Showing posts with label pekerja ladang. Show all posts
Showing posts with label pekerja ladang. Show all posts

KESIHATAN
 
1. Memerangi Denggi 
a) Mesyuarat telah diadakan sepanjang dua tahun yang lalu untuk memantau keadaan 
b) Memastikan majlis-majlis tempatan mempunyai  tenaga kerja yang mencukupi untuk menangani  masalah ini 
c) 2010: Mesyuarat dan perjumpaan di antara pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan ketua-ketua majlis tempatan supaya jawatankuasa tindakan bersama dibentuk di setiap majlis tempatan 
d) Seminar Denggi telah dijalankan dengan penglibatan pakar-pakar akademik dari Universiti Malaya dan pakar-pakar dari Singapura.

2. Wabak Influenza A (H1N1) (2009) 
a) Menyokong kempen peringkat kebangsaan terhadap H1N1 - mengedar poster, risalah. 
b) Mengagihkan 2000 facemask dan 1000 biji sabun  kepada setiap DUN

3. Seminar Kesihatan  
Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan beberapa seminar, antaranya; 
a) Masa Depan Sistem Penjagaan Kesihatan  Malaysia’ pada 18 Julai 2009 di Subang 
b) Sesi dialog antara MMA dan Kerajaan Negeri Selangor telah dijalankan di Holiday Villa Subang,  22 Ogos 2010. 
c) 22 Oktober 2010, Kempen Kesedaran Barah Payudara Awam dengan kerjasama MAKNA telah diadakan di SUK, Shah Alam untuk semua  penjawat awam.

4. Kem Kesihatan
a) Dua kem kesihatan setiap tahun pada 2008 dan 2009. Tumpuan akan diberikan kepada kawasan miskin dan berpendapatan rendah.  
b) 2010, Alumni Manipal bekerjasama dengan  kerajaan negeri dalam menguruskan kem-kem kesihatan. Berkepakaran dalam mengesan kanser  awal (ujian pap smear), ujian diabetes dan rawatan pergigian untuk mereka yang hadir kem kesihatan.
c) Kem-kem kesihatan lain: Kem Kesihatan dan Mata di Kg Sg Kandis

5. Bantuan Penjagaan Kesihatan
a) Subsidi Rawatan Hemodialisis untuk Pesakit Ginjal
• Pesakit miskin yang dipilih (kemiskinan pada  garis panduan RM1500 dan ke bawah) diberi RM60 setiap rawatan dialisis. 
• 2010 dasar bantuan hemodialisis diubah dengan subsidi RM2000
b) Pembedahan Katarak
• Satu program di mana kerajaan negeri akan  membayar bagi kanta intraocular yang digunakan dalam pembedahan katarak
c) Pembedahan Kecil
• Pembedahan kecil kos di bawah RM2000 diberikan subsidi untuk pesakit miskin yang terpilih. 
• Kos pembedahan melebihi RM2000, bantuan  dihadkan pada RM2000.
d) Sumbangan Peralatan Perubatan
• Kerajaan negeri telah menyumbangkan 1 mesin dialisis berharga RM50,000 kepada Persatuan Hemodialisis Klang 
• Bantuan kerusi roda khas kepada kanak-kanak bernilai RM2000-RM5000 setiap satu.

PEKERJA LADANG

1) Skim Perumahan Pekerja Ladang
• Menyempurnakan perumahan untuk pekerja Ladang Coalfield dan rundingan tanah bekas pekerja ladang Bukit Raja. 
• Highlands Estate, kerajaan negeri telah menyempurnakan penyerahan sebanyak 33 buah rumah. 
• Sedang dirundingkan termasuk Sg. Sedu, Semenyih Estate, Bukit Subang dan inisiatif baru pada tahun 2010 adalah Tumbuk Estate.

