Showing posts with label Tadika Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Tadika Rakyat. Show all posts
Pada 15 Disember 2013 lepas, YB Dr Xavier Jayakumar selaku ADUN Seri Andalas telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ibubapa murid-murid di Tadika Rakyat di Taman Sentosa, Klang. Dalam majlis tersebut, penyampaian sumbangan peralatan sekolah telah dibuat oleh Ahli Majlis MPK, Encik PS Rajoo kepada 45 murid yang akan ke darjah satu pada tahun hadapan.





Pada 16 November 2013 yang lepas, seramai 44 orang murid dari Tadika Rakyat di Taman Sentosa, Klang telah dibawa untuk satu lawatan sambil belajar ke Kuala Selangor. Kos perjalanan telah diperuntukkan oleh Ahli Majlis MPK iaitu Encik PS Rajoo manakala makanan dan minuman telah diperuntukkan oleh ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar.




PETALING JAYA, 10 NOV : Kerajaan Negeri bercadang untuk membina tiga lagi Tadika Rakyat di Serendah, Kapar dan Dengkil bagi membolehkan kanak-kanak keluarga berpendapatan rendah menerima pendidikan di peringkat awal.

Pembinaan tadika tersebut merupakan kesinambungan daripada dua tadika sedia ada iaitu di Taman Sentosa, Klang dan Kampung Lindungan di Petaling Jaya.

Oleh itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar menyeru ibubapa yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka kepada tadika-tadika ini.

“Tadikan ini terbuka kepada semua kaum. Justeru, penduduk di kawasan ini jangan lepaskan peluang untuk mendaftar anak-anak anda.
PETALING JAYA 25 SEPT : Selaras dengan usahanya untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Kerajaan Negeri Selangor semalam mewartakan tanah seluas 1 ekar untuk didirikan lapan buah Tadika Rakyat di Kampung Lindungan, Petaling Jaya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM62,500 untuk membina lapan buah Tadika Rakyat yang terdiri daripada empat buah kelas aliran Melayu dan empat buah kelas aliran Bahasa Inggeris.

" Saya difahamkan projek ini memerlukan RM150,000 untuk menyediakan kelengkapan dan peralatan lain. Oleh itu saya mencadangkan YB Nik Nazmi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kutipan dana Tadika Rakyat Kampung Lindungan untuk mencari tambahan," ujar Khalid pada acara pecah tanah yang diadakan di Jalan PJS 6, Desa Mentari, Kampung Lindungan.

Menurut Khalid, beberapa subjek utama akan diajar kepada murid-murid yang memasuki tadika ini iaitu subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama Islam dan Moral.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan menggunakan sistem tender terbuka untuk pembinaan dan pengurusan tadika berkenaan.  

Tadika Baru Dibina Untuk Anak Peladang

KUALA SELANGOR - Penduduk di tiga kawasan ladang iaitu Ladang Bukit Belimbing, Ladang Bukit Talang dan Ladang Riverside kini berpeluang untuk menyekolahkan anak mereka di tadika yang sudah siap dibina.

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), S C Jegathesan berkata, ini adalah salah satu langkah Kerajaan Negeri yang begitu prihatin terhadap rintihan masyarakat yang begitu mengutamakan pendidikan.

"Peruntukan tadika tersebut adalah daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar sebanyak RM48,500.

"Ianya siap dibina pada Januari lalu dan kini penduduk dapat menyekolahkan anak mereka bagi yang berusia empat, lima dan enam tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, selain itu juga, di hadapan tadika tersebut, turut dibina kawasan tapak permainan bagi memberikan peluang untuk kanak-kanak tersebut bermain apabila tamat persekolahan.

"Kawasan tersebut di tar dan ianya adalah peruntukan daripada Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang sebanyak RM3,500."

Majlis Perasmian Tadika Rakyat di Taman Sentosa




Klang, 8 Mac 2010 - YAB Dato Menteri Besar Selangor telah merasmikan bangunan Tadika Rakyat di Taman Sentosa, Klang, Selangor. Beliau diiringi oleh YB Dr Xavier Jayakumar, YB Halimah Ali dan YB Rodziah Ismail, EXCO Negeri Selangor. Turut hadir adalah YB Shuhaimi Shafie, Adun Sri Muda dan YB Ravi Adun Port Dickson.

Dalam majlis perasmian tersebut, YB Dr Xavier Jayakumar telah menyampaikan ucapannya: 

Semenjak 2 tahun Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Selangor, kerajaan begitu komitted dan sangat mengambil berat untuk menyediakan  keperluan pra-sekolah bagi kemudahan dan keselesaan anak-anak dalam menimba ilmu pengetahuan terutamanya di kalangan anak-anak masyarakat India.

top