Kerana menipu beratus-ratus pelajar muda dengan;

  1. Mendapatkan matlumat peribadi beribu-ribu pelajar tingkatan lima
  2. Menawarkan mereka kursus seperti jururawat
  3. Menjalankan kursus yang tidak ada pendedahan klinikal yang mencukupi
  4. Membanjiri masyarakat dengan beratus-ratus graduan kursus jururawat yang tidak dapat mencari pekerjaan   

Oleh: Dr Jeyakumar Devaraj
         Ahli Parlimen Sg Siput

Pada : 20hb Mac 2011

Laporan Polis

  1. Tiap tahun pelajar yang telah mengambil peperiksaan SPM dibanjiri dengan surat-surat tawaran daripada beberapa kolej swasta yang menawarkan pelbagai kursus. Surat-surat ini dihantar ke pelajar di rumah-rumah mereka.
Shah Alam, 28 Mac 2011 – Stadium Melawati yang boleh memuatkan 20,000 orang telah dipenuhi dalam Program Solat Hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

Program yang ditunjangi oleh PAS itu telah menunjukkan komitmen setia kawan dan simpatinya terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta tidak menunjukkan sebarang kegoyahan berikutan fitnah video seks oleh trio Datuk T.

Antara yang hadir pada malam itu adalah barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Presiden PAS, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah, Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang lain.

Turut hadir sasterawan negara, Datuk A Samad Said.
Klang, 27 Mac 2011 – Kumpulan Ke-6 wanita dari DUN Sri Andalas telah dihantar menjalani pemeriksaan mammogram. 

Seperti kumpulan-kumpulan peserta sebelum ini, kesemua peserta dihantar ke Pusat Perubatan Forest dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh Pejabat ADUN Sri Andalas.

Para peserta telah diberikan maklumat dan pendedahan tentang kepentingan melakukan pemeriksaan mammogram serta kepentingan melakukan pemeriksaan sendiri setiap bulan.

Pemeriksaan mammogram secara percuma kepada wanita berusia 35 tahun keatas adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat untuk warga negeri Selangor.

Program Menyampaikan Sumbangan di Sungai Jati

Sungai Jati, Klang, 27 Mac 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri satu program yang dianjurkan untuk menyampaikan bantuan sumbangan kepada anak-anak yatim, golongan OKU dan ibu tunggal.

Dalam program tersebut, seramai 17 orang anak yatim, 12 orang OKU serta ibu-ibu tunggal telah menerima bantuan sumbangan.

Turut disampaikan adalah kunci rumah PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin) kepada para penerima. Menurut YB Dr Xavier, rumah PPRT yang dibina kini adalah lebih berkualiti kerana dibina dari batu-bata keseluruhannya berbanding sebahagiannya kayu sebelum ini. Rumah tersebut juga dilengkapi dengan lampu dan kipas serta bumbung yang dicat dengan warna biru menunjukkan rumah yang baru dibina.
Klang, 26 Mac 2011 - Seramai 46 orang wanita, kebanyakannya adalah guru dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Batu Ampat telah dihantar untuk menjalani pemeriksaan mammogram secara percuma.

Kumpulan kelima dari DUN Sri Andalas ini telah dihantar seawal pukul 7.30 pagi. Program yang mendapat perhatian YB Dr Xavier Jayakumar ini adalah merupakan Skim Kesihatan Wanita iaitu Mammogram Selangor, ataupun singkatannya MammoSEL.

Pemeriksaan mammogram secara percuma untuk wanita berusia 35 tahun keatas telah dimulakan di DUN Sri Andalas sejak 27 Disember 2010. Wanita yang berusia 35 tahun disarankan untuk mendaftar di pejabat DUN masing-masing untuk dapatkan pemeriksaan mammogram secara percuma yang dibiayai Kerajaan Negeri Selangor.  
Taman Sri Andalas, Klang, 21 Mac 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri satu majlis menyampaikan sumbangan kepada surau-surau di sekitar DUN Sri Andalas.

Bertempat di perkarangan Surau An Najihin, majlis tersebut telah diadakan selepas sembahyang Isya'. Sebanyak lima buah surau dan dua persatuan telah menerima sumbangan. 

