Baru-baru ini YB Dr Xavier Jayakumar telah turun padang melawat beberapa buah padang bolasepak di sekitar DUN Seri Andalas.

Antara padang-padang bolasepak yang dilawati beliau adalah padang di Kampung Jawa, Taman Maznah, Taman Saga, Taman Klang Jaya, Taman Desa Utama dan Taman Teluk Menegun.

Lawatan tersebut disertai Ahli Majlis, pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Klang, wakil Alam Flora, wakil Persatuan Penduduk serta beberapa ahli PKR Cabang Kota Raja.

Dalam lawatan tersebut, YB Dr Xavier mendapati keadaan padang-padang tersebut sangat menyedihkan kerana tidak terurus dan tidak diselenggara dengan baik. Penduduk-penduduk tidak dapat menggunakan padang tersebut dengan sepenuhnya kerana permukaan padang yang berlubang-lubang serta tiada tiang gol untuk digunakan.


Pada lawatan tersebut, aktiviti gotong-royong telah diadakan bagi memperbaiki, menyelenggara dan membersihkan padang-padang tersebut.

0 comments:

top