2) Bantuan Pengajian Tinggi untuk Anak-anak Pekerja-Pekerja Ladang
• Bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang datang daripada latar belakang Perladangan
• Geran sehingga RM 5000, yang telah dibayar terus ke universiti-universiti masing-masing

3) Latihan Kemahiran daripada INPENS International College
• Menaja kira-kira 50 orang pelajar India yang telah tamat SPM untuk mengikuti kursus Sijil Tahap 1 dan Tahap 2 di INPENS International College
• Pada tahun 2010, sebanyak 167 pelajar telah mendaftar untuk kursus.
• Contoh kursus disediakan: juruteknik sistem komputer, juruteknik automotif, juruteknik penghawa dingin, dandanan rambut,   kecantikan, menjahit, kejuruteraan mekanikal, juruteknik elektrik

4) Bantuan untuk sekolah­-sekolah Tamil di Ladang-ladang
• Sekolah-sekolah Tamil di ladang-ladang dipantau dengan rapi melalui lawatan kerap oleh pegawai-pegawai kepada EXCO
• Bantuan kewangan telah diberikan kepada sekolah-sekolah untuk kelas tambahan UPSR
• Bantuan kewangan telah diberikan untuk membina “Pondok Bacaan” di sekolah-sekolah termasuk meja, kerusi dan perabot asas juga aktiviti ko-kurikulum seperti pertandingan drama antara sekolah

5) Pembangunan Teknologi Maklumat di Sekolah Tamil
• 2009, RM256,000 telah diperuntukkan bagi pembinaan dan menyiapkan 3 Makmal Komputer yang lengkap di SJK(T) Ladang Acob, SJK(T) Ladang Permata dan SJK(T) Ladang Rasak.
• 2010, RM256,000 telah diperuntukkan bagi pembinaan dan menyiapkan 3 Makmal Komputer yang lengkap di SJK(T), Ladang Rinching SJK(T) Teluk Merbau dan SJK(T) Ladang Emerald.

6) Inisiatif Memastikan Kanak-kanak terus Bersekolah 
a) Program Subsidi Yuran Bas Sekolah
b) Program Berbasikal ke Sekolah

7) Kem Kesedaran Kesihatan untuk Pekerja Ladang
Mengadakan 3 kem kesihatan pada tahun 2009 di ladang-ladang untuk menyediakan pekerja dengan asas-asas penjagaan kesihatan.

8) Anugerah Kecemerlangan UPSR
Mengadakan 3 kem kesihatan pada tahun 2009 di ladang-la­dang untuk menyediakan pekerja dengan asas-asas penjagaan kesihatan.

9 Cermin mata untuk pelajar-pelajar miskin
Kerajaan negeri juga telah memulakan inisiatif menyediakan cermin mata untuk pelajar-pelajar dari sekolah die stet-estet.

PEMBASMIAN KEMISKINAN

Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk meningkatkan garis kemiskinan bagi pendapatan isi rumah (PLI) kepada RM1500, ini memberi indikasi kemiskinan yang lebih realistik. Pada tahap ini, dianggarkan bahawa 30% daripada Selangor diklasifikasikan sebagai miskin. Bantuan hanya diberikan dalam bentuk alat atau peralatan. Inisiatif ini tidak memberikan bantuan kewangan.



KERAJAAN PRIHATIN


SHAH ALAM, 28 MEI : Dalam jangkamasa lima ke 10 tahun akan datang, label “warga estet” tidak boleh lagi dipakai untuk rakyat Malaysia berketurunan India yang menetap di Selangor.

Ini kerana, jika usaha Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat berterusan, taraf kehidupan masyarakat India kelas bawahan akan meningkat sampai mereka berhijrah keluar dari ladang-ladang kelapa sawit dan getah.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata perubahan dalam kehidupan masyarakat India amat ketara sejak Pakatan mengambil tampok pentadbiran negeri.

“Masih ada yang bekerja di ladang tetapi semakin kurang. Mereka hanya tinggal di situ tetapi bekerja di kawasan luar.