Hadir dalam majlis tersebut adalah ahli-ahli majlis dalam kawasan DUN Sri Andalas iaitu Encik Abdul Manap Yusoff, Encik Azmi Jusoh dan Encik PS Rajoo serta Ketua Kampung Kg. Jawa, Tuan Haji Ismail Abdullah. 

Turut diberi kepada wakil-wakil surau yang hadir adalah akhbar Selangor Kini untuk diedarkan kepada orang ramai sekitar surau masing-masing.
23 Mac 2011 - Berikut disiarkan kenyataan akhbar oleh Ahli MPT KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.
Batu Gajah, Perak, 20 Mac 2011 -YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Negeri Selangor telah meluangkan masa ke Cabang Keadilan Batu Gajah bagi menyempurnakan program pelancaran Buku Jingga dan Seminar ‘Masyarakat India Abad 21’ petang tadi.

Turut hadir ialah YB Sivakumar Speaker Dun Perak merangkap Adun Tronoh, Perak, Sdra Lee Soo Har Ketua Cabang, AJK Cabang Batu Gajah  dan beberapa orang lagi ahli Panel yang membentangkan kertas seminar masing-masing.

Dalam ucapan alu-aluannya Dr. Xavier menegaskan bahawa parti-parti dalam Pakatan Pakyat iatu Keadilan, DAP dan Pas adalah komited untuk merealisasikan agenda yang terkandung dalam Buku Jingga  dalam memastikan ianya terlaksana apabila Pakatan Rakyat berjaya menjejak kaki ke Putrajaya.

Tegas beliau kerajaan UMNO/BN telah gagal sejak 53 tahun merdeka dalam membina sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan Negara yang makmur sebaliknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan UMNO/BN telah memainkan isu perkauman yang sempit dalam usaha menarik perhatian rakyat untuk terus menyokong mereka.

Saratok, Sarawak, 15 Mac, 2011 - YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor telah meluangkan masa menziarahi mangsa-mangsa kebakaran di Rumah Unding, Sungai Jerak, Ulu Krian dekat sini. 

Kebakaran tersebut berlaku pada 14 Mac, 2011 yang memusnahkan keseluruhan 20 pintu rumah dengan isi rumah seramai 150 orang. Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah dikejarkan ke Hospital Saratok akibat melecur seluruh badan tetapi malangnya meninggal dunia 2 hari kemudiannya.

Beliau yang ditemani oleh bakal calon Keadilan Dun Krian, Ali Ak Biju dan beberapa orang jawatankuasa Dun Krian telah meninjau tapak kebakaran tersebut dan kemudiannya menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Projek 'River Of Life' Disisih Dari ETP?

SHAH ALAM 16 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan berhubung projek 'River of Life' bagi pembersihan Sungai Klang di bawah Program Transformasi Ekonomi atau ETP.

Khalid melalui satu kenyataan medianya berkata, tuntutan itu dibuat beliau dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Datuk Seri Najib Razak semalam.

Menurut Khalid, beliau mahu Najib menjelaskan mengapa tiada sebarang perkara substantif yang dilakukan dalam menjayakan projek berkenaan walaupun mesyuarat telah diadakan dan dipengerusikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Khalid juga menyatakan kekecewaan apabila timbul beberapa persoalan mengenai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses membuat keputusan berkaitan projek tersebut.
Ulu Krian, 14 Mac 2011 – Dalam rangka kerja lawatan ke negeri Sarawak, YB Dr Xavier Jayakumar telah membuat lawatan keadaan penduduk di rumah panjang di Ulu Krian.

Hasil lawatan mendapati keadaan sekitar rumah panjang tersebut begitu daif. Jalan yang menghubungkan rumah panjang tersebut telah dibina hanya dengan batu kerikil sejak 20 tahun lamanya. Penduduk telah dijanjikan dengan jalan yang ditar setiap kali pilihanraya diadakan namun janji tersebut sehingga kini tidak dikotakan.

Begitu juga keadaannya dengan bekalan elektrik, kesemua penduduk terpaksa membeli sendiri generator bagi unit rumah masing-masing. Petrol dibeli dari pekan Seratok dan penggunaannya berkos RM200 hingga RM250 setiap bulan dan lebih sekiranya menggunakan generator yang lebih besar.

