHAH ALAM 26 Ogos - Kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan depan.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas itu akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred Jusa ke atas.

Sehubungan dengan pengumuman itu, 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat. Ia membabitkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.Selain itu, Khalid juga mengumumkan peruntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru kelas agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan dana RM1.3 juta.

“Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.
Kerajaan Selangor akan menubuhkan Rumah Perhentian Sementara bagi melindungi bayi yang dibuang dan ditinggalkan oleh ibu bapa atau pihak lain yang tidak bertanggungjawab.

Anak syarikat Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  telah bersetuju untuk menyediakan Rumah Perhentian Sementara ini sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Rumah Perhentian Sementara ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan untuk penjagaan bayi dan Kerajaan Negeri berharap  rumah ini dapat menolong mengurangkan kejadian bayi-bayi ini ditinggalkan di merata tempat.

Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah menyediakan rumah ini tidak bermakna Kerajaan Selangor menggalakkan maksiat atau mendorong kepada kes buang bayi sebaliknya sebagai langkah segera untuk menyelamatkan bayi yang ditinggalkan.

Tadika Baru Dibina Untuk Anak Peladang

KUALA SELANGOR - Penduduk di tiga kawasan ladang iaitu Ladang Bukit Belimbing, Ladang Bukit Talang dan Ladang Riverside kini berpeluang untuk menyekolahkan anak mereka di tadika yang sudah siap dibina.

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), S C Jegathesan berkata, ini adalah salah satu langkah Kerajaan Negeri yang begitu prihatin terhadap rintihan masyarakat yang begitu mengutamakan pendidikan.

"Peruntukan tadika tersebut adalah daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar sebanyak RM48,500.

"Ianya siap dibina pada Januari lalu dan kini penduduk dapat menyekolahkan anak mereka bagi yang berusia empat, lima dan enam tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, selain itu juga, di hadapan tadika tersebut, turut dibina kawasan tapak permainan bagi memberikan peluang untuk kanak-kanak tersebut bermain apabila tamat persekolahan.

"Kawasan tersebut di tar dan ianya adalah peruntukan daripada Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang sebanyak RM3,500."
14 & 15 Ogos 2010 :  12 tahun yang lalu, pada tahun 1998, seramai 400 keluarga telah dipindahkan dari Ladang Prang Besar, Sedgeley, Galloway dan Madingley. Mereka ini diusir keluar dari ladang mereka kerana tanah itu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk membina Putrajaya.

Masyarakat ladang ini disumbat dalam Flats Taman Permata yang dibina secara tergesa-gesa diatas kawasan paya. Akibatnya, hidup masyarakat ini merana malah taraf hidup mereka telah turun. Sejak mereka pindah ke flats ini, banyak masalah yang dihadapinya, terutama struktur flats yang tidak stabil dan juga paip gas yang berhampiran. Bukan itu sahaja, sistem paip dan sistem kumbahan yang tidak sempurna, serta retakan di flats menyebabkan flats ini tidak sesuai dan selamat untuk diduduki.

Banyak memorandum dan surat telah dihantar kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam masa 12 tahun ini, akan tetapi sehingga kini tiada maklumbalas yang positif. Maka demi untuk mengutarakan isu keadaan  flats Taman Permata ini, lebih 150 wakil penduduk flats ini telah berkhemah di jalan utama Dengkil selama 24 jam supaya orang luar dan juga kerajaan melihat isu mereka.

Protes berkhemah ini bermula pada pukul 4 petang pada 14 Ogos 2010 dengan ucapan dari wakil Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata. Sejurus selepas ucapan wakil penduduk , pihak polis telah datang ke kawasan itu dan suruh para penduduk bersurai dalam masa 15 minit. Wakil dari pihak jawatankuasa serta komrad –komrad dari Parti Sosialis Malaysia telah cuba berbincang dengan pihak polis dan memberi kepastian bahawa ketenteraman awam tidak akan dikacau. Ini adalah isu penduduk yang hidup dalam keadaan yang tidak selamat. Selepas beberapa pusingan perbincangan,  pihak polis pun tidak menghalang program ini tetapi berada di seberang jalan untuk memantau keadaan.