“Perkembangan ini akan terus berlaku dalam tempoh lima ke 10 tahun yang mana kaum India tidak akan lagi dianggap masyarakat ladang.

Bantuan Pekerjaan Untuk Belia Masyarakat Ladang

BESTARI JAYA,1 MEI : Ketua Komuniti Masyarakat Ladang-ladang di negeri ini diseru agar mengemaskini data berkenaan belia masyarakat India yang tidak mempunyai pekerjaan agar pelan tindakan susulan dapat diambil bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ianya adalah bagi menempatkan belia-belia masyarakat India yang tidak mempunyai pekerjaan diberi latihan teknikal yang bersesuaian di institusi kemahiran yang ada.

“Kita mahu semua belia di kawasan ladang-ladang yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap akan diusahakan pembangunan kerjaya mereka.
"Mereka akan ditempatkan ke institusi kemahiran yang tertentu bagi meningkatkan tahap kemahiran mereka supaya mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik,” kata Abdul Khalid semasa Program Pesta Hari Pekerja bagi Pekerja-Pekerja Ladang di Daerah Kuala Selangor.
SHAH ALAM, 31 JULAI : Kerajaan Negeri Selangor akan membangunkan skim mikro kredit bagi membantu pekerja ladang wanita meningkatkan pendapatan mereka agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, sebagai permulaan kerajaan negeri akan memperuntuk sejumlah RM5 juta bagi membiayai program terbabit yang antara lainnya bertujuan membantu pekerja ladang wanita memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
   
"Skim ini diharap dapat membantu kaum wanita dan ibu tunggal yang terpaksa menanggung beban menyara keluarga di ladang.

"Mekanisma terperinci mengenai program ini akan diumumkan kemudian," kata Abdul Khalid ketika merasmikan Konvensyen Wanita Ladang Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.
Shah Alam, 31 Mei 2011 - Satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor telah diadakan di bangunan SSAAS Shah Alam bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah pemberhentian 9 orang pekerja estet tersebut ekoran penjualan estet tersebut yang terletak di Semenyih, Selangor.

Pihak estet  diwakili oleh beberapa orang pegawai pengurusan syarikat Inch Kenneth Rubber Plantation manakala pihak pekerja ladang di wakili oleh S. Arutchelvam dari NGO Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit).

Pihak pekerja menuntut agar diberikan pampasan dan pembayaran ex-gratia yang setimpal kepada pekerja-pekerja yang diberhentikan. Turut dibangkitkan ialah kemudahan penyediaan perumahan bagi pekerja-pekerja terlibat.   

Dr Xavier yang juga pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang Negeri Selangor menyarankan agar kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan selanjutnya bagi mendapatkan keputusan dan situasi 'menang-menang' bagi kedua-dua belah pihak. 
Kerajaan Persekutuan digesa memberikan gaji minima kepada pekerja-pekerja ladang di seluruh negara yang kini dilihat hidup semakin terdesak dan bergemelut dengan keadaan ekonomi keluarga yang rendah.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Zaid Ibrahim berkata kerajaan perlu menyelesaikan perkara ini dengan segera tanpa perlu mengambil masa yang begitu lama sehingga ia boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada rakyat.

“Soal gaji pekerja ladang ini menjadi satu isu pada kita Pakatan Rakyat, kita menuntut kerajaan Persekutuan memberi gaji minima dan perkara ini telah banyak diperkatakan oleh semua pihak tapi tidak ada tindakan. Pada saya gaji RM1200 adalah minima untuk hidup di Malaysia hari ini,” katanya.

Beliau berkata, seramai lebih kurang 250,000 pekerja di ladang ini tidak mendapat hak gaji minima mereka yang sewajarnya dipandang berat oleh kerajaan dari dahulu lagi.