Kabel elektrik sebenarnya terdapat disepanjang jalan yang dibina, namun untuk mendapatkan pemasangan ke rumah individu perlu mendapatkan tandatangan dan sokongan ADUN. YB Dr Xavier Jayakumar diberitahu hanya mereka yang setia dan mematuhi syarat-syarat tertentu akan diberi sambungan kabel elektrik, bagi yang tidak maka sambungan kabel elektrik tidak akan dibuat.  

Kontroversi Injil: Hishamuddin Lepas Tangan

SHAH ALAM 14 MAC : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin dibidas kerana dilihat cuba lari daripada tanggungjawabnya menyelesaikan kontroversi penahanan 35,000 kitab Injil berbahasa Melayu di Perlabuhan Klang dan Perlabuhan Kuching dan meletakkan beban itu dibahu Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Selepas dikritik hebat pelbagai pihak, Hishamuddin akhirnya berkata pihaknya menunggu nasihat daripada Gani dalam mengambil sebarang tindakan.

EXCO Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab, Hishamuddin harus berani membuat keputusan dan tidak bersikap lepas tangan.

"Saya tidak tahu pula hal ini kena dibawa kepada Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan sebagainya. Hishamuddin harus bertanggungjawab pada kuasa yang dia ada. Dia tidak boleh suruh orang lain tentukan bidang kuasa dia dalam isu ini."

"Jadi sekarang ini kita nampak Hishamuddin lari dari tanggungjawab dia. Tak tahu dia takut ke ape. Sekarang orang sarawak tunggu saja," kata Dr Xavier.

MP Sivarasa Dilarang Masuk Sarawak

Ahli parlimen Subang, YB R Sivarasa telah dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.

Sivarasa memberitahu Malaysiakini beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar.

Kedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.

“Saya ditahan di kaunter imigresen dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah,” katanya.
Klang, 10 Mac 2011 – Lebih 5,000 hadiri Majlis Sambutan 3 Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dianjurkan oleh ADUN Sri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar yang juga merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Bertempat di Dewan Sukan MPK Taman Sri Andalas, majlis bermula pada pukul 8 malam, namun seawal pukul 7 malam, orang ramai telah mula hadir ke dewan tersebut. 

Majlis sambutan asalnya dirancang untuk diadakan di Taman Rakyat, Taman Seri Andalas, namun disebabkan pihak polis tidak memberikan kelulusan, majlis sambutan diadakan di Dewan Sukan MPK Taman Sri Andalas. Kehadiran lebih 5,000 mengakibatkan trafik sesak di kawasan dewan disebabkan kurangnya petak parkir serta kawasan yang lebih kecil berbanding tempat asal.

Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir adalah Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud dan YDP Pas Kota Raja, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Ronnie Liu, Adun Port Dickson, YB Ravi, ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei, Adun Sekinchan, YB Ng Suee Lim, Ketua AMK Kota Raja, Azmizam Zaman Huri dan Ahli-ahli Majlis dalam kawasan DUN Sri Andalas.
Tarikh : 10hb Mac 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 hingga 11.00 mlm
Tempat : Dewan Sukan Sri Andalas, Taman Seri Andalas, Klang

Bersempena dengan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor oleh Pakatan Rakyat, satu majlis sambutan akan diadakan di Dewan Sukan Sri Andalas, Taman Sri Andalas, Klang pada 10 Mac 2011, Khamis dari jam 8 hingga 11 malam.

Majlis sambutan ini dianjurkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga merangkap ADUN Sri Andalas.

Tetamu-tetamu kehormat yang dijemput hadir dan antaranya dijadualkan memberi ucapan pada malam tersebut adalah:

Merlimau: 78.98 Peratus atau 8,435 Mengundi

Laporan Langsung di Merlimau


BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi.
Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.



5.30pm: Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi.
Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008.

5pm: Proses pengundian di tujuh pusat mengundi di Merlimau dtamat. Kesemua peti undi sedang dibawa ke Dewan Platinum, Politeknik Merlimau untuk dijumlahkan.

