Showing posts with label Lawatan DUN Sri Andalas. Show all posts
Showing posts with label Lawatan DUN Sri Andalas. Show all posts

Lawatan Turun Padang Warga Emas Sungai Kandis

Kampung Sungai Kandis, 1 Julai 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada hari ini menziarahi warga emas di Kampung Sungai Kandis.

Turut serta dalam program ini adalah Ketua Kampung Kg Sungai Kandis dan Encik Abdul Manaf, Ahli Majlis MBSA dan para sukarelawan.

Dalam program ziarah ini, setiap warga emas menerima hamper makanan seperti lazimnya diadakan pada program-program ziarah warga emas pada bulan Ramadhan.





Menziarahi Warga Emas di Kampung Jawa

Kampung Jawa, 5 Julai 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada hari ini menziarahi warga emas di Kampung Jawa untuk bertanya khabar dan melihat keadaan mereka.

Dalam program ziarah ini, setiap warga emas menerima hamper makanan seperti lazimnya diadakan pada program-program ziarah warga emas pada bulan Ramadhan.

Turut serta dalam program pada jam 9:30 pagi ini adalah Ketua Kampung Kg Jawa dan para sukarelawan.











Lawatan Warga Emas Teluk Menegon

Pada 27 Jun 2015, YB Dr. Xavier Jayakumar telah membuat lawatan keatas lima keluarga di Teluk Menegun. Hadir bersama beliau menyampaikan sumbangan hamper adalah Ketua Kampung Teluk Menegon, En. Fahmi dan Penghulu, Encik Abdul Wahab. 



DUN Seri Andalas, 1 Februari 2014 - YB Dr Xavier  membuat lawatan dari rumah ke rumah di kawasan Teluk Menegun dan Taman Maznah.

Hadir bersama adalah Encik Nallasamy, Encik Manivanan dan Encik Kannan, sukarelawan yang bertanggungjawab untuk 16 buah rumah dikawasan tersebut.







Menyampaikan Bantuan di Menara Maju

YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini telah mengadakan lawatan untuk menyampaikan bantuan hamper deepavali dan angpow kepada sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak OKU di Menara Maju.

Lawatan telah dihadiri bersama dua orang sukarelawan Encik Nallasamy dan Encik Tamilmaran.

Taman Kandis Permai, 7 Julai 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar membuat lawatan ke rumah Encik Redzuan yang di serang angin ahmar di Taman Kandis Permai. Hadir bersama beliau adalah Encik Faisal, setiausaha surau As Shuhadak.


Klang, 26 Februari 2011 - Seperti kebiasaannya, pagi hari Sabtu merupakan masa YB Dr Xavier Jayakumar turun padang melawat sekitar DUN Sri Andalas sambil bertanya khabar dan beramah mesra bersama orang ramai.

Pada pagi ini, YB Dr Xavier melawat pasar pagi Penghulu Abu Bakar di Jalan Sungai Jati, Klang. Turut bersama-sama beliau adalah Ahli Majlis Perbandaran Klang, PS Rajoo dan dari PAS Kota Raja, Encik Azmi. 

Lawatan seperti ini memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan untuk berjumpa YB Dr Xavier di pejabat untuk menceritakan masalah dan mendapatkan pandangan serta bantuan. Orang ramai turut diedarkan borang dan pamplet mengenai Skim TAWAS dan MUES oleh Encik PS Rajoo serta petugas-petugasnya.

Dalam pada beramah mesra bersama orang ramai, Dr Xavier turut menyerah dan mengedarkan akhbar Selangor Kini dan Selangor Times yang merupakan sumber maklumat sebenar tentang program-program yang dijalankan di sekitar negeri Selangor oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
top