Sungai Terap, Tanjung Karang, 7 Mei 2011 - Majlis Penyampaian Surat Tawaran Program Bantuan 'Blueprint' Pembasmian Kemiskinan Kerajaan Negeri Selangor telah dirasmikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar selaku Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.

Majlis telah diadakan dari pukul 10 pagi hingga 1 tengahari di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Terap, Tanjug Karang.

Sebanyak 47 kunci telah diberikan kepada keluarga-keluarga penerima yang terdiri daripada pelbagai bangsa dibawah program Blueprint.

Kebanyakan keluarga yang menerima bantuan terdiri daripada tukang jahit yang bekerja dari rumah, pekerja-pekerja gerai makanan serta mereka yang berpendapatan rendah dari sekitar Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Batang Berjuntai (Bestari Jaya).


Dr Xavier juga mengambil kesempatan untuk melawat keluarga-keluarga miskin pada hari ini di Kuala Selangor dan Pejabat Daerah Kuala Selangor telah menguruskan hamper untuk diberikan kepada mereka bagi meringankan sedikit beban kewangan.   
















0 comments:

top