Exco Pekerja Ladang Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar telah turun padang dan seterusnya mengadakan dialog dengan penduduk Ladang Kelumpang, Bernam Jaya, Hulu Bernam, Hulu Selangor baru-baru ini.

Turut hadir dalam sesi dialog itu ialah YB Saari Sungip, pembantu kepada EXCO Perumahan Negeri Selangor serta pengurusan PKNS serta pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam.

Dalam sesi dialog itu Dr. Xavier menyarankan agar pekerja ladang tersebut menubuhkan sebuah badan bertindak untuk menyelesaikan masalah penempatan perumahan mereka di Bernam Jaya. Dengan adanya badan bertindak tersebut ia akan memudahkan pihak pengurusan PKNS menempatkan kira-kira 70 keluarga (hampir 90% terdiri dari masyarakat India) dari ladang tersebut untuk mendiami perumahan rumah teres kos rendah di Bernam Jaya.
Pada 30 Mac 2010 yang lepas, YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri Forum Ke Arah Penyelesaian Masalah Pekerja Ladang Negeri Selangor.

Forum yang dilancarkan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor itu dihadiri beberapa pemilik ladang, Organisasi-organisasi Bukan Kerajaan (NGO), wakil dari Bar Council, Presiden MTUC, Tuan Syed Shahir, ADUN Port Dickson, YB Ravi, ADUN Senawang, YB Gunasekaran serta tetamu-tetamu kehormat lain.

Dalam forum tersebut, beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar-pakar kemasyarakatan dan kemudiannya dibahaskan oleh para peserta forum. Permasalahan tentang kemiskinan, kesihatan dan pendidikan masyarakat pekerja ladang adalah antara isu-isu yang dibincangkan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Selamat pagi.

Yang Berhormat Tuan Dr. Xavier Jayakumar, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Yang Berhormat Tuan Dr. Mohd. Nasir Hashim, Ahli Dewan Negeri Selangor, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Forum Penyelesaian Masyarakat Pekerja Ladang.

Yang Berhormat M.K. Arumugam, Ahli Dewan Negeri Kawasan Rahang, Negeri Sembilan.

Yang Berbahagia Encik Pasupathi A/L Sithamparam, President EWRFXavuear.

Yang Berbahagia Puan Sumitha, Wakil Bar Council.

Yang Berusaha En. Thamasegaran, Setiausaha NUPW Negeri Selangor.

Yang Berbahagia Encik Khamdan bin Samsi, Pengurus Kanan Kilang Berjayacity Sdn. Bhd.

Yang Dihormati Para Pembentang Kertas Kerja dan Para Pembahas.

Yang Dihormati Dato’-Dato’, Para Pemimpin Masyarakat, Wakil-Wakil Media Massa, Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
Batang Berjuntai, 14 Mac 2010 - Lebih 500 menyertai kem kesihatan yang telah diadakan di Batang Berjuntai. Kem Kesihatan yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 3 petang itu adalah dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Manipal Alumni Association Malaysia (MAAM).

Didaftarkan sejak tahun 1986, Manipal Alumni Association Malaysia merupakan organisasi bukan kerajaan yang bergiat aktif dalam mengadakan program bantuan sosial. Organisasi ini mempunyai kepakaran dalam pembedahan, pergigian, perubatan, obstetric & gynaecology, ophtalmology, radiologi, ENT, orthopaedic dan paediatric.



KUALA LUMPUR, 19 Nov: Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) menuntut agar Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernald Giluk Dompok menarik balik kenyataannya berhubung gaji pekerja ladang di Malaysia yang didakwa satu pembohongan.

Bernald digesa membuat permohonan maaf secara terbuka atau memberikan hujahnya di luar parlimen agar tidak terlindung dalam imuniti parlimen mengenai kenyataannya bahawa pekerja ladang di Malaysia menerima gaji bulanan antara RM870-RM1,700 iaitu lebih tinggi dari garis kemiskinan luar bandar peringkat nasional iaitu sebanyak RM720
Ladang Tumbuk adalah dimiliki oleh  Syarikat  Maika Holding Berhad (anak syarikat milik MIC)  dan bekas  pekerja-pekerja ladang tersebut memerlukan rumah kediaman seperti yang dijanjikan.

