JUMAAT 4 Mac , Temerloh Pahang - YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor telah meluangkan masa untuk lawatan rumah ke rumah (walk-about) di Kampung Kerdau, Temerloh, Pahang yang menempatkan lebih 30 keluarga India. Lawatan tersebut turut disertai oleh YB Muthiah, Adun Bukit Melawati dan beberapa orang pemimpin muda Pakatan Rakyat (PR) setempat. Mereka telah melawat beberapa keluarga India di pekan Kerdau dan mendengar permasalahan mereka. Kebanyakan mereka tidak berpusahati kerana kerajaan BN sediada telah gagal untuk memberi geran kekal untuk tanah mereka sebaliknya masih mengekalkan TOL. Oleh itu selama lebih 30 tahun mereka dijanjikan geran kekal tapi hingga ke hari ini kerajaan BN masih gagal menunaikan janji mereka.
Dr. Xavier kemudiannya menyampaikan ceramah kelompok di salah sebuah rumah penyokong PR di pekan Kerdau yang turut disertai oleh calon Pas yang bertanding, Hasannudin Salim dan YB M. Ravi Adun Port Dickson dan beberapa orang pemimpin PR yang lain.
0 comments:
Post a Comment