Dun Batang Kali: Kedudukan Pondok Panas BN di SK Bukit Beruntung didakwa tidak mengikut arahan SPR yang sepatutnya sebarang pondok yang didirikan perlu ditempatkan 100 meter dari kawasan mengundi.

Petugas Pondok Panas, Ismail Hassan mempersoalkan hak istimewa ini yang dimiliki oleh BN tetapi tidak diberikan secara adil dan saksama kepada PR.

Beliau berkata pada jam lebih kurang 8 pagi tadi, pondok panas BN telah dilawati oleh Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed dan bertanya sendiri berhubung perkara ini.

Bagaimanapun, Mustapha memberi jawapan SPR membenarkan pondok panas BN boleh berada 50 meter dari kawasan mengundi yang bertentangan dengan peraturan SPR.

Ismail turut melahirkan rasa kecewa apabila tiada tindakan yang diambil terhadap petugas-petugas pondok panas BN di sini.

Beliau berkata perkara ini akan dipanjangkan kepada pegawai SPR yang bertugas ekoran ketiadaan hak sama adil ini.


Selain itu, beliau berkata ini juga menunjukkan jelas terdapat 2 undang-undang di negara ini yang bagi membela BN dan menghukum PR selama-lamanya.

Dalam pada itu, sejak jam 8 pagi tadi, jumlah pengundi yang keluar menunaikan kewajipan mereka di sini hamper 5 peratus dari 1410 yang sepatutnya keluar mengundi di sini.

Keadaan di sini agak terkawal dan setakat ini, pengundi Melayu, Cina dan orang Asal yang ramai keluar mengundi.


Sumber: TVSelangor

0 comments:

top