Pada 12hb September 2009, Exco Negeri Selangor YB Dr Xavier Jayakumar  telah melawat ke Ladang Tumbuk  dan pekerja-pekerja menyerahkan sebuah memorandum.

Dalam memorandum tersebut mengandungi beberapa perkara penting seperti masalah perumahan yang dihadapi oleh para pekerja Ladang Tumbuk.


Subsidi RM50 Untuk Anak Pekerja Ladang Luar Bandar

Semua anak pekerja ladang yang menetap di luar bandar di negeri ini akan menerima subsidi pengangkutan sebanyak 50 ringgit sebulan bermula tahun depan.

EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, subsidi ini sebagai galakan kepada anak-anak pekerja ladang untuk meneruskan pelajaran ekoran ada di antara mereka menghadapi kesukaran untuk berulang alik ke sekolah.

"Saya telah menerima banyak aduan dari Sabak Bernam juga, ada dua ladang di Sabak Bernam memang ada masalah pengangkutan untuk murid keluar untuk belajar, kalau kita tak tolong mereka dia langsung takkan keluar. Ini saya ingat kita tidak boleh terimalah sebab saya anggap pendidikan untuk anak-anak muda kita di dalam negeri," katanya.

Dr Xavier berkata demikian kepada TV Selangor semasa Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Sempena Aidilfitri dan Deepavali anjuran Pusat Khidmat Komuniti DUN Semenyih, di Dewan Orang Ramai, Semenyih, baru-baru ini.

Katanya, bayaran untuk sebsidi ini akan disalurkan terus kepada pengusaha bas sekolah disetiap kawasan masing-masing.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Dr Xavier turut mengumumkan pembukaan sebuah pejabat khas bagi menguruskan permohonan kad pengenalan dan sijil kelahiran penduduk negeri ini.

Katanya, pejabat berkenaan akan dibuka di Plaza MPK dalam tempoh dua minggu lagi.

"Mereka boleh datang ke pejabat ini dan pejabat ini akan dilengkapkan dengan pegawai-pegawai berkenaan dan mereka akan ambil aduan-aduan yang akan dibuat, kita akan fail dan lepas tu kita akan tolong mereka terus untuk apply dan tengok bagaimana kita boleh bekerjasama dengan pejabat pendaftaran sebab anak-anak kita yang tidak ada sijil ini dia tidak boleh pergi sekolah," ujarnya.

Katanya, ketika ini kira-kira 5,000 penduduk di negeri ini mengalami masalah tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan, dan masalah ini akan menyukarkan urusan seharian mereka dan anak-anak untuk bersekolah.

Masalah perumahan bekas pekerja ladang tumbuk di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan diselesaikan dengan segera, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Menurutnya, satu perjanjian baru akan dibuat semula dengan Jabatan Buruh, Pejabat Tanah dan syarikat pemaju iaitu Mega Holdings Sdn Bhd.

“Perjanjian itu tidak sah dan hari ini saya telah cadangkan untuk membuat perjanjian lain dan telah panggil semua pegawai untuk hantar perjanjian itu kepada pejabat buruh dan akan panggil Mega Holdings untuk datang dan buat semula perjanjian, dan kita akan beri pampasan kepada 29 orang yang kerja di ladang,” katanya.

Bercakap kepada Tvselangor di Shah Alam, malam tadi, Dr Xavier berkata, perjanjian itu dibuat semula kerana perjanjian terdahulu tidak sah dan jelas menunjukkan pekerja-pekerja ladang itu ditipu.

