Pada 14 Jun 2015 yang lalu, YB Dr. Xavier Jayakumar ADUN Seri Andalas telah menyampaikan sumbangan bulan Ramadhan di Program Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H yg diadakan di Masjid Al-Muhsinin Kg Sg Kandis. Majlis telah diadakan selepas solat Isyak, jam 9 malam.

Sebanyak 41 buah surau di dalam DUN Seri Andalas menerima sumbangan untuk aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan.

Turut hadir adalah YB Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Ketua Kampung Kg Sg Kandis, Ketua Kampung Kg Teluk Menegon, Tuan Hj Ehsan, Nazir Masjid Al-Muhsinin Kg Sg Kandis, Ustaz Nasir, Nazir Masjid Al- Barakah, Ahli Majlis MBSA Zon 15 Sdra Manaf Yusuff.

Penyelaras mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.











0 comments:

top