Kenyataan Media
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Ahli EXCO Selangor Ambil Tindakan Saman Malu Ke Atas Free Malaysia Today dan Wartawannya
YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor (Adun Seri Andalas) telah mengarahkan peguam beliau Derek J. Fernandez melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah untuk menyaman portal laman web Free Malaysia Today dan wartawannya B. Nantha Kumar .
Ini berikutan tersiarnya sebuah artikel oleh portal laman web tersebut pada 22 Februari bulan lepas bertajuk “Xavier Pleads To Be Retained As Exco” yang antara lain mengatakan bahawa ahli Exco berkenaan telah merayu kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dikekalkan dalam barisan Exco Negeri Selangor
Dalam kenyataan media pada 24 Februari 2011 yang lepas, Dr. Xavier menafikan sekeras-kerasnya laporan itu dan sebaliknya mengatakan bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk memburuk-buruk imej beliau sebagai Exco Negeri Selangor