“Bila saya baca perjanjian itu, saya rasa mereka telah ditipu sebab saya nampak perjanjian ini hanya sewenang-wenangnya telah ditulis dan bukan diberikan kepada tiap-tiap individu tetapi telah ditandatangan sebagai kolektif agreement antara Mega Holdings dan NUPW iaitu ketua NUPW dengan setiausaha.

“Pada perjumpaan itu, mereka tak datang untuk jawab apa dah jadi kepada rumah itu semua,” katanya.

Menurut Dr Xavier, pada peringkat permulaan, tanah estet seluas 970 ekar itu telah dibeli oleh Mega Holdings Sdn Bhd, namun oleh kerana tidak dimajukan, maka tanah itu telah dijual dan sebelum pembahagian dilakukan, satu perjanjian telah dibuat.

Mengikut perjanjian itu, pekerja terbabit akan menerima sebidang tanah dan rumah di kawasan berkenaan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan.

“Sebelum mereka pecahkan ladang ini kepada orang ramai, mereka telah buat perjanjian untuk pekerja-pekerja ladang pada tahun 2005. Di mana perjanjian ini ditentukan bahawa mereka akan diberikan tanah dengan rumah di atas tanah, dan ada sekolah dan kuil yang akan diberikan.

“Tetapi bila mereka telah buat perjanjian ini, didalam perjanjian ini tidak dinyatakan bila rumah itu akan siap, apa saiz rumah, berapa besar lot tanah dan mereka tak dapat pampasan apa pun sampai sekarang,” katanya.

Terdahulu Dr Xavier berkata, beliau telah menyampaikan sumbangan hari deepavali kepada 300 penduduk miskin dan warga emas di Taman Batu Untung, Tanjung Sepat.

Sumbangan sebanyak RM100 setiap seorang itu bertujuan meringankan beban penduduk yang kurang kemampuan sempena hari deepavali 17 Oktober ini.

Dr Xavier turut memberi bantuan sebanyak RM50,000 kepada persatuan kuil di kawasan itu.

“Kehadiran dengan 400 orang dalam program ini, dan melalui kerajaan saya telah memberi peruntukan dan bantuan kepada kuil sebanyak 50 ribu untuk adakan program-program bersama dengan penduduk di dalam kawasan melalui persatuan kuil itu,” jelas Dr Xavier.

Sumber: TVSelangor
TELOK KEMANG, 28 Sept - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa gaji buruh ladang di Malaysia, termasuk di beberapa estet di sini adalah tidak adil dan akan memperjuangkan gaji minima RM900 untuk mereka. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas semalam mendesak kerajaan Malaysia melaksanakan polisi gaji minima RM900 untuk rakyat, bukannya memberika duit raya bermotif politik kepada peneroka Felda semata-mata.

Duit raya yang Najib (Perdana Menteri) umum itu gula-gula politik untuk ambil hati pengundi estet di sini. Sedangkan rakyat mahu polisi (gaji), tegas Kamarul selepas bertemu rakyat Ladang Atherton, disini. Tambahnya lagi, isu gaji minima tersebut telah lama dibangkitkan penduduk setempat, bersama-sama badan bukan kerajaan JERIT, tetapi kerajaan dan anak syarikatnya (GLC) iaitu Sime Darby tidak pernah ambil peduli.
Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar mempersoal tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri menurunkan para pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meredakan isu gaji minima itu. Mengapa hari ini (waktu pilihanraya kecil), baru pegawai-pegawai mereka turun nak selesaikannya, sedangkan rakyat mempersoal gaji yang tidak adil ini sejak sebelum 1999 lagi. Beliau turut meminta kerajaan jujur menyelesaikan isu-isu kebajikan tersebut, bukannya asyik bermain wayang dengan slogan 1Malaysia sahaja.

