Seramai 59 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Kuala Kubu Bharu diletakkan dibawah kuarantin rumah sejak Selasa selepas 47 dari mereka dikesan menghidap simtom influenza A H1N1.

Anak-anak terbabit dikuarantin selepas pihak sekolah memaklumkan jabatan kesihatan daerah, apabila seorang murid dikesan positif untuk influenza A.

Timbalan Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata pihaknya menanti keputusan makmal menentukan berapa ramai murid yang menghidap selsema H1N1.

Sekolah itu mempunyai 508 murid.

Dr Hassan menggesa ibu-bapa supaya memantau anak masing-masing dan membawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan jika menghidap demam atau selsema.

Simtom yang perlu diberi perhatian termasuk kesukaran untuk bernafas atau pernafasan yang pantas, warna kulit kekelabuan atau kebiruan, tidak membuang air kecil atau tidak mengeluarkan air mata semasa menangis, muntah-muntah, cirit-birit, tidak bangun apabila dikejutkan, sakit tekak, rimas ketika disentuh, tekanan atau sakit di dada atau perut, pening secara tiba-tiba atau batuk teruk dan demam selepas pulih dari simtom selsema.

Dr Hassan juga meminta ibu-bapa untuk tidak menghantar anak-anak yang demam ke sekolah. Anak-anak ini harus diberi minum dan rehat sekucupnya, bubur dan minuman isotonik.

Pada 20 Mac lepas, 385 orang dimasukkan ke 43 hospital seluruh negara kerana selsema. 30 darinya menghidap influenza A. Dari April tahun lepas hingga 20 Mac, jumlah yang disahkan menghidap H1N1 mencecah 12,594 pesakit.

Jumlah kematian 77 orang.

Butiran perkhidmatan kesihatan membanteras H1N1 boleh dilayari di http://www. moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

top