Showing posts with label Blueprint Kemiskinan. Show all posts
Showing posts with label Blueprint Kemiskinan. Show all posts
SABAK BERNAM 20 JULAI – Sabak Bernam menjadi daerah paling ramai menerima bantuan peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dari mula ia diwujudkan sehingga kini.

Setakat Jun 2011, seramai 211 permohonan diluluskan dengan 74 peserta daripadanya dari Sabak Bernam, Kuala Selangor (47), Gombak (38) dan Hulu Selangor (48).

Salah seorang penerima bantuan, Mohd Haata Juni, 52, berkata, peralatan Chest Freezer 450 L yang diterima melalui program bantuan itu membantu mengembangkan lagi perniagaan membekalkan ais yang diusahakannya.

“Sebelum ini saya membekalkan ais secara kecil-kecilan di majlis kenduri, melihat perniagaan ini berpotensi untuk dimajukan, saya membuat permohonan bantuan peralatan dengan hasrat boleh membekalkan lebih banyak ais bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.

Mohd Haata berkata, perusahaan membekalkan ais mampu dijadikan dana tambahan bagi menampung pendapatan yang diperoleh sebagai pekebun kecil.
Sungai Terap, Tanjung Karang, 7 Mei 2011 - Majlis Penyampaian Surat Tawaran Program Bantuan 'Blueprint' Pembasmian Kemiskinan Kerajaan Negeri Selangor telah dirasmikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar selaku Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.

Majlis telah diadakan dari pukul 10 pagi hingga 1 tengahari di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Terap, Tanjug Karang.

Sebanyak 47 kunci telah diberikan kepada keluarga-keluarga penerima yang terdiri daripada pelbagai bangsa dibawah program Blueprint.

Kebanyakan keluarga yang menerima bantuan terdiri daripada tukang jahit yang bekerja dari rumah, pekerja-pekerja gerai makanan serta mereka yang berpendapatan rendah dari sekitar Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Batang Berjuntai (Bestari Jaya).
 
 
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor semalam telah menyampaikan Surat Tawaran Bantuan “Blueprint” Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor 2010 kepada 85 peserta dari daerah Klang dan daerah Petaling.

85 peserta daripada jumlah 244 orang yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Penerima Bantuan Peralatan “Blueprint” bagi tahun ini telah menerima  bantuan peralatan perniagaan seperti mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, motor roda tiga, mesin penguli tepung (mixer), mesin pembakar (oven) mesin ABC, stall bergerak, set kerusi meja dan paying serta pelbagai peralatan lain.

“Kami berharap bantuan peralatan perniagaan ini dapat membantu para peserta untuk meningkatkan hasil pengeluaran produk agar ianya menjadi produktif,” kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Y.B  Tuan Dr. Xavier Jayakumar ketika merasmikan Majlis Penyampaian Surat Tawaran
Bantuan “Blueprint” Pembasmian Kemiskinan di Hotel Quality semalam.
Sabak Bernam, 15 Oktober 2009 -Seramai 210 individu telah menerima bantuan peralatan Blueprint Kemiskinan di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan Negeri Selangor.



Program Mesra Rakyat, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan Negeri Selangor juga diadakan pada petang hari tersebut dimana 200 angpow sebanyak RM50 setiap satu telah diberikan kepada golongan miskin tersebut:
  • 50 anak yatim
  • 50 ibu tunggal
  • 50 warga emas
  • 50 komuniti India

Dr Xavier Jayakumar hadir menyerahkan bantuan peralatan Blueprint Kemiskinan serta angpow kepada golongan-golongan yang dikhaskan menerimanya.



top