Kenyataan Media
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor


Ahli EXCO Selangor Ambil Tindakan Saman Malu Ke Atas Free Malaysia Today dan Wartawannya

YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor (Adun Seri Andalas) telah mengarahkan peguam beliau Derek J. Fernandez melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah untuk menyaman portal laman web Free Malaysia Today dan wartawannya B. Nantha Kumar .

Ini berikutan tersiarnya sebuah artikel  oleh portal  laman web tersebut pada 22 Februari bulan lepas bertajuk “Xavier Pleads To Be Retained As Exco” yang antara lain mengatakan bahawa ahli Exco berkenaan telah merayu kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dikekalkan dalam barisan Exco Negeri Selangor 

Dalam kenyataan media pada 24 Februari 2011 yang lepas, Dr. Xavier menafikan sekeras-kerasnya laporan itu dan sebaliknya mengatakan bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk memburuk-buruk imej beliau sebagai Exco Negeri Selangor 


Hari ini syarikat guaman itu telah menghantar Notis Tuntutan (Notice of Demand) kepada kedua-dua defendan tersebut agar memohon maaf dan menarik balik artikel dan membayar sejumlah kos gantirugi yang berpatutan  dalam tempuh 7 hari dari tarikh notis tersebut.

Notis yang sama akan juga dihantar kepada akhbar berbahasa tamil, Tamil Nesan yang turut menyiarkan laporan yang sama pada 23 Februari yang lepas.

Bersama ini disertakan salinan Notis Tuntutan untuk rujukan.


YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor
(Adun Seri Andalas)

Tarikh : Khamis 03 Mac, 2011



0 comments:

top