14 & 15 Ogos 2010 : 12 tahun yang lalu, pada tahun 1998, seramai 400 keluarga telah dipindahkan dari Ladang Prang Besar, Sedgeley, Galloway dan Madingley. Mereka ini diusir keluar dari ladang mereka kerana tanah itu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk membina Putrajaya.
Masyarakat ladang ini disumbat dalam Flats Taman Permata yang dibina secara tergesa-gesa diatas kawasan paya. Akibatnya, hidup masyarakat ini merana malah taraf hidup mereka telah turun. Sejak mereka pindah ke flats ini, banyak masalah yang dihadapinya, terutama struktur flats yang tidak stabil dan juga paip gas yang berhampiran. Bukan itu sahaja, sistem paip dan sistem kumbahan yang tidak sempurna, serta retakan di flats menyebabkan flats ini tidak sesuai dan selamat untuk diduduki.
Banyak memorandum dan surat telah dihantar kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam masa 12 tahun ini, akan tetapi sehingga kini tiada maklumbalas yang positif. Maka demi untuk mengutarakan isu keadaan flats Taman Permata ini, lebih 150 wakil penduduk flats ini telah berkhemah di jalan utama Dengkil selama 24 jam supaya orang luar dan juga kerajaan melihat isu mereka.
Protes berkhemah ini bermula pada pukul 4 petang pada 14 Ogos 2010 dengan ucapan dari wakil Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata. Sejurus selepas ucapan wakil penduduk , pihak polis telah datang ke kawasan itu dan suruh para penduduk bersurai dalam masa 15 minit. Wakil dari pihak jawatankuasa serta komrad –komrad dari Parti Sosialis Malaysia telah cuba berbincang dengan pihak polis dan memberi kepastian bahawa ketenteraman awam tidak akan dikacau. Ini adalah isu penduduk yang hidup dalam keadaan yang tidak selamat. Selepas beberapa pusingan perbincangan, pihak polis pun tidak menghalang program ini tetapi berada di seberang jalan untuk memantau keadaan.