Rakyat Selangor Bakal Nikmati Wi-Fi Percuma

PETALING JAYA 18 Ogos - Rakyat negeri Selangor bakal menikmati perkhidmatan akses internet wireless (W-Fi) percuma dalam masa terdekat yang merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat merakyatkan informasi dan akses kepada maklumat serta mewujudkan rakyat celik IT.

Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman akan dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khlaid Ibrahim tidak lama lagi dengan hanya membabitkan kos minima meliputi seluruh negeri sebanyak RM10 juta.

"Kita di Pakatan Rakyat berbincang mengenai wi-fi percuma yang sebenarnya tidak mahal. Kita pertikai kos yang ditetapkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang kita anggap terlalu tinggi.

"Saya kini sedang peneliti perancangan untuk menyediakan wi-fi secara percuma di Selangor yang yang kita anggap cukup rendah. Di Selangor yang kita kaji ia hanya melibatkan kos RM10 juta.

"Kalau ia hanya membabitkan RM10 juta di satu negeri, maka menjadi perkara yang tidak sukar untuk kerajaan (pusat) baru Pakatan Rakyat untuk laksanakan (diseluruh negara)," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi setelah memberikan keterangan kepada pegawai polis daripada ibu pejabat polis daerah Batu Pahat berhubung isu kain rentang provokatif.

SHAH ALAM, 18 Ogos – Selangor mencatatkan pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pelaburan yang diperolehi dalam tempoh tersebut membabitkan 120 projek, kata Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok.

Katanya, ia berdasarkan statistik terkini Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Statistik MIDA tersebut, katanya, menunjukkan Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM2.47 bilion bagi tempoh tersebut – jumlah projek perindustrian yang tertinggi.

Sebanyak 120 projek telah diluluskan di Selangor dan angka tersebut merupakan 36 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

Di belakang Selangor ialah Johor dengan 65 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 44 projek, kata Teresa dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada 120 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 68 adalah projek baru manakala baki 52 merupakan projek yang diperkembangkan.

Nik Nazmi dilantik Pengarah Komunikasi PKR

Nik Nazmi Nik Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa 16 Ogos (semalam), umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya.

Nik Nazmi, 28 tahun, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor sejak 8 Mac 2008. Beliau merupakan lulusan undang-undang King’s College, University of London.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Sulit kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau turut memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan aktif di Keadilan Cabang Kelana Jaya.

Nik Nazmi membawa bersamanya pengalaman di dalam media Internet serta media cetak yang luas.

Perlantikan beliau dibuat menerusi surat yang ditandatangani Presiden Keadilan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
SHAH ALAM: Menteri Besar Khalid Ibrahim has directed the Parent-Teachers Association (PTA) in all 97 Tamil schools in the state to explain how they spent the RM4 million allocation. The Selangor state government has set aside RM4 million a year for Tamil schools to help reduce their operation costs.

In an inaugural dialogue session organised by the Selangor Education Committee last Saturday, Khalid heard PTA representatives from the Tamil schools voice their problems and seek counsel and shared views on the development of Tamil schools in the state.

The committee had organised the dialogue in a bid to hear the views of all parties involved. Also present were state executive councillors Ronnie Liu, Hassan Ali, Xavier Jeyakumar, Halimah Ali and Rodziah Ismail.

“We had organised this meeting with the MB, excos and the PTA and school representatives to hear their views and study the RM4 million allocation we have set aside for Tamil schools.

‘I have asked all Tamil schools representative to provide us with information about their school and how the funds channelled to the PTA was used. We want to know the details so that we can study the expenses and see how best to put the funding to effective use,” said Khalid.
He said through such dialogues, the allocation could be studied carefully to ensure that the funds reach the targeted groups.

DENGKIL, 15 Ogos – Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata, Dengkil, meminta campurtangan Menteri Besar Selangor dalam isu perumahan yang membebankan mereka sejak pemerintahan UMNO- BN lagi.

Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar menerima memorandum ‘Selamatkan Kami Dari Malapetaka BN’ dari Jawatankuasa Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata hari ini.

Pada 1998, penduduk Kampung Ladang Perang Besar, Medingley, Gollayway dan Sedgley dipindah ke rumah pangsa transit selepas tanah mereka diambil untuk pembinaan bandar pintar Putrajaya.

Menurut penyelaras Jeritan Rakyat Tertindas, 592 keluarga dari 4 ladang itu digertak oleh askar dan diusir secara tergesa-gesa bagi memastikan penduduk akur kepada tuntutan kerajaan.

'Rumah Retak': Ratusan Bermalam di Khemah

Lebih 300 penghuni rumah pangsa Taman Permata Dengkil akan bermalam di khemah di luar kawasan perumahan mereka, malam ini.

Tindakan itu sempena bantahan 24 jam yang bermula jam 5 petang tadi kerana menuntut tempat tinggal yang lebih selamat.

Majlis 'Mari Berkhemah' yang diterajui Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) itu diadakan bagi membela nasib kira-kira 500 keluarga yang didakwa dipindahkan ke situ secara tergesa-gesa apabila Putrajaya dan Cyberjaya dibangunkan untuk dijadikan pusat pentadbiran baru negara pada 1998.

Malangnya, penduduk mendakwa rumah pangsa yang mereka duduki sekarang ini mengalami retakan struktur yang teruk dan berlakunya hakisan bawah tanah.

Sehubungan dengan bantahan itu, beberapa kanopi besar kira-kira 700 meter daripada kawasan perumahan mereka didirikan bagi mereka berteduh malam ini. (Sila lihat video)

Dr Xavier Beri Sumbangan Ramadan

Prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik , Exco Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin,  Dr Xavier Jayakumar  menghulurkan  sumbangan kepada beberapa penduduk di Sungai Kandis, Klang sempena  bulan Ramadan ini.

Beliau yang juga ADUN Andalas  berkata,  sumbangan itu merupakan sebahagian daripada peruntukan Dewan Negeri. Ia turut mendapat kerjasama daripada Ahli Majlis dan JawatanKuasa Kampung  tersebut.

Dr Xavier  menyerahkan sendiri sumbangan seperti beras, hamper ,kurma dan wang tunai kepada beberapa warga emas di Sungai Kandis.

Katanya , lebih RM25,000  diperuntukkan bagi kawasan beliau dalam usaha menghulurkan bantuan kepada yang kurang berkemampuan sepanjang bulan Ramadan ini.

Tambahnya , beliau tidak kekok untuk turun sendiri ke surau-surau atau masjid dikawasannya  sepanjang  bulan Ramadan ini untuk meraikan dan memberi bantuan pada bulan mulia ini.
SHAH ALAM, 12 OGOS – Seramai 380 ketua-ketua kampung termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) semalam diraikan dalam satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Ahli Dewan Negeri Selangor di kediaman rasminya di Shah Alam .

Abdul  Khalid berkata majlis yang diadakan ini bertujuan merapatkan silaturrahim serta menambah baik kerjasama dan persefahaman antara pemimpin kerajaan negeri dengan pegawai-pegawai JKKK sekaligus dapat memperbaiki sistem penyampaian kepada rakyat Selangor.

Selain umat Islam, Abdul Khalid turut mengundang beberapa Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen bukan beragama Islam .

Selain berbuka puasa bersama Menteri Besar, tetamu yang hadir turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta disudahi dengan solat Tarawih secara berjemaah.

MPK disaran henti bayar Alam Flora

Kerajaan negeri Selangor melahirkan rasa tidak puas hati dengan kerja-kerja pengutipan sampah dari rumah-rumah dan kerja-kerja pembersihan kawasan persekitaran yang dijalankan oleh Alam Flora.

