SHAH ALAM 9 FEB : Kerajaan Negeri Selangor akan mengeluarkan satu laporan lengkap berhubung aset air negeri dalam usaha penyusunan semula struktur industri air negeri.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebelum ini tiada usaha menyeluruh yang diambil untuk mengenalpasti keseluruhan jumlah, lokasi-lokasi serta nilai aset air Negeri Selangor.

Laporan lengkap ini merupakan salah satu usaha memastikan pengambil-alihan industri air Selangor dibuat secara adil.

"Penyediaan laporan ini adalah satu usaha bagi memastikan  pengambil-alihan industri air Selangor daripada empat konsesi air dibuat secara adil kepada semua pihak," katanya.

Dalam laporan ini akan menyenaraikan keseluruhan jumlah, lokasi serta nilai aset kepunyaan negeri.

Laporan ini antara lain mengambil kira maklumat kejuruteraan dan teknikal berkaitan bekalan air dan pengurusan pemprosesan air, loji-loji rawatan air, paip bekalan, empangan serta sistem pam juga diberi perhatian 'due deligance' teknikal dan penswastaan harta tetap (fixed asset sighting).


Laporan ini dijangka siap pada Mac depan dan kerajaan negeri berharap syarikat konsesi berkaitan akan memberi kerjasama penuh supaya laporan tepat dapat disiapkan.

"Ini memberikan peluang kepada syarikat konsesi mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang berlipat-lipat ganda. Malah dokumen perjanjian konsesi, syarikat konsesi dibenar menggunakan aset-aset tersebut tanpa dikenakan bayaran," katanya.

Tambah Khalid, ini merupakan tanggungjawab kerajaan negeri sebagai pemegang amanah rakyat.

"Sebagai pemegang amanah kepada rakyat, kerajaan negeri bertanggungjwab untuk membuat inventori dan penilaian kesemua aset air yang bernilai lebih RM10 billion," katanya lagi.

Penyusunan semula industri air Selangor merupakan langkah komited Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kepentingan rakyat sentiasa terbela selari dengan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor".



Sumber: TVSNEWS

0 comments:

top