PR Komited Pastikan Rakyat Selangor Terus Maju

SHAH ALAM 5 MAC : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat hari ini di Selangor berjaya menukar paradigma pemikiran yang bertitik tolak daripada konsep rakyat datang 'meminta-minta' terhadap kerajaan kepada rakyat adalah 'tuan kepada kerajaan' selaras dengan agenda perjuangan Pakatan Rakyat yang mengangkat Ketuanan Rakyat.

Khalid berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, di sini.  

Beliau berkata lagi pembelaan kerajaan Selangor kepada warga pendidik dan bidang pendidikan terbukti apabila kini guru KAFA menerima gaji berjumlah RM1,300. Malahan kerajaan negeri turut memberi penekanan khas kepada pembangunan pendidikan dan prasarana Sekolah Agama Rakyat , Sekolah Jenis Tamil Dan Cina dengan memberi peruntukan yang besar setiap tahun berbanding kerajaan terdahulu.

Tan Sri Khalid juga menjelaskan bahawa sambutan tiga tahun Pakatan Rakyat Selangor yang lebih utama ialah untuk memastikan bahawa pelaksanaan segala agenda dapat dijalankan dengan baik dan rakyat menerima hasil gerak kerja yang dirangka selama ini demi kebajikan rakyat.


Sementara itu Exco Kerajaan Selangor Dr Hassan Ali berkata selama tiga tahun Pakatan Rakyat mentadbir Selangor menjadi perangsang kepada kerajaan untuk terus berusaha memastikan rakyat negeri Selangor menjadi negeri termaju dalam erti kata yang sebenarnya.

 " Apa yang selayaknya yang dapat dilakukan kepada rakyat Selangor untuk melayakkan rakyat Selangor maju dalam erti kata sebenarnya dalam aspek ekonomi,politik dan sahsiah di mana hampir 5.4 juta penduduk negeri Selangor  berada di hadapan di antara negeri-negeri Malaysia," katanya.

Dr Hassan Ali juga menegaskan pelaksanaan program yang memberikan manafaat kepada rakyat seperti Skim Mikrokredit yang berjumlah RM50 juta telah berjaya diagihkan kepada yang memerlukan untuk membina kehidupan yang lebih selesa.

Sementara itu Naib Pengerusi DAP Dr Tang Seng Gaw berkata selepas Mac 2008, prestasi empat buah negeri ini semakin baik apa pelaburan asing yang masuk ke negeri Pakatan Rakyat terus meningkat dan cukup memberangsangkan. 

"Keadaan negeri Selangor banyak menarik pelabur di harap lebih ramai pelabur asing datang ke negeri ini pada masa akan datang," katanya.

Karnival Sambutan Tiga Tahun Kerajaan Negeri Selangor ini turut disertai 40 jabatan kerajaan yang akan menjawab persoalan daripada rakyat mengenai sampah, kutipan sampah, jalan dan longkang dan sebagainya serta mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau KUIS.


Sumber: TVSNEWS

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Merujuk kepada gaji guru KAFA naik kepada RM1300.

Kami guru dari daerah Klang belum mendapat jumlah gaji yang disebutkan sehingga hari ini. (27-3-2011)

Terima kasih.

top