Sehubungan itu, menurut exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar, yang juga adalah ADUN Seri Andalas berkata pihak kerajaan negeri telah menyarankan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) supaya memberhentikan segala pembayaran kepada pihak Alam Flora dengan kadar 'serta merta'.

“Ini adalah lanjutan kepada kempen kebersihan dan gotong-royong Eco- Green Week yang dijalankan di Jalan Dato' Dagang 39B, Taman Sentosa, Klang pada 08 Ogos 2010 yang lalu.

“Kawasan Taman Sentosa tersebut didapati tidak diselenggarakan lebih dari setahun atau di sesetengah tempat kerja dijalankan tidak sempurna dan secara sambil lewa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, menurut Jayakumar, beliau menerima banyak aduan dari penduduk kawasan Taman Klang Jaya dan Taman Desawan berhubung sampah yang tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan.

Minimum Confidence in Minimum Wage

PETALING JAYA: The government's plan to implement a minimum wage policy has failed to convince opposition leaders, with DAP's Charles Santiago calling it “wishful thinking”.

“Malaysia sells itself as a low-wage, labour intensive economy. If Malaysia wants to become a high-income economy, then it has to have a clear policy (of getting there),” said Santiago.

However, the Klang MP was glad that the government was willing to have some discussion on the issue. “But whether the Cabinet will approve it is another matter,” he told FMT.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) secretary-general S Arutchelvan was also pessimistic. He felt that the government lacked the political will to push the policy through.
PETALING JAYA: A Tamil Parent-Teacher Association is up in arms against state executive councillor Halimah Ali taking charge of funding for Tamil schools.

Watson Tamil School Parent-Teacher Association feels that the matter should be handled by Dr A Xavier Jayakumar instead.

Its chairman, S Sugumaran, said Jayakumar (the exco in charge of Indian affairs) should be allowed to continue managing the funding for Tamil schools as he had been doing a good job.

On Aug 2, Halimah, the state exco for education, told a meeting of parents of Tamil school students that allocations for Tamil schools will not be managed by Jayakumar but herself.

Said Sugumaran: “As far as I know, Jayakumar had distributed allocations to Tamil schools dutifully. All the schools need to do is to submit a working paper on whatever projects they plan to do and he will approve the allocation if it is beneficial to the schools.”

On allegations that Jayakumar had not distributed funds to all 97 Tamil schools in the state, Sugumaran dismissed the claims, saying that perhaps the schools had been ill-advised on the proper procedures for applying for such funds.
KUALA LUMPUR:  Not a single Tamil school in Selangor was left out in the programmes carried out by the three NGOs, which were given RM1.6 million by the state government.

Coordinator of the programmes K  Arumugam told FMT that at least two programmes were held at each of the 97 schools in the state and were carried out between June 2009 and March this year.

He said out of the RM1.6 million allocation, RM464,785 was utilised for programmes initiated by the Tamil Foundation, RM558,293 by the Educational Welfare and Research Foundation (EWRF) and RM613,622 by the Child Information Learning Development Centre (Child).

Arumugam said besides focusing on standard four to six pupils, several programmes were drafted for pre-school children as well.

Between (June 2009 and March 2010), four progress reports were submitted to Menteri Besar  Khalid Ibrahim, including audited reports of how the funds were utilised and for what programmes.

25 Keluarga Dapat Rumah Baru Sempena Ramadhan

Tanjong Karang, 7 Ogos, 2010 - Kerajaan Prihatin Pakatan Rakyat  Negeri  Selangor telah menyerahkan rumah bina baru  kepada 4 keluarga masyarakat India serta 21 keluarga lain  dalam satu Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Kerajaan Prihatin di Dewan warga Emas, Tali Air 2, Ban 3, Sungai Burong, Tanjong Karang, Selangor petang hari ini.
 
Secara keseluruhannya seramai 25 keluarga di kalangan rakyat miskin dan berpendapatan rendah di daerah Kuala Selangor telah menerima kunci rumah masing-masing dalam majlis tersebut. Sebuah rumah yang mempunyai 2 atau 3 bilik berharga RM25,000 hingga RM30,000 setiap satu.

YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menyempurnakan majlis  yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi (Upen), pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sungai Burong, beberapa orang Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan pemimpin Keadilan Cabang Tanjong Karang.
 
Dalam ucapan beliau , YB Xavier mengaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat komited dalam memastikan golongan yang berpendapatan rendah turut mendapat sebuah rumah yang agak selesa dan layanan baik kerajaan negeri tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik mereka.
 
Kuala Selangor,  07 Ogos, 2010 - Kerajaan Prihatin Pakatan Rakyat  Negeri  Selangor telah menyumbang 5 buah mesin jahit kepada perkumpulan wanita India di Ladang Raja Musa, Kuala Selangor pada hari ini.

YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kerjaan Negeri Selangor telah merasmikan Pusat Latihan Jahitan Komuniti - di Dewan Masyarakat Taman Manikavasagam, Ladang Raja Musa, Kuala Selangor .

Pada majlis tersebut YB Dr. Xavier telah  menyarankan  supaya mereka menggunakan kemudahan yang diberi oleh Kerajaan Negeri untuk menaik  taraf kehidupan mereka.

Sejumlah 5 unit mesin jahit eletrik telah diserahkan untuk digunakan oleh perkumpulan wanita bagi mengambil upah menjahit yang mana dapat menambahkan pendapatan mereka. Sebuah mesin jahit bernilai RM2,000.

Buat masa ini seramai 24 orang wanita telah menyertai kelas latihan menjahit yang di adakan di dewan Ladang berkenaan. Kira-kira 8 sesi latihan jahitan diadakan dalam sebulan.
Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) mengecam keras tindakan Polis yang bertindak secara kekerasan menyurai serta menghalang orangramai daripada mengadakan upacara memasang lilin di di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.

Seramai 36 aktivis termasuk lapan wanita ditahan polis kerana menyertai  perhimpunan upacara nyalaan lilin sebagi simbolik membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di 8 tempat di seluruh Negara sebagai simbolik bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Ahad, 1 Ogos yang lalu.

Selproa mengecam tindakan polis yang berterusan mencabuli kebebasan bersuara, hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu.
 
SHAH ALAM, 2 Ogos – Kerajaan Negeri Selangor sentiasa merai pandangan pelbagai pihak berkaitan pentadbiran dan dasar-dasar termasuk dasar pemberian diskaun, insentif dan sebagainya.

Apa yang penting bagi kerajaan ialah akhirnya rakyat Selangor yang layak, dapat menikmati hasil dari dasar dan ketetapan tersebut. Ini tidak terkecuali di dalam mencari jalan terbaik mengenai permasalah air di negeri ini.

Demikian menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, Kerajaan Persekutuan harus ingat kemelut air di Selangor bermula apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibenarkan menaikkan tarif air tanpa mengambil kira beban tanggungan rakyat yang masih merangkak di dalam kemelut ekonomi global.

Menurutnya, kerajaan BN yang di pimpin oleh Datuk Seri Dr Mohd Khir  Toyo telah menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas dimana syarikat itu dibenarkan menaikkan tarif sehingga 37% pada 2009, 25% pada 2012, 20% pada 2015, 10% pada 2018 dan 5% pada 2021.
SHAH ALAM 1 Ogos - Badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) berkata pihak pendakwa raya dalam kes perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya menyerahkan dokumen dan bahan bukti berkaitan kes tersebut kepada pasukan pembelaan sebelum prosiding bersambung Isnin depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lepas HRW menegaskan tindakan daripada pihak pendakwa raya adalah perlu bagi menjamin perbicaraan tersebut berjalan secara dil dan telus.

Sambil membidas undang-undang warisan era kolonial yang digunakan dalam pendakwaan terhadap Anwar yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan, badan antarabangsa yang dihormati itu berkata tokoh politik yang disegani itu juga berhadapan disekat daripada bertanding di dalam pilihan raya walaupun dihukum penjara sehari atau didenda RM2,000.

top