Showing posts with label Fitnah Liwat 2. Show all posts
Showing posts with label Fitnah Liwat 2. Show all posts

Stand Up For Change. Justice For Malaysia

Dear Brothers and Sisters,

I write to you at a time when our country is at the crossroads of change. The question is whether this change will propel us into a brighter future or whether we will remain suppressed and dictated to.

I say this because the time has come for us to play a role in the future of Malaysia. It is the ordinary rakyat who has the power to bring about change. We must have the courage to stand up and be counted because all is not well.

In light of what has happened to Sdr Anwar Ibrahim, who has played a crucial role in trying to bring about change the country badly needs, we must stand united and show support for him and his family.

From young we have been taught the difference between right and wrong. It is a time to stand up for what is right. Y.B. Charles Santiago (Member of Parliament for Klang) and I will hold a peaceful candle light vigil at Chetty Padang, Klang on the 15th Feb 2015, Sunday @ 7pm in solidarity not only for Anwar’s family but also for the future of our country.

I hope and pray you and your congregation will be present to show support for the change needed in Malaysia. COME with your friends and families. Stand united in a hope that the struggle for justice will prevail. Together ordinary Malaysians will make the difference.

Dr. Xavier Jayakumar
Vice President
Parti Keadilan Rakyat
Sungai Buloh, 12 Februari 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat serta orang ramai di Candle Light Vigil dihadapan penjara Sungai Buloh menunjukkan solidariti terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.









Keputusan mahkamah yang mengekalkan sabitan bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah Liwat 2 adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Ini sekali gus menguatkan lagi dakwaan institusi kehakiman tidak bebas serta tunduk kepada tuan politik mereka yang rakus mahu mempertahankan kuasa dalam apa jua cara sekalipun. 

Lihat sahaja penghakiman yang dibuat berdasarkan dapatan mahkamah yang mendapati Saiful Bukhari adalah seorang saksi yang berwibawa jelas bertentangan dan tidak konsisten dengan bukti-bukti yang dibentang dan dihujah pihak pembelaan.  Seolah-olah memejamkan mata, telinga dan hati, mereka melangkah keluar meninggalkan tempat duduk masing-masing apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim berucap didalam kamar. Apakah ini satu standard kehakiman yang cuba ditunjukkan oleh institusi kehakiman di Malaysia? Ketika sejarah hitam Nelson Mandela diadili di mahkamah oleh hakim-hakim rejim apartheid kulit putih pun, mereka duduk mendengar Nelson Mandela berucap selama 2 jam 15 minit!

Penghakiman yang jelas konspirasi politik terancang ini bukan sahaja dikecam oleh rakyat terbanyak di Malaysia, malah seluruh dunia. Mereka mengutuk penghakiman ini dan menyatakan kebimbangan atas ketidakadilan yang berlaku keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jika ketidakadilan seperti ini boleh berlaku kepada individu seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim, apatah lagi kepada rakyat biasa yang terbanyak.

Saya percaya konspirasi politik bertujuan mematikan kerjaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini tidak akan melemahkan kebangkitan rakyat malah menguatkan lagi semangat untuk berjuang menuntut keadilan.

Dengan kebangkitan rakyat ini, saya menyeru angota-anggota KEADILAN diseluruh negara dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bersatu menguatkan jentera parti dan memperkukuh permuafakatan untuk memastikan kerajaan zalim Barisan Nasional ini ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang.


YB DR. XAVIER JAYAKUMAR
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

11 FEBRUARI 2015
Mahkamah Persekutuan hari ini dimaklumkan terdapat jurang dalam bukti DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan semasa perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Peguam Sangeet Kaur Deo berhujah, terdapat jurang menghubungkan DNA yang ditemui pada tiga item di sel penjara Anwar, dengan DNA pada dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketiga-tiga barang itu ialah - berus gigi, botol air mineral dan tuala "Good Morning" - yang didakwa digunakan Anwar semasa ditahan semalaman untuk siasatan pada Julai 2008.

"DNA dalam rektum Saiful dan DNA dalam tiga item itu sepadan. Tetapi siapa pemilik DNA itu? Mereka tidak tahu, lalu menamakannya 'Lelaki-Y'," katanya dalam hujah menyokong permohonan membatalkan sabitan kes liwat itu.
29 Oktober 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar bersama-sama penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim di luar Istana Kehakiman, Putrajaya.




28 Oktober 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar bersama-sama penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim di luar Istana Kehakiman, Putrajaya.


Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau akan dipenjarakan bahkan mungkin lebih lama daripada tempoh lima tahun sebagaimana yang diputuskan ekoran kes liwatnya kerana mendakwa proses mahkamah terlalu bias terhadapnya.

Atas dasar itu, ketua umum PKR itu mendedahkan pemimpin negara luar termasuk bekas naib presiden Amerika, Al Gore dan presiden Irish Mary Robinson menasihatkan beliau semasa kunjungannya ke  London baru-baru ini agar tidak pulang ke Malaysia dan masuk penjara.

Beliau juga berkata, keengganan Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam memberikan waktu tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan adalah cubaan terakhir yang terpaksa beliau hadapi.
Lima hakim Mahkamah Persekutuan sekarang sedang bersidang bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permonan beliau untuk mengenepikan peguam Tan Sri Muhammad Syafee Abdullah sebagai ketua pendakwa dalam rayuan kes liwatnya.

Anwar memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan dan notis rayuan kepada Pendaftar Mahkamah Persekutuan pagi ini.

Pendengaran dengan notis yang singkat itu ditetapkan selepas peguam Karpal Singh dan Sivarara Rasiah menemui Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria di pejabatnya petang ini.

Perbicaraan ke atas rayuan pendakwaan kes liwat ditetapkan selama dua hari mulai esok.

Liwat Fitnah II : Anwar Diarah Membela Diri

KUALA LUMPUR 16 MEI : Seperti yang dijangka, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri atas pertuduhan liwat fitnah kedua.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohamad Diah memutuskan bahawa pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti-bukti "prima facie" dan Ketua Pembangkang itu perlu membela diri.

Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun ini bagi Anwar membela diri atas pertuduhan liwat fitnah kedua itu.

Zabidin mendakwa keterangan pengadu Saiful Bukhari Azlan boleh diterima sebagai kebenaran dan beliau seorang yang "berwibawa".

Dalam keterangannya Saiful antara lain mengaku beliau sempat makan karipap dan minum kopi setelah "dipaksa" oleh Anwar melakukan jenayah itu. 
top