ADUN Port Dickson Bandar, M. Ravi (PKR) menegaskan bahawa gaji pekerja estet di Negeri Sembilan rata-ratanya di bawah paras kemiskinan. Dari tinjauan yang dibuat, rata-rata pekerja estet bergaji RM400, sedangkan kita (PR) tuntut dari Sime Darby (serta) kerajaan Umno dan BN gaji maksimum RM900 sebulan. sistem bayaran upah mengikut hari mengakibatkan buruh-buruh estet pernah mendapat gaji RM80 sebulan, apabila musim hujan berlaku. ADUN Rahang M. K. Arumugam (DAP) yang menyertai aktiviti turun bertemu rakyat tersebut pula berkata, isu gaji minima ini perlu disampaikan secara dari rumah ke rumah kerana buruh terbabit hanya didedahkan dengan media arus perdana sahaja. Kita perlu tahu, buruh-buruh kerja perih (dan) tidak ada masa untuk akses internet dan sebagainya. Mereka hanya lihat berita berat sebelah dalam tv1, tv2, tv3 sahaja. ADUN Lukut Ean Yong Tinsin (DAP) yang ditemui kemudian mahu isu gaji minima ini menjadi isu teras PR, walaupun ianya membabitkan minoriti rakyat India. Saya puas hati, bila Pakatan serius nak perjuangkan isu ini. Ini isu minoriti penduduk estet, tapi semua (pemimpin) kita boleh turun bersama.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Kontijen PAS Selangor Cikgu Jaafar Samsudin bersama lebih seribu jentera dan ahli Kelab Penyokong PAS sedia diturunkan bergilir-gilir; demi menjelaskan isu tersebut. Dalam sidang Parlimen lepas, PR mendesak kerajaan mesyaratkan gaji minima buruh sebanyak RM800 sebulan, tetapi Menteri berwajib menegaskan ianya suatu yang mustahil. Tetapi, Kabinet baru-baru ini mengumumkan gaji minima untuk warga asing sebanyak RM800 sebulan. Taarif pendapatan isi rumah di bawah paras keminkinan era 1970an adalah RM450. Taarif pendapatan isu rumah di bawah paras kemiskinan sekarang adalah RM900. Hanya kerajaan PR Selangor mendefinisikan pendapatan di bawah RM1500 sebagai rakyat yang layak menerima bantuan kerajaan negeri. Perjuangan isu gaji minima RM900 yang diperjuangkan oleh rakyat di sini dipercayai akan mencalarkan slogan 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.








Bagan Pinang, 21 September 2009 - Dr Xavier visited three estates in the Bagan Pinang constituency with fifty people from Kota Raja and few Negeri Sembilan local leaders.

The three estates that were visited were Aterton Estate, Siliau Estate and Bradwell Estate. About eighty homes were visited.

Dr Xavier's main aim was to survey the living conditions of the estate workers in these active estates and found out that the estate workers are still working and only earning RM400 a month!!! He said that the living condition were deplorable. People were so unbelievably poor.

There were primary school children who weren't going to school because they couldn't afford bus fare. There was actually also family with form five student who wasn't going to school because of transportation problem.

The lack of education was the worst of all. The adults only earn RM400 a month.

The sad fact was that PR had won the three UPU's in these three estates but lost the overall count for the DUN.






Skim Perladangan Felda Bantu Peneroka


Sungai Tengi - Kerajaan Negeri Berhasrat membantu peneroka Felda yang memerlukan bantuan menerusi program Kerajaan Prihatin.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, bantuan itu berupa usaha baik pulih beberapa rumah usang atau menurunkan peruntukan bagi membina rumah baru.

"Saya amat terkejut melihat kehidupan peneroka Felda di sini yang hidup seperti di zaman yang mundur dan agak ketinggalan."

"Mereka seakan tidak diberi perhatian terutama mengenai aspek kebajikan termasuk ketiadaan pemantauan terhadap keperluan asas mereka," katanya ketika mengadakan lawatan di beberapa rumah di sini.

