SHAH ALAM 12 JULAI - Kerajaan negeri berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menjimatkan kos selepas mengambilalih pengurusan pembersihan awam daripada Alam Flora kerana PBT tidak perlu membayar komisyen kepada orang tengah seperti pihak Alam Flora.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan Ronnie Liu Tian Khiew berkata kerajaan negeri mengarahkan agar semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya mengambil alih kerja-kerja pemerbersihan awam yang sebelum ini dikendalikan oleh Alam Flora Sdn Bhd (AFSB).

“Hal ini berikutan kerana terdapat banyak aduan yang diterima daripada orang awam terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Alam Flora.Sehubungan dengan itu pihak konsesi PBT terpaksa menanggung hutang berikutan daripada masalah berkenaan,” jelas Ronnie di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Tambah Ronnie ,kerajaan negeri berharap dengan perubahan ini prestasi pembersihan awam dan kos kecekapan dapat dipertingkatkan.

“Berdasarkan daripada mesyuarat yang telah diadakan, setiap PBT menyatakan kemampuan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan awam berkenaan.

Walaubagaimanapun, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah kekangan kewangan untuk melaksanakannya,” jelas Ronnie.

0 comments:

top