Klang, 27 Februari 2011 Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat sangat mengambil berat mengenai kesihatan rakyat di negeri ini. Staitstik menunjukkan bahawa wanita berumur 35 tahun ke atas  berisiko untuk mendapat penyakit kanser payudara. Kos untuk menjalani pemeriksaan mammogram bagi wanita pada masa kini amat tinggi, manakala perkhidmatan pemeriksaan tersebut di hospital-hospital kerajaan juga adalah amat terhad.

Mamogram ialah pemiriksaan payudara menggunakan sinar-X yang memaparkan kelenjar susu, lemak dan saluran darah serta kelenjar di dalam ketiak. Pemeriksaan ini di lakukan oleh juruadiografi. Doktor pakar radiologi akan meneliti filem bagi mengesan penyakit payudara, samada menghidapi kanser atau tidak.

Di DUN Sri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar sangat bimbang kerana ramai wanita tidak mempunyai kesedaran mengenai kepentingan mammogram. YB Dr Xavier menegaskan kepentingan wanita berusia 35 tahun keatas untuk menjalani pemeriksaan ini.

Menyedari kepentingan pemeriksaan mammogram, DUN Sri Andalas telah memulakan sesi pertama pemeriksaan pada 27 Disember 2010. Pada sesi tersebut, seramai 36 orang wanita telah dibawa dengan bas ke Forest Medical Group Hospital di Kepong yang dikoordinasi oleh Puan Devi. Lapan daripada mereka kemudiannya dipanggil semula untuk menjalani ultra-sound pada 2 Februari 2011 dan daripada lapan yang pergi, seorang kini menjalani rawatan. Puan Irusamah a/p Marimuthu sangat bersyukur kerana telah didiagnos awal dan berterima kasih kepada Dr Xavier dan Kerajaan Negeri Selangor. 


Sesi kedua kemudiannya telah pergi mendapatkan pemeriksaan pada 27 Januari yang lepas.

Pada hari ini, seramai 42 orang wanita menjalani pemeriksaaan. Perjumpaan telah dibuat pada pukul 7.30 pagi untuk pendaftaran di pejabat DUN Sri Andalas dan Dr Xavier sempat hadir mengikuti perkembangan sebelum kesemua peserta bertolak. 

Pada sesi kali ini En Tamilmaran (016-2008737) adalah koordinator dan Puan Vickneswary dan Puan Liza bertindak memimpini para peserta. Makanan tengahari turut diberi dan bas kemudiannya membawa pulang kesemua peserta pada pukul 2.30 petang.






1 comments:

Unknown said...

Well done Dr Xavier

top