Klang, 26 Februari 2011 - Seperti kebiasaannya, pagi hari Sabtu merupakan masa YB Dr Xavier Jayakumar turun padang melawat sekitar DUN Sri Andalas sambil bertanya khabar dan beramah mesra bersama orang ramai.

Pada pagi ini, YB Dr Xavier melawat pasar pagi Penghulu Abu Bakar di Jalan Sungai Jati, Klang. Turut bersama-sama beliau adalah Ahli Majlis Perbandaran Klang, PS Rajoo dan dari PAS Kota Raja, Encik Azmi. 

Lawatan seperti ini memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan untuk berjumpa YB Dr Xavier di pejabat untuk menceritakan masalah dan mendapatkan pandangan serta bantuan. Orang ramai turut diedarkan borang dan pamplet mengenai Skim TAWAS dan MUES oleh Encik PS Rajoo serta petugas-petugasnya.

Dalam pada beramah mesra bersama orang ramai, Dr Xavier turut menyerah dan mengedarkan akhbar Selangor Kini dan Selangor Times yang merupakan sumber maklumat sebenar tentang program-program yang dijalankan di sekitar negeri Selangor oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
















0 comments:

top