Bukit Aman, 5 Julai 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menyertai satu perhimpunan candlelight vigil iaitu perhimpunan sambil menyalakan lilin tanda protes terhadap penahanan enam orang aktivis PSM (Parti Sosialis Malaysia) di luar pintu masuk Bukit Aman pada hari ini.

Keenam-enam aktivis PSM yang ditahan tersebut adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D. Michael Jeyakumar, 56, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Sarat Babu a/l Raman, 25.

Mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.

Hadir bersama-sama Dr Xavier adalah YB Dr Nasir, YB Gan Pei Pei, ahli keluarga mereka yang ditahan serta para penyokong yang berhimpun secara aman kira-kira selama sejam sebelum diminta oleh polis untuk bersurai kerana bimbang kerana 'kebakaran mungkin berlaku disebabkan lilin yang dinyalakan'.

Jumlah yang hadir protes penahanan enam aktivis PSM tersebut adalah lebih 60 orang, hampir menyamai jumlah polis yang berkawal disitu dan difahamkan bahawa perhimpunan candlelight vigil akan diteruskan pada hari-hari yang akan datang pada masa dan tempat yang sama sehingga dimaklumkan kelak.












0 comments:

top