Kampung Jawa, 12 Ogos 2012 - Program Agihan Bubur Lambuk yang dianjurkan Pejabat ADUN Seri Andalas dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja pada hari ini mendapat sambutan luar biasa orang ramai sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Program yang dijangkakan berakhir pada jam 7 petang telah berakhir seawal jam 5.45 petang. Sebanyak 3,300 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai.

Hadir mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai adalah ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar, Ketua AMK Kota Raja, saudara Azmizam Zaman Huri dan Ahli Majlis MBSA, Encik Manaf.

Dr Xavier menyampaikan bubur lambuk
Encik Manaf turut sibuk mengagihkan bubur lambuk
Turut serta dalam program ini adalah blogger terkenal, saudara Amizuddin Mamat yang kebetulan berada disitu. 

Orang ramai telah mula singgah untuk mengambil bubur lambuk seawal jam 4 petang. Turut berhenti untuk menerima bubur lambuk adalah pemandu-pemandu bas, pemandu-pemandu teksi dan para pegawai polis yang bertugas pada hari itu.

Pemandu bas turut terima bubur lambuk
Lagi pemandu bas terima bubur lambuk

Trafik sesak

Menyampaikan kepada pemandu teksi

Saudara Azmizam dan Amizuddin sempat bermesra dengan pegawai bertugas

Bubur lambuk untuk pasukan peronda

Kebanyakan orang ramai yang turun menerima bubur lambuk sempat mengucapkan tahniah kepada YB Dr Xavier dan Ahli Majlis diatas kesungguhan dan kejayaan yang dilakukan Pakatan Rakyat semenjak mengambil alih Selangor pada tahun 2008. Tidak kurang hebohnya orang ramai yang lalu lalang dihadapan tapak agihan melaungkan slogan "Hidup Pakatan!".

Orang ramai dari peringkat usia muda sehingga warga emas yang hadir dapat mengenali wakil rakyat mereka dan ini membuktikan wakil rakyat mereka telah menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan, namun seperti kata YB Dr Xavier - masih banyak usaha yang perlu dilakukan. 

Penunggang muda: "Eh, ini Dr Xavier!"
Dr Xavier: "Jangan lupa pakai helmet, jaga keselamatan diri" 

Sempat bergambar dan bertanya khabar

Para petugas telah berada di tapak agihan sejak jam 10 pagi. Turut membantu adalah petugas-petugas sukarelawan cilik. Walaupun berpuasa, petugas-petugas cilik yang hadir bersama ibubapa mereka ini, bertugas sehingga ke akhir program dan mereka melakukannya dengan penuh ceria.

Membungkus bubur lambuk

Menyediakan bahan memasak

Memasak bubur lambuk

Rasalah bubur lambuk yang sedap!
Bergambar pada akhir program

YB Dr Xavier Jayakumar dan saudara Azmizam Zaman Huri mengucapkan terima kasih kepada para petugas yang berusaha menjayakan program ini dan terima kasih kepada orang ramai yang terus memberikan sokongan.

1 comments:

Anonymous said...

Great and good job done. Pls continue to serve people your continues task wil fruitful. This has to be carry out every month. Talk to people move with them.allocate your time for people, listen to the voices and take immd action. Look at ghandi ji, moving with right people and his humble approach had in our thoughts til today. Sir we have hope in you and you can make it happen.

top