Showing posts with label Hari Ilmu Selangor. Show all posts
Showing posts with label Hari Ilmu Selangor. Show all posts

Hari Ilmu Selangor 2011 Buat Kelainan

SHAH ALAM 27 Mei – Atas kejayaan sambutan hebat daripada pembaca di negeri Selangor dalam Hari Ilmu Selangor pada tahun lalu, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sekali lagi akan menganjurkan ‘Hari Ilmu’ bermula pada 24 Jun sehingga 3 Julai ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata sambutan Hari Ilmu Selangor ini juga meletakkan harapan kepada pemimpin-pemimpin di sekitar untuk memainkan peranan dalam menguar-uarkan konsep hari ilmu kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Ujar beliau, kempen ini merupakan di antara proses dan inisiatif kerajaan negeri dalam mendidik rakyat supaya sedar akan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian.

“Tetapi konsep kali ini kita mahu dipanjangkan, diperluaskan dan juga menjangkau lebih ramai lagi kita punya pembaca, itu adalah konsep kita nak membudayakan ilmu pembacaan ini.”
top