Klang, 29 September 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada petang ini turun padang di Taman Maznah melihat sendiri perkembangan kerja-kerja pembinaan longkang sepanjang 2km.

Ini adalah salah satu projek berterusan yang diusahakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar untuk memastikan masalah banjir di DUN Seri Andalas dapat diatasi.



SHAH ALAM: Segala perjanjian yang diluluskan Tan Sri Khalid Ibrahim semasa menjadi Menteri Besar Selangor khususnya dalam tempoh peralihan kuasa harus disiasat semula dan didedahkan kepada umum, kata ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar.

Ini kerana semua perjanjian itu ditandatangani tanpa merujuk parti.

"Saya difahamkan bahawa kita akan tengok beberapa kontrak yang telah ditandatangani sebab yang ramai yang risau perjanjian itu dibuat tanpa rujukan parti.

"Jadi kita akan tengok macam mana keadaannya dahulu, dan untuk kita buat satu semak dahulu adakah perjanjian itu bawa keuntungan kepada rakyat negeri Selangor atau sebaliknya dan kalau perlu kita buat pendedahan itu kepada umum," jelasnya ketika dihubungi Antarapos.

Klang, 28 September 2014 - Pada hari ini kelas membuat kek dan biskut telah diadakan di Bilik Gerakan DUN Seri Andalas pada jam 9 pagi hingga 2 petang.

Kelas dihadiri seramai 21 peserta wanita dan pada kali ini, peserta-peserta diajar membuat 4 jenis biskut iaitu biskut Pretzel, biskut cashew, biskut Choco Butter, biskut Rainbow Almond Suji dan 1 jenis kek iaitu kek Butter Cheese.

Diakhir kelas, para peserta telah menerima sijil penyertaan. Kesemua kutipan yuran untuk kelas ini disalurkan kepada dana Pusat Wanita Berdaya DUN Seri Andalas untuk membantu membangunkan kemahiran menjana pendapatan bagi ibu-ibu tunggal dan wanita di DUN Seri Andalas.

Kelas membuat kek dan biskut ini dikelolakan oleh Puan Sangetha Jayakumar dan bagi yang berminat untuk menyertainya pada masa akan datang, boleh hubungi Puan Sri Mahalekshumy di talian 03-51610400.
















Senaman Pagi Bersama 70 Warga Emas

Sekitar program senaman pagi bersama penduduk Taman Sentosa, Klang pada 26 September 2014 - Hampir 70 warga emas menyertai aktiviti senaman disusuli dengan sarapan bersama-sama. Bertempat di gelanggang bola keranjang Jalan Yusuf Shahbuddin 9.


Program Menanam Pokok Di Kolam Tadahan

Klang, 21 September 2014 - Program menanam pokok dikeliling kolam tadahan pada hari ini disempurnakan dengan kehadiran YB Dato Seri Wan Azizah. Turut hadir dalam program adalah YB Shuhaimi Shafiei, YB Dr Daroiyah Alwi dan YB Zuraida Kamarudin.

Program yang berjalan dari pukul 4 petang hingga 7 petang ini disertai orang ramai yang hadir turut bersama-sama menanam pokok dan melihat sendiri kolam tadahan yang dijadikan kawasan rekreasi.













Penafian Terhadap Akuan Bersumpah Yang Palsu

KENYATAAN MEDIA

15 SEPTEMBER 2014

PENAFIAN TERHADAP AKUAN BERSUMPAH YANG PALSU


Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan bahawa saya telah membuat satu Akuan Bersumpah yang mendakwa bahawa saya selaku   Ahli Dewan Negeri Selangor N.49 Seri Andalas telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Tulisan dan tandatangan yang ada pada dokumen tersebut adalah palsu "completely fake".

Akuan Bersumpah palsu tersebut dikeluarkan dengan niat jahat menjejas nama baik saya serta bertujuan untuk mengeruhkan lagi isu perlantikan Menteri Besar yang kini cuba diselesaikan secara baik dan bijaksana.

Saya telah membuat laporan Polis pada hari ini dan berharap pihak berkuasa melakukan siasatan segera supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibawa kemuka pengadilan. Saya juga telah mengarahkan peguam saya  mengambil tindakan undang-undang yang sesuai.


YB DR. A. XAVIER JAYAKUMAR
AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR  N.49 SERI ANDALAS

KETUA CABANG KOTA RAJA
PARTI KEADILAN RAKYAT
Klang, 14 September 2014 - Seramai 12 wanita menyertai kelas membuat mallai yang dianjurkan Pejabat DUN Seri Andalas pada hari ini.

Kelas yang berlangsung selama 4 jam ini dikelolakan oleh 2 orang guru.

YB Dr. Xavier Jayakumar berharap dengan mempelajari kemahiran tersebut, para peserta dapat menjana pendapatan tambahan.







Merasmikan Malaysian Open Dart Championship 2014

Klang, 12 September 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar telah merasmikan Malaysian Open Dart Championship 2014 yang berlangsung dari 12 hingga 14 September 2014 pada hari ini di Hotel Premier Klang.



Berikut adalah gambar-gambar YB Dr. Xavier Jayakumar menghadiri majlis makan malam Tokong Tiong Sheng Keng pada 11 September 2014 di Klang.



Klang, 10 September 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada hari ini menyampaikan bantuan sumbangan kepada tiga pendudduk di Taman Desawan, Klang yang mengalami kerosakan bumbung rumah akibat ditiup angin kencang. Penerima bantuan adalah En. Perumalu A/L Ramasamy, En. Samuel A/L Athimoolan dan En. Krishnamoorty A/L Rajagopal. Masing-masing menerima bantuan RM500.

Majlis Menanam Pokok di Tapak Kolam Tadahan

Media Alert / Hebahan Media
Majlis menanam pokok oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di tapak kolam tadahan banjir yang akan dijadikan taman tasik rekreasi seluas 19 ekar akan diadakan seperti butiran dibawah. Dijangka hadir adalah YDP Majlis Perbandaran Klang, Dato' Mohammad Bin Yacob.

Kolam tadahan ini adalah inisiatif untuk mengatasi banjir di DUN Seri Andalas terutamanya di Taman Sentosa dan Bandar Puteri yang telah melanda lebih 20 tahun.

Tarikh :  11 September 2014 (Khamis)

Masa   :  9.30 pagi

Tempat: Lokasi Kolam Tadahan adalah di Jalan Kebun
              (Bersebelahan Tangki Air Bandar Puteri), Klang 

Contact Person: En. Nordin Borhan 012-2619301  (H/P)

SEMUA EDITOR MEDIA DAN WARTAWAN DIJEMPUT HADIR

Menghadiri Sambutan Pesta Tanglung

Gambar sekitar sambutan Pesta Tanglung di Tokong Son Gui Miao.









top