Shah Alam, 28 Mac 2011 – Stadium Melawati yang boleh memuatkan 20,000 orang telah dipenuhi dalam Program Solat Hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

Program yang ditunjangi oleh PAS itu telah menunjukkan komitmen setia kawan dan simpatinya terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta tidak menunjukkan sebarang kegoyahan berikutan fitnah video seks oleh trio Datuk T.

Antara yang hadir pada malam itu adalah barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Presiden PAS, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah, Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang lain.

Turut hadir sasterawan negara, Datuk A Samad Said.


Program solat hajat tersebut diimamkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kemudiannya diteruskan dengan pidato.

Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya membuat bacaan doa, bermunajat memohon petunujuk dan kebenaran menolak fitnah.








0 comments:

top