4.40pm: 76.87 peratus atau 8,181 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 4 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

3.39pm: Hujan lebat turun di bahagian utara DUN Merlimau, bermula dari Kampung Lipat Kajang.
Ditanya sama ada ia akan menjejaskan sasaran PAS untuk mendapatkan 78 peratus pemilih keluar mengundi hari ini, pengarah bilik gerakan parti itu di Merlimau, Jasme Tompang berkata pihaknya masih berharap.
"Pengundi masih keluar mengundi di Tenang, walaupun berlaku banjir," katanya.
PAS, katanya, percaya mempunyai peluang untuk menang dengan majoriti tipis sekitar 61 undi, sekiranya cukup pemilih yang keluar mengundi hari ini, terutama pengundi atas pagar dan mereka yang pertama kali mengundi, yang terdiri daripada 15 peratus jumlah pengundi di Merlimau.

3.30pm: Di SRJK(C) Merlimau, selepas tersebarnya dakwaan berlakunya pembelian undi, kira-kira 200 meter dari sekolah tersebut, sentimen penyokong menjadi panas, dan berlaku insiden jerit-menjerit.
Seorang penyokong DAP, Tuw Ah Mei, menunjukkan wang kertas RM10 pada penyokong BN, manakala yang lainnya menyanyikan lagi Tahun Baru Cina "Gong Xi Gong Xi", sebagai membayangkan bahawa penyokong BN telah mendapat habuan yang baik, dalam pilihan raya kecil kali ini.

Laporan Langsung di Kerdau


5.50pm: 83 peratus atau 7,480 pemilih keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjangka kesemua 22 kotak undi dari 13 daerah pengundian akan sampai di pusat penjumlahan di Dewan Tun Razak pada 7 malam.
Beliau berkata, ia tidak akan mengambil masa yang panjang kerana tidak ramai pengundi di setiap saluran pengundian - purata antara 350 hingga 400 pengundi tiap satu.

5pm: Tempoh pengundian tamat dan kesemua 13 pusat pengundian ditutup.
Pegawai pengurus pilihan raya Datuk Tarif Abdul Rahman berkata semua peti undi di DUN itu dijangka tiba di pusat penjumlahan sebelum pukul 7 petang.
Pusat penjumlahan bagi pilihan raya kecil ini ialah Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.
"Proses penundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan," katanya lagi, seperti dilaporkan Bernama.

4.15pm: Setakat jam 4 petang, jumlah keluar mengundi ialah 7,336 atau 81.5%.
Jumlah ini adalah melebihi rekod 80.3% yang keluar mengundi dalam pilihan raya umum 2008 bagi DUN Kerdau.

3.27pm: Jumlah keluar mengundi meningkat kepada 7,149 (79.44%) sehingga jam 3 petang.

2.25pm: Seramai 6,805 pengundi (75.62%) telah keluar mengundi sehingga jam 2 petang.

2pm: Kesesakan teruk berlaku di sebatang jalan yang menghubungkan pusat mengundi di Rumpun Makmur dan Kerdau.
Keadaan itu hampir menyebabkan kenderaan yang melalui jalan berkenaan tidak bergerak langsung.

1.25pm: Jumlah keluar mengundi hingga hingga jam 1 petang telahpun mencatat angka 6,467 pengundi – 71.86%.

1pm: Ramai petugas dan golongan yang hadir ke kawasan pengundian mengambil peluang untuk berehat, termasuk sekumpulan aktivis daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).
Kumpulan aktivis berkenaan pada awalnya dilihat menyertai kumpulan petugas BN.
Kelihatan beberapa orang daripada mereka sedang bermain ping pong di hadapan bilik gerakan MBFM yang terletak kira-kira 30 meter daripada SK Jengka 25.

SHAH ALAM 6 MAC: Kerajaan Selangor sudah menyediakan rancangan pembangunan negeri untuk tempoh tiga tahun akan datang melalui program yang dinamakan ‘Agenda Selangor Untuk Rakyat’.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perancangan ini menumpukan aspek pembangunan negeri dalam usaha meneruskan fokus kerajaan negeri untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor.

“Kita juga tidak lama lagi akan melancarkan plan tiga tahun Selangor ‘Agenda Selangor Untuk Rakyat’ yang akan dipersembahkan 26 Mac ini yang merangkumi semua aspek pembangunan Negeri Selangor,” katanya.

Khalid berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, di sini malam tadi. 

“Pakatan Rakyat mengubah paradigma bahawa bukan rakyat yang meminta, tetapi kerajaan yang dipilih akan menyerahkan kepada rakyat yang menjadi tuan kepada pentadbiran. Merakyatkan ekonomi disokong oleh Buku Jingga,” ujar Khalid lagi.