Lawatan itu turut disertai pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Lembaga Zakat Selangor, beberapa Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Ketua Kampung dan Penghulu Mukim serta beberapa pemimpin masyarakat setempat.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Elya Marlini Dahamin.

Sebanyak 12 rumah dilawati dan beliau berkesempatan memberikan barangan keperluan asas kepada penghuni rumah terbabit.

Dr Xavier melahirkan kekesalannya terhadap beberapa perkara berhubung kegagalan pengurusan Felda dalam membantu kehidupan peneroka di kawasan itu.

Menurutnya, pengurusan Felda termasuk agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan sewajarnya lebih prihatin terhadap peneroka yang banyak berjasa kepada negara.

Untuk itu katanya, Kerajaan Negeri akan terus berusaha mengadakan siri lawatan menerusi Skim Perladangan Felda di seluruh daerah di negeri ini bagi membantu peneroka ini.

Sumber berita: Sinar Harian, 7 Julai 2009, S24


Felda Sg Tengi, Hulu Selangor, 4 Jun 2009 - YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah meluangkan masa melawat 12 buah rumah peneroka felda yang berada di dalam keadaan usang dan daif.

Beliau terperanjat melihat kepayahan hidup beberapa orang peneroka yang dilawatinya. Rumah mereka begitu usang dan perlukan bantuan 'baik pulih' atau 'bina baru' dalam program 'Kerajaan Prihatin' Negeri Selangor.

Tegasnya perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana skim perladangan Felda dipantau sepenuhnya agensi-agensi kerajaan di bawah kerajaan persekutuan. Beliau berasa kesal pihak pengurusan Felda tidak mengambil berat masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka tersebut.

Tambahnya lagi kerajaan negeri akan mula memasuki kawasan-kawasan skim perladangan Felda seluruh negeri Selangor bagi membantu peneroka-peneroka yang memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Lawatan beliau turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, pihak Lembaga Zakat, beberapa orang Ahli Majlis Hulu Selangor, Ketua Kampung dan Penghulu Mukim serta beberapa orang pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Turut hadir ialah Puan Elya Marlini Bte Dahamin, Timbalan Pengarah Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

Beliau turut menyampaikan hamper barangan makanan kepada beberapa orang peneroka yang miskin.


Dilaporkan oleh,
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
P.A kepada Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor.

Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Kuala Selangor, 29 April 2009 - EXCO Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar telah melakukan lawatan ke Batu 11, Jalan Raja Musa, Bestari Jaya bagi meninjau lokasi tapak tanah kerajaan bagi penempatan skim perumahan pekerja ladang dari ladang-ladang Sungai Tinggi, Minyak, Bukit Tagar dan ladang Nigel Gardner.

Lawatan tapak tersebut turut disertai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Timbalan Pengarah UPEN, pemimpin-pemimpin masyarakat setempat dan wakil-wakil pekerja ladang.

Bicycles for poor students

FLASHBACK Monday November 3, 2008, The STAR

Bicycles for 11 kids in Kuang estate

By STUART MICHAEL

NINE children who come from poor families in Ladang Bukit Darah in Kuang near Sungai Buloh now need not walk to school anymore.

Selangor State Health, Plantation Workers, Poverty and Caring Government Committee chairman Dr Xavier Jayakumar Arulanandam and Selayang MP William Leong presented the bicycles to the children and hampers were given to some 30 poor families at the Balairaya Kg Stesyen in Kuang recently.

Rapt attention: The children and the parents listening to the speech by Dr Xavier.

Previously, the children take a half-kilometre walk from Ladang Bukit Darah to school daily.

Besides this, it is learned that the household income of their parents is less than RM1,000 a month.

Xavier said that the reason for this presentation was to show the public the Selangor state government is helping the poor and people from all races.

“We care about the senior citizens from all races and also care about students. That’s why we give aid to poor students no matter what race they are.

“In fact, we want to ensure that the poor children get quality education in the state without having any excuse of the children not going to school,’’ he said.

top