Tarikh : 10hb Mac 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 hingga 11.00 mlm
Tempat : Dewan Sukan Sri Andalas, Taman Seri Andalas, Klang

Bersempena dengan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor oleh Pakatan Rakyat, satu majlis sambutan akan diadakan di Dewan Sukan Sri Andalas, Taman Sri Andalas, Klang pada 10 Mac 2011, Khamis dari jam 8 hingga 11 malam.

Majlis sambutan ini dianjurkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga merangkap ADUN Sri Andalas.

Tetamu-tetamu kehormat yang dijemput hadir dan antaranya dijadualkan memberi ucapan pada malam tersebut adalah:


YB Datuk Sri Tan Sri Dato Abdul Khalid Bin Ibrahim – Dato Menteri Besar Selangor
YB Datuk Sri Anwar Bin Ibrahim – Penasihat Ekonomi Negeri Selangor / Ketua Umum PR
YB Tuan Azmin Bin Hji Ali -  Ahli Parlimen Gombak / Timbalan Presiden PKR
YB Tuan Saifuddin Nasution Bin Ismail – Ahli Parlimen Machang / Setiausaha Agung PKR
YB Tuan Chua Tian Chang – Ahli Parlimen Batu / Naib Presiden PKR
YB Datuk Haji Mahfuz Bin Omar - Ahli Parlimen Kuala Muda / Naib Presiden PAS
YB Datuk Teng Chang Kim – Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor
YB Tuan Dr. Xavier Jayakumar – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
YB Puan Dr. Hajah Mariah Bt Mahmud – Ahli Parlimen Kota Raja 
YB Tuan Mat Suhaimi Bin Shafie – Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda
YB Tuan Khalid Bin Samad - Ahli Parlimen Shah Alam
YB Tuan Ng Suee Lim – Ahli Dewan Undangan Negeri, Sekinchan
YB Tuan Siva Kumar – Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, Perak
YB Tuan Charles Santiago – Ahli Parlimen Klang

Majlis sambutan ini, dijangkakan akan menarik lebih 5,000 orang untuk mendengar ucapan isu-isu semasa, program Kerajaan Negeri serta amanah yang akan diberikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Orang ramai dijemput hadir mendapatkan informasi terkini, mendaftar program-program Kerajaan Negeri Selangor seperti Skim TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor), MUES (Mesra Usia Emas) dan sebagainya. Kaunter Pendaftaran Pemilih juga akan dibuka pada hari tersebut. Turut dibuka gerai-gerai jualan makanan dan minuman.  

Para petugas media, wartawan dan jurufoto dijemput hadir membuat liputan.

0 comments:

top