JHOA Ugut Masyarakat Orang Asli

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHOA) sepatutnya berlaku adil dan mempermudahkan masyarakat Orang Asli membuat pilihan sendiri dalam PRK Hulu Selangor sebaliknya mereka bertindak sebagai 'salah sebuah komponen BN' dengan mengugut masyarakat kaum asal ini sekiranya mereka menggundi calon Keadilan, Datuk Zaid Ibrahim.

Ini yang dinyatakan Elizabeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor dalam satu taklimat dengan petugas-petugas sukarelawan di kalangan NGO dan aktivis Orang Asli.

Tegas beliau selaku Exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal orang Asli di negeri Selangor, BN semakin terdesak apabila mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Orang Asli sendiri untuk turun ke beberapa perkampungan Orang Asli di daerah Hulu Selangor bagi memberi tekanan terhadap Tok Batin dan masyarakat Orang Asli untuk menggundi calon BN.

Tegas beliau lagi pegawai-pegawai JHOA juga seharusnya bersikap tidak berpihak sebaliknya telah menghalang dan mengugut petugas-petugas sukarelawan dari memasuki perkampungan Orang Asli.


Ujarnya lagi beliau akan membuat aduan rasmi kepada Suhakam, SPR dan beberapa badan-badan di peringkat antarabangsa pada satu masa yang sesuai ekoran penindasan dan tekanan terhadap masyarakat Orang Asli lebih-lebih lagi dalam PRK ini.


0 comments:

top