KUALA LUMPUR: “Sekiranya penstrukturan industri air dapat dilaksanakan dan pengagihan bekalan air adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, proses migrasi ini boleh dipercepatkan,” kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar A. Samad.
Jelasnya dalam satu kenyataan, migrasi adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Syabas.
Pada awalnya, kata beliau Syabas memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik barulah migrasi boleh dijalankan.
Tetapi, ujarnya setelah diadakan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Syabas, Syabas telah bersetuju agar peratus ini dikurangkan.
Menurutnya, dan ketika Syabas dipanggil ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) awal tahun ini, CEO Syabas, Datuk Lee Miang Koi berjanji kepada Menteri Besar untuk membenarkan 2 sistem di dalam sebuah pangsapuri, satu sistem meter pukal dan satu sistem meter individu.
Jelasnya dalam satu kenyataan, migrasi adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Syabas.
Pada awalnya, kata beliau Syabas memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik barulah migrasi boleh dijalankan.
Tetapi, ujarnya setelah diadakan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Syabas, Syabas telah bersetuju agar peratus ini dikurangkan.
Menurutnya, dan ketika Syabas dipanggil ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) awal tahun ini, CEO Syabas, Datuk Lee Miang Koi berjanji kepada Menteri Besar untuk membenarkan 2 sistem di dalam sebuah pangsapuri, satu sistem meter pukal dan satu sistem meter individu.
Kata beliau, ini bermakna bagi pemilik yang tidak memberi kerjasama untuk migrasi akan menggunakan meter pukal dan tidak akan mendapat air percuma 20 meter padu, sementara mereka yang bekerjasama akan menggunakan meter individu dan akan mendapat air percuma.
“Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan 2 program untuk memudahkan penduduk di pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal mendapat air percuma iaitu Program Kupon Air dan Program Lapor Dan Dapat.
“Program Kupon Air ini terlalu rumit dan telah digantikan dengan Program Lapor Dan Dapat pada bulan Mac tahun ini,” jelasnya yang juga Adun Chempaka.
Iskandar menambah, bagi Program Lapor Dan Dapat, penduduk melalui JMB atau MC perlu melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan PBT akan memberitahu Syabas untuk memberi potongan pada bil meter pukal.
Katanya, JMB atau MC kemudian akan membuat potongan 20 meter padu pada bil-bil individu setiap kediaman.
Menurutnya, setelah dilaksanakan Program Lapor Dan Dapat, hanya 12 pangsapuri kos rendah yang belum mendapat air percuma 20 meter padu.
Selepas ini, ujarnya Program Lapor Dan Dapat ini akan diperluaskan ke pangsapuri kos sederhana seperti Mentari Court yang menjadi tumpuan media sekarang.
“Saya menasihatkan penduduk mendesak JMB dan MC mereka supaya mempercepatkan penyertaan mereka ke dalam Program Lapor Dan Dapat dengan mengisi borang yang khas yang disediakan.
“Ia hanya memerlukan seorang AJK JMB atau MC pergi ke pejabat PBT dan mengisi borang tersebut yang hanya mengambil masa 10 minit,” katanya.
Dalam kes Mentari Court itu, ujar beliau proses migrasi adalah dalam peringkat akhir.
Beliau menjelaskan bahawa sebarang ketidakpuasan hati perlulah ditujukan kepada Syabas.
Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan Syabas agar proses migrasi ini dipercepatkan.
Justeru, kata beliau sekiranya penstrukturan industri air dapat dilaksanakan dan pengagihan bekalan air adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri, proses migrasi ini boleh dipercepatkan.
“Kerajaan negeri buat masa ini tidak akan membayar tunggakan kepada mereka yang tidak mendapat air percuma. Perkara telah saya jelaskan semasa Sidang Dewan Negeri pada bulan Mac lepas,” ujarnya.
Sumber: HarakahDaily
1 comments:
YB Iskandar, besarlah harapan saya sekiranya YB dapat menyelesaikan masalah kenaikkan tarif air di Taman Cheras Awana Fasa 5. Saya telahpun menghantarkan emel kepejabat tuan tetapi tiada maklum balas sehingga hari ini. Penduduk taman ini tidak dapat menikmati air percuma Kerajaan Selangor dan baru-baru ini SYABAS telah menukar status kediaman dari kos rendah kepada kos sederhana sekaligus menaikkan tarif dari 80sen ke RN1.38sen. Harap YB dapat memberi perhatian segera. Terima kasih.
Post a Comment