Kuala Selangor,  07 Ogos, 2010 - Kerajaan Prihatin Pakatan Rakyat  Negeri  Selangor telah menyumbang 5 buah mesin jahit kepada perkumpulan wanita India di Ladang Raja Musa, Kuala Selangor pada hari ini.

YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kerjaan Negeri Selangor telah merasmikan Pusat Latihan Jahitan Komuniti - di Dewan Masyarakat Taman Manikavasagam, Ladang Raja Musa, Kuala Selangor .

Pada majlis tersebut YB Dr. Xavier telah  menyarankan  supaya mereka menggunakan kemudahan yang diberi oleh Kerajaan Negeri untuk menaik  taraf kehidupan mereka.

Sejumlah 5 unit mesin jahit eletrik telah diserahkan untuk digunakan oleh perkumpulan wanita bagi mengambil upah menjahit yang mana dapat menambahkan pendapatan mereka. Sebuah mesin jahit bernilai RM2,000.

Buat masa ini seramai 24 orang wanita telah menyertai kelas latihan menjahit yang di adakan di dewan Ladang berkenaan. Kira-kira 8 sesi latihan jahitan diadakan dalam sebulan.

Kelas tersebut dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar  yang merupakan  penduduk tempatan.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi (Upen), beberapa orang Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan pemimpin Keadilan Cabang Tanjong Karang.


0 comments:

top