Batu Gajah, Perak, 20 Mac 2011 -YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Negeri Selangor telah meluangkan masa ke Cabang Keadilan Batu Gajah bagi menyempurnakan program pelancaran Buku Jingga dan Seminar ‘Masyarakat India Abad 21’ petang tadi.
Turut hadir ialah YB Sivakumar Speaker Dun Perak merangkap Adun Tronoh, Perak, Sdra Lee Soo Har Ketua Cabang, AJK Cabang Batu Gajah dan beberapa orang lagi ahli Panel yang membentangkan kertas seminar masing-masing.
Dalam ucapan alu-aluannya Dr. Xavier menegaskan bahawa parti-parti dalam Pakatan Pakyat iatu Keadilan, DAP dan Pas adalah komited untuk merealisasikan agenda yang terkandung dalam Buku Jingga dalam memastikan ianya terlaksana apabila Pakatan Rakyat berjaya menjejak kaki ke Putrajaya.
Tegas beliau kerajaan UMNO/BN telah gagal sejak 53 tahun merdeka dalam membina sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan Negara yang makmur sebaliknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan UMNO/BN telah memainkan isu perkauman yang sempit dalam usaha menarik perhatian rakyat untuk terus menyokong mereka.