PR Komited Pastikan Rakyat Selangor Terus Maju

SHAH ALAM 5 MAC : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat hari ini di Selangor berjaya menukar paradigma pemikiran yang bertitik tolak daripada konsep rakyat datang 'meminta-minta' terhadap kerajaan kepada rakyat adalah 'tuan kepada kerajaan' selaras dengan agenda perjuangan Pakatan Rakyat yang mengangkat Ketuanan Rakyat.

Khalid berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, di sini.  

Beliau berkata lagi pembelaan kerajaan Selangor kepada warga pendidik dan bidang pendidikan terbukti apabila kini guru KAFA menerima gaji berjumlah RM1,300. Malahan kerajaan negeri turut memberi penekanan khas kepada pembangunan pendidikan dan prasarana Sekolah Agama Rakyat , Sekolah Jenis Tamil Dan Cina dengan memberi peruntukan yang besar setiap tahun berbanding kerajaan terdahulu.

Tan Sri Khalid juga menjelaskan bahawa sambutan tiga tahun Pakatan Rakyat Selangor yang lebih utama ialah untuk memastikan bahawa pelaksanaan segala agenda dapat dijalankan dengan baik dan rakyat menerima hasil gerak kerja yang dirangka selama ini demi kebajikan rakyat.
JUMAAT 4 Mac , Temerloh Pahang - YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor telah meluangkan masa untuk lawatan rumah ke rumah (walk-about) di Kampung Kerdau, Temerloh, Pahang yang menempatkan lebih 30 keluarga India. Lawatan tersebut turut disertai oleh YB Muthiah, Adun Bukit Melawati dan beberapa orang pemimpin muda Pakatan Rakyat (PR) setempat. Mereka telah melawat beberapa keluarga India di pekan Kerdau dan mendengar permasalahan mereka. Kebanyakan  mereka tidak berpusahati kerana kerajaan BN sediada telah gagal untuk memberi geran kekal untuk tanah mereka sebaliknya masih mengekalkan TOL. Oleh itu selama lebih 30 tahun mereka dijanjikan geran kekal tapi hingga ke hari ini kerajaan BN masih gagal menunaikan janji mereka.

Dr. Xavier kemudiannya menyampaikan ceramah kelompok di salah sebuah rumah penyokong PR di pekan Kerdau yang turut disertai oleh calon Pas yang bertanding, Hasannudin Salim dan YB M. Ravi Adun Port Dickson  dan beberapa orang pemimpin PR yang lain.
Kenyataan Media
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor


Ahli EXCO Selangor Ambil Tindakan Saman Malu Ke Atas Free Malaysia Today dan Wartawannya

YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor (Adun Seri Andalas) telah mengarahkan peguam beliau Derek J. Fernandez melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah untuk menyaman portal laman web Free Malaysia Today dan wartawannya B. Nantha Kumar .

Ini berikutan tersiarnya sebuah artikel  oleh portal  laman web tersebut pada 22 Februari bulan lepas bertajuk “Xavier Pleads To Be Retained As Exco” yang antara lain mengatakan bahawa ahli Exco berkenaan telah merayu kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dikekalkan dalam barisan Exco Negeri Selangor 

Dalam kenyataan media pada 24 Februari 2011 yang lepas, Dr. Xavier menafikan sekeras-kerasnya laporan itu dan sebaliknya mengatakan bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk memburuk-buruk imej beliau sebagai Exco Negeri Selangor 

Klang, 27 Februari 2011 - Bertempat di Dewan Sukan Taman Sri Andalas, sebanyak 35 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan beregu terbuka yang dianjurkan oleh DUN Sri Andalas.

Pertandingan yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang tersebut disertai 32 pasukan beregu lelaki dan 3 pasukan beregu perempuan. Pertandingan dijalankan dalam format 'kalah mati' dan perlu mendapat 21 mata secara penuh.

Pertandingan-pertandingan badminton yang sering kali diadakan bukan sahaja untuk menanam budaya sukan dan amalan hidup secara sihat di kalangan penduduk di DUN Sri Andalas bahkan merapatkan hubungan orang ramai untuk turun bersama-sama dan beramah mesra.

Trofi dan hadiah wang tunai telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar kepada para peserta.

Berikut adalah keputusan pertandingan:
top