Exco Pekerja Ladang Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar telah turun padang dan seterusnya mengadakan dialog dengan penduduk Ladang Kelumpang, Bernam Jaya, Hulu Bernam, Hulu Selangor baru-baru ini.

Turut hadir dalam sesi dialog itu ialah YB Saari Sungip, pembantu kepada EXCO Perumahan Negeri Selangor serta pengurusan PKNS serta pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam.

Dalam sesi dialog itu Dr. Xavier menyarankan agar pekerja ladang tersebut menubuhkan sebuah badan bertindak untuk menyelesaikan masalah penempatan perumahan mereka di Bernam Jaya. Dengan adanya badan bertindak tersebut ia akan memudahkan pihak pengurusan PKNS menempatkan kira-kira 70 keluarga (hampir 90% terdiri dari masyarakat India) dari ladang tersebut untuk mendiami perumahan rumah teres kos rendah di Bernam Jaya.


Masalah penduduk bermula apabila kerajaan UMNO/BN dibawah Menteri Besar Muhamad Bin Muhd Taib melalui PKNS membeli tanah ladang tersebut dari syarikat perladangan KL Kepong sekitar tahun 90an untuk menjadikannya sebagai sebuah pusat Bandar baru bagi kawasan Hulu Bernam.

Walaubagaimanapun rancangan tersebut ‘terbengkalai’ ekoran kemelesetan ekonomi dan juga diseababkan pertukaran pucuk pimpinan negeri pada masa itu. Ekoran dari itu penempatan pekerja ladang tersebut juga turut dipinggirkan hinggalah ianya berbangkit semula sejak kebelakangan ini.

Kerajaan Negeri melalui PKNS sedang berusaha untuk menempatkan pekerja terlibat untuk membeli rumah teres kos rendah dua tingkat dengan harga RM42,000 dan kerajaan Negeri berharap penyelesain dapat dicapai dalam masa dua bulan.

Ujar Xavier lagi kerajaan BN Selangor dahulu telah meminggirkan keperluan masyarakat ladang tersebut lebih 20 tahun yang lalu dan seterusnya 'melepaskan masalah' tersebut untuk ditanggung oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau juga melahirkan rasa sedihnya terhadap sikap Ahli parlimen dari MIC yang telah mewakili kawasan tersebut selama 3 penggal yang lalu sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pada PRU Mac 2008 yang lalu.

Tegasnya lagi wakil parlimen MIC pada masa itu, Datuk G. Palanivel telah gagal menyelesaikan masalah tersebut dari dulu lagi kerana 90% dari pekerja ladang tersebut terdiri dari masyarakat India tetapi beranggapan pemimpin tersebut mengambil sikap tidak peduli dan telah mengabaikan pekerja-pekerja ladang tersebut.

Walaubagaimanapun Xavier menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak mempunyai masalah untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

Dalam majlis itu juga Xavier telah menyampaikan hamper barangan makanan kepada 48 orang ahli keluarga pekerja miskin di ladang tersebut.


0 comments:

top