Showing posts with label DUN Seri Andalas. Show all posts
Showing posts with label DUN Seri Andalas. Show all posts

Program Jom Shopping Back to School

Pada 25 November yang lalu, Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Seri Andalas telah menjalankan program Jom Shopping Back to School.

Program ini telah dijalankan di pasaraya Giant Hypermarket Jalan Kebun. Penerima-penerima insentif program ini adalah anak-anak dari golongan berpendapatan rendah dalam DUN Seri Andalas.

Hadir bersama dalam program adalah Ketua Kampung Teluk Menegon, Tuan Ahmad Fahmi Hanapiah dan Ketua Kampung Kg Sg Kandis, Tuan Hj Miswan Hj Saleh.








Majlis Penyampaian Bayaran Skim Mesra Usia Emas

Klang, 15 Ogos 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada hari ini menyampaikan bayaran Skim Mesra Usia Emas di Dewan Taman Klang Jaya.

Majlis yang bermula sejak pukul 9.00 pagi turut dihadiri Penghulu Mukim Jalan Kebun, Encik Abdul Wahab Othman dan Ketua Kampung Sungai Kandis, tuan Haji Miswan.
















Klang, 4 Julai 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar bersama sukarelawan mengedar bubur lambuk di sekitar DUN Seri Andalas sempena Ramadhan. Sebanyak 3,000 lebih bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai.

Program adalah anjuran bersama Pejabat ADUN Seri Andalas bersama Angkatan Muda Keadilan Kota Raja. Turut hadir mengedar bubur lambuk adalah ketua-ketua kampung, ahli-ahli majlis dan para pemimpin setempat.







Pada 14 Jun 2015 yang lalu, YB Dr. Xavier Jayakumar ADUN Seri Andalas telah menyampaikan sumbangan bulan Ramadhan di Program Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H yg diadakan di Masjid Al-Muhsinin Kg Sg Kandis. Majlis telah diadakan selepas solat Isyak, jam 9 malam.

Sebanyak 41 buah surau di dalam DUN Seri Andalas menerima sumbangan untuk aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan.

Turut hadir adalah YB Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Ketua Kampung Kg Sg Kandis, Ketua Kampung Kg Teluk Menegon, Tuan Hj Ehsan, Nazir Masjid Al-Muhsinin Kg Sg Kandis, Ustaz Nasir, Nazir Masjid Al- Barakah, Ahli Majlis MBSA Zon 15 Sdra Manaf Yusuff.

Penyelaras mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.











Klang, 11 Mac 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar menyampaikan bayaran skim Mesra Usia Emas di Pejabat Daerah Klang.
Sebanyak 42 keluarga dari DUN Seri Andalas terima RM1500 masing-masing sebagai bayaran kali kedua.




Chap Goh Meh di Tiong Sheng Keng Kampung Jawa

Sekitar sambutan Chap Goh Meh di Tiong Sheng Keng Kampung Jawa pada 5 Mac 2015.





Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas 2015

Sekitar majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas di Sou Gui Miao, Taman Saujana Jati, Klang pada 28 Februari 2015.









top