25 Keluarga Dapat Rumah Baru Sempena Ramadhan

Tanjong Karang, 7 Ogos, 2010 - Kerajaan Prihatin Pakatan Rakyat  Negeri  Selangor telah menyerahkan rumah bina baru  kepada 4 keluarga masyarakat India serta 21 keluarga lain  dalam satu Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Kerajaan Prihatin di Dewan warga Emas, Tali Air 2, Ban 3, Sungai Burong, Tanjong Karang, Selangor petang hari ini.
 
Secara keseluruhannya seramai 25 keluarga di kalangan rakyat miskin dan berpendapatan rendah di daerah Kuala Selangor telah menerima kunci rumah masing-masing dalam majlis tersebut. Sebuah rumah yang mempunyai 2 atau 3 bilik berharga RM25,000 hingga RM30,000 setiap satu.

YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menyempurnakan majlis  yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi (Upen), pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sungai Burong, beberapa orang Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan pemimpin Keadilan Cabang Tanjong Karang.
 
Dalam ucapan beliau , YB Xavier mengaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat komited dalam memastikan golongan yang berpendapatan rendah turut mendapat sebuah rumah yang agak selesa dan layanan baik kerajaan negeri tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik mereka.
 

Ujarnya lagi program bina baru rumah ini adalah sebahagian dari program pembasmian kemiskinan bagi membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah.
 
Ujarnya lagi Kerajaan Negeri menyediakan sekim bantuan Mikro Kredit bagi membantu mereka-mereka ini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dibawah kendalian  YB Dato’ Hasan Ali, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau juga menyarankan agar semua ketua-ketua kampung dan ketua-ketua komuniti India menyebarkan maklumat tentang program-program bantuan kesihatan yang meliputi bantuan pembedahan katarak mata, kemudahan dialysis dan pembedahan kecil yang tidak melebihi RM5,000.    

Tegas beliau lagi kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian bagi membantu lebih 6,000 keluarga di kalangan penanam padi yang berada di bawah paras kemiskinan di daerah Sabak Bernam dan sebahagian Kuala Selangor  kerana keadaan ini akan memberi impak negatif terhadap sosio- ekonomi setempat memandangkan daerah ini merupakan jelapang padi dan pengeluar beras terbesar di Negeri Selangor.



0 comments:

top