SABAK BERNAM 20 JULAI – Sabak Bernam menjadi daerah paling ramai menerima bantuan peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dari mula ia diwujudkan sehingga kini.
Setakat Jun 2011, seramai 211 permohonan diluluskan dengan 74 peserta daripadanya dari Sabak Bernam, Kuala Selangor (47), Gombak (38) dan Hulu Selangor (48).
Salah seorang penerima bantuan, Mohd Haata Juni, 52, berkata, peralatan Chest Freezer 450 L yang diterima melalui program bantuan itu membantu mengembangkan lagi perniagaan membekalkan ais yang diusahakannya.
“Sebelum ini saya membekalkan ais secara kecil-kecilan di majlis kenduri, melihat perniagaan ini berpotensi untuk dimajukan, saya membuat permohonan bantuan peralatan dengan hasrat boleh membekalkan lebih banyak ais bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.

Mohd Haata berkata, perusahaan membekalkan ais mampu dijadikan dana tambahan bagi menampung pendapatan yang diperoleh sebagai pekebun kecil.
Menurutnya, usaha itu selaras dengan hasratnya untuk menyara keluarga dan menyediakan wang saku salah seorang anak yang belajar di luar negara.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran kepada penerima Bantuan Peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan di Rumah Rehat Kelab Rekreasi, di sini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim.
Antara peralatan yang diluluskan adalah mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, motor roda tiga, mesin penguli tepung, mesin pembakar, mesin ABC, gerai bergerak dan pelbagai peralatan lain.
Seorang pengusaha kerepek tempe, Siti Maznah Ramli, 44, berkata, mesin penghiris tempe yang diterima membantu meningkatkan pengeluaran produknya yang diusahakan sekitar awal 2010 lalu.
Sumber: Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment