SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor semalam telah menyampaikan Surat Tawaran Bantuan “Blueprint” Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor 2010 kepada 85 peserta dari daerah Klang dan daerah Petaling.
85 peserta daripada jumlah 244 orang yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Penerima Bantuan Peralatan “Blueprint” bagi tahun ini telah menerima bantuan peralatan perniagaan seperti mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, motor roda tiga, mesin penguli tepung (mixer), mesin pembakar (oven) mesin ABC, stall bergerak, set kerusi meja dan paying serta pelbagai peralatan lain.
“Kami berharap bantuan peralatan perniagaan ini dapat membantu para peserta untuk meningkatkan hasil pengeluaran produk agar ianya menjadi produktif,” kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Y.B Tuan Dr. Xavier Jayakumar ketika merasmikan Majlis Penyampaian Surat Tawaran
Bantuan “Blueprint” Pembasmian Kemiskinan di Hotel